Monday 29 June 2015

PERSEDIAAN PRAKTIKUM (GURU PELATIH TO BE)

Assalamualaikum semua!
Gaya hazwani ni macam tak ada banyak kerja kan...
Dah terlampau 'rajin' nk update blog tiap hari..
HAHAHAHA.

Ok entry kali ini moga  bermanfaat buat semua
yang bakal menjadi
'GURU PELATIH'
tak lama lagi...
siapa tu???
salah seorangnya
NORHAZWANI laaa..

Mesti korang semua tertanya tanya kan
hari pertama lapor diri nak kena buat apa...
nak jumpa siapa..
nak bawa apa...
semua tu mesti bermain main dalam fikiran korang kan?
belum campur tolak
nervous, gelabah, cuak, darah gemuruh dan sebagainya
kan kan?
*ok ckp org. diri sendiri pon sama je..
sbb wani dh rasa la wani bagitahu...hehehe

Tapi wani dan partner wani si efa tuuu
bukan lapor diri seperti pihak universiti tetapkan
kami akan lapor diri pada JUMAAT ini 3.7.2015
3 hari sebelum kamu kamu semua...
ARAHAN PENGETUA kau! hahahaha
rasa dia?? tak mau rasa apa apa la
nanti semua kerja x jalan. KAHKAH!
alhamdulillah hari ini getting better laaa
tak adalah bangun2 tido bila ingat hari ini hari apa terus nervous sampai tangan kaki sejuk..hahahaha
*over ok over!

ok panjang sgt merapunya...
dekat sini
hari ini
wani nak kongsi
TIPS PERSEDIAAN PRAKTIKUM
ok ok ini bukan berdasarkan pengalaman sendiri
agak agak laaa
baru nk jadi guru pelatih kan

wani dapat tips ini 
kalau korang malas nk buka link tu
haaa...nah tips tipsnya..
ada 20 tips..
semoga bermanfaat buat semua
BACA JANGAN TAK BACA!

1.       Pastikan segala dokumen yang berkaitan dengan praktikum telah lengkap dan tersedia sebelum hari pertama praktikum.
Perkara ini penting kerana kadangkala terdapat sesetengah sekolah agak cerewet terhadap kedatangan para guru pelatih. Maka untuk mengelakkan masalah yang mungkin akan timbul, pastikan dokumen pengenalan diri, surat-surat berkaitan telah disusun baik di dalam fail. Ada juga sesetengah sekolah tak kisah pasal perkara ini, namun sebagai langkah persediaan, lebih baik semua dokumen itu ada.

2. Maklumkan kepada pihak sekolah mengenai kehadiran anda nanti untuk berpraktikum.
Seeloknya, pastikan anda memaklumkan pihak sekolah supaya pihak sekolah bersedia menerima anda. Walaupun sekolah telah meluluskan permohonan anda untuk berpraktikum, anda seharusnya memaklumkan juga kehadiran anda nanti sebagai pengesahan kepada permohonan praktikum anda itu. Telefon pihak pejabat dan seeloknya maklumkan beberapa hari sebelum anda melapor diri di sekolah. Setidaknya pihak sekolah akan lebih bersedia dan mereka boleh terus mengatur dan menguruskan jadual kelas anda nanti sebelum hari pertama anda nanti. Kalau sewaktu lapor diri baru nak maklumkan kehadiran anda, maka kelam kabutlah hari pertama nanti.

3. Pastikan anda kemas pada hari pertama melapor diri di sekolah
Pakaian haruslah kemas dan lengkap seperti seorang guru. Pastikan rambut anda pendek dan disikat dengan rapi (bagi lelaki), dan pastikan tudung (hanya tudung bawal sahaja dibenarkan di sekolah) dipakai dengan kemas (bagi perempuan). Pakai tali leher dan pastikan anda punyai tanda nama. Kasut juga haruslah kemas dan berkilat. Jangan lupa pakai tali pinggang. Baju yang dipakai pula jangan berkedut, Pastikan anda menggosok dulu sebelum pakai. Ingat, pandangan pertama amat penting untuk menentukan peribadi anda. Kalau buruk pandangan pertama, maka buruklah tafsiran pihak sekolah. Maka, pastikan diri anda terbaik pada hari pertama melapor diri di sekolah.

4. Jumpa semua pihak atasan sekolah pada hari pertama
Kata orang, bila bertandang ke tempat orang perlulah berjumpa dahulu tuannya. Begitu juga dengan perihal praktikum di sekolah. Pada hari pertama, seharusnya anda bertemu kesemua pihak pengurusan sekolah merangkumi Pengetua, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, dan Penolong Kanan Petang. Hari pertama seharusnya diisi dengan perjumpaan-perjumpaan ini sebagai sesi suai kenal dan sesi mendapatkan maklumat terperinci sekolah. Jangan lupa juga untuk bertemu guru pembimbung anda untuk mengetahui suasana kelas yang bakal diajar dan perwatakan setiap pelajar di kelas. Jangan lupa untuk bertanya bab yang telah diajar guru yang akan anda ambil alih nanti. Apa yang penting, jangan sombong. Senantiasa tersenyum dan rendah diri sewaktu berjumpa mereka.

