Kakakku...
Apa khabar dirimu?
Tersenyumku seketika pabila mengenangkanmu,
Pertemuan antara kita penuh bermakna.
Kakakku...
Bermulanya kasih dengan terukirnya senyuman,
Senyuman yang bukan dipaksa,
Namun lahir dari hati yang suci.
Kakakku...
Kehadiranmu melengkapkan diriku sebagai adik,
Meski ku tidak mempunyai kakak,
Namun, kewujudanmu dalam diri ini,
Cukup untuk ku merasakan kasih seorang kakak.
Kakakku...
Bicaramu buat ku bahagia,
Gelak tawamu sentiasa ku rindui,
Itulah memori yang menemaniku tatkala merinduimu.
Kakakku...
Kau seorang yang periang,
Kau seorang yang ceria,
Kau seorang yang gila-gila
Itu yang buat ku sayang denganmu.
Kakakku...
Pertemuan singkat antara kita,
Membenihkan ukhwah yang indah,
Inilah hadiah Allah kepadaku.
Kakakku..
Ku memohon ampun andai ada mengguriskan hatimu,
Ku pohon agar ikatan ukhwah antara kita berkekalan,
Ku doakan dirimu sentiasa dalam kasih sayang-Nya.
Kakakku...
Ketahuilah bahawa ku amat menyayangimu,
Ketahuilah bahawa ku amat merinduimu,
Ketahuilah bahawa ku amat mengasihimu.
Kakakku..
Ku harap dikau terus melangkah mengejar redha-Nya,
Ku harap dikau terus bersemangat dalam meraih
cinta-Nya,
Ku harap dikau terus menyayangiku sebagai adik,
Meski ku tidak sebaik mana.
Kakakku...
Andainya satu masa nanti,
aku tidak diperlukan lagi dalam dirimu,
janganlah dikau buang aku jauh-jauh dari hatimu,
aku dahagakan kasih sayang seorang kakak,
aku juga tidak pernah rasa apa itu kasih sayang seorang abang,
anadai aku pernah mengecewakan dirimu hanya kerana,
aku mementingkan diri untuk meraih kasih sayang itu,
ku pinta keampunan darimu...
Kakakku...
jika engkau tidak merelakan aku untuk merasakan kasih dan sayang,
dari seorang yang bernama abg,
makanya aku mohon darimu,
jadilah kakak dan abang untuk ku,
Kakakku...
saat ini aku tiada siapa-siapa,
seperti yang engkau lihat menggunakan nikmat 2 mata yang ALLAH berikan,
bagaimana aku menjalani kehidupan,
bagaimana susahnya aku menjaga keluargaku,
bagaimana mengalahnya aku dengan adik-adikku,
aku tidak ingin adik-adik ku merasa kehilangan kasih sayang,
hanya kerana ayahku sakit dan ibuku juga tidak berapa sihat,
maka aku perlu kuat demi adik-adik ku,
mereka adalah nyawa untuk ku di dunia ini,
jika engkau kakak,
akan pergi meninggalkan aku satu masa nanti,
aku hanya punyai 3 orang adik..
Kakakku...
kadang-kadang apa yang aku inginkan,
aku perlu korbankan demi adikku,
kerana apa?
kerana aku merasakan aku adalah kakak bagi mereka,
maka aku perlu tunaikan apa kehendak mereka,
sehinggakan kadang-kadang aku rebah dipertengahan jalan,
tapi aku tiada sesiapa untuk aku ceritakan masalah aku,
aku juga tidak ingin bebankan fikiran kamu wahai sayang,
tapi aku perlukan seseorang,
yang mampu memelukku saat aku rebah..
Kakakku...
aku tahu kini kau sudah punyai dua orang insan yang terpenting dalam hidupmu,
aku tahu engkau sedang kearah kebahagiaan itu,
aku nampak yang engka sedang bahagia meniti hari dan saat bersama mereka,
andai aku ini sebagai adikmu,
menganggu kebahagiaanmu,
kau suarakanlah isi hatimu bahawa aku menganggumu,
kerana aku tahu aku sudah tidak layak,
untuk berada disisimu,
apatah lagi mendengar cerita suka dan dukamu lagi,
siapalah aku...
Kakakku...
aku tidak pernah berpaling kasih dan sayangku daripadamu,
aku tidak pernah berdendam denganmu,
aku tidak pernah buang rasa kasih dan sayang aku ini padamu,
walau kadang ego aku menguasai diri,
aku tetap akan SAYANGKAN kau KAKAKKU,
sampai hujung nafasku...
Kakakku...
maafkan aku andai aku tidak menjalankan tanggungjawabku,
sebagai seorang adik dengan baik,
maafkan segala salah dan silapku,
maafkan atas segala gurisan hatimu atas perlakuan dan sikapku,
maafkan aku untuk segalanya,
Kakakku,
THANK YOU FOR BEING MY SISTER IN MY LIFE,
terima kasih juga atas setiap titisan airmatamu,
terima kasih juga atas setiap peluhmu membantuku,
terima kasih juga atas setiap ringgit yang engkau keluarkan,
untuk memberikan aku sebutir nasi,
supaya aku tidak lapar di malam hari,
terima kasih juga kerana sanggup berjaga malam,
demi memastikan sakitku pulih,
terima kasih atas setiap kebaikanmu untukku,
mungkin aku tidak pandai menghargai,
tapi POST ini khas aku dedikasikan,
buatmu kakakku,
insan yang aku sayangi..
Kakakku...
sungguh aku bersyukur kehadrat ilahi,
kerana sebelum aku melelapkan mata untuk selamanya,
mungkin kerana waktu itu aku sudah penat,
mungkin waktu itu ALLAH tahu aku sudah letih,
mungkin waktu itu juga sudah sampai masanya,
aku mampu merasai KASIH SAYANG SEORANG KAKAK..
TERIMA KASIH ALLAH,
berikan aku rasa kasih dan sayang seorang kakak,
walaupun sekejap....
*nukilan khas buat kakakku NORHIDAYAHWATI BINTI SALIM yang aku sayangi..
*selamat beristirehat (cuti sem), selamat berpraktikum.
semoga ALLAH meredhai kehidupanmu,semoga ALLAH memberkati kehidupanmu...