5. Terima apa saja tugas yang diberikan oleh pihak sekolah tanpa sebarang bantahan
Sebagai guru praktikum, jangan sama sekali menolak sebarang tugas yang diberikan pihak sekolah. Jangan beri alasan dan jangan menolak. Kata orang, masa inilah nak cari pengalaman. Apa yang penting, terimalah tugas yang diberikan itu dengan hati yang terbuka walaupun mungkin agak sukar. Namun sekiranya tugas yang diminta itu di luar bidang tugas sebagai guru atau melanggar peraturan praktikum pihak universiti, anda perlu memaklumkan kepada pihak sekolah. Mungkin ada yang cakap guru praktikum ini dibuli, namun apalah sangat kerana tempoh praktikum hanya sekadar 4 bulan.

6. Fahami spesifikasi kurikulum mata pelajaran yang diajar.
Perkara ini sebenarnya adalah asas bagi seorang guru. Sebelum mula berpraktikum, seeloknya bacalah setiap spesifikasi kurikulum bagi setiap tingkatan. Setidak-tidaknya fahami kandungannya supaya anda tak kekok apabila memulakan latihan mengajar nanti. Ingat, spesifikasi kurikulum adalah asas kepada setiap pengajaran anda di kelas. Kalau gagal anda memahaminya, maka sukarlah anda untuk mengajar di sekolah. Dokumen spesifikasi ini boleh dimuat turun dari laman web KPM dan menjadi panduan anda untuk mengajar di kelas dengan lebih mudah.

7. Pastikan ‘lesson plan’ senantiasa siap sebelum anda memulakan pengajaran di kelas
Buku RPH merupakan nyawa anda. Makanya, anda harus utamakan RPH mengatasi segala-galanya. Untuk itu, pastikan RPH anda siap sebelum anda memulakan pengajaran. Andai kelas dimulakan dan pada masa yang sama RPH masih belum disiapkan, maka itu bolehlah disifatkan sebagai ‘suicidal behaviour’ (perlakuan membunuh diri).  Tanpa RPH, perjalanan kelas akan menjadi tak terurus dan kemungkinan besar anda hanya membuang masa di kelas kerana tiada penetapan objektif dibuat disebabkan ketiadaan RPH. Jadikan hari hujung minggu anda untuk menyiapkan RPH mingguan anda, dan pastikan anda benar-benar bersedia sebelum ke kelas.

8. Senantiasa merujuk guru pembimbing anda
Sebagai orang baru dalam dunia pendidikan, seharusnya pelbagai pertanyaan perlu diajukan kepada guru pembimbing. Sekiranya anda punyai masalah, teruslah merujuk kepada guru pembimbing anda. Jangan rasa malu, kerana anda masih lagi dalam proses pembelajaran. Seperkara lagi, pastikan guru pembimbing anda menyemak RPH anda untuk memastikan supaya perancangan anda itu betul dan mengikut kehendak spesifikasi kurikulum. Jangan jauhkan diri anda dari guru pembimbing, kerana anda pasti melakukan kesalahan tanpa sedar ketika mengajar. Merekalah yang akan menegur kita kalau melakukan kesilapan. Maka, pastikan hubungan dengan guru pembimbing berada dalam keadaan yang baik.

9. Hantar buku RPH kepada pihak pentadbir setiap minggu
Pihak sekolah perlu tahu apa yang anda lakukan di kelas setiap minggu. Jika guru biasa pun perlu menghantar buku rekod pengajaran mereka kepada pihak pentadbir setiap minggu, anda apatah lagi. Maka, pastikan anda menghantar buku RPH kepada pihak berkenaan untuk semakan. Andai terdapat teguran berkenaan RPH anda, terima dengan positif dan cuba perbaiki diri anda. Jangan peram buku RPH anda berminggu-minggu tidak disemak, kerana itu akan memberi persepsi negatif pihak sekolah terhadap anda.

10. Aktifkan diri dalam setiap aktiviti di sekolah
Sebagai guru pelatih, anda membawa nama universiti. Maka, seharusnya anda perlu melakukan sumbangan buat pihak sekolah bagi mengharumkan nama universiti. Tak kira acara apa pun yang diadakan di sekolah, pastikan anda telibat secara aktif. Setiap tugas yang diberi walaupun mungkin kadangkala membebankan haruslah dilakukan dengan sebaiknya. Ingatlah, anda adalah cerminan universiti. Baik buruk anda menentukan tanggapan sekolah terhadap universiti.

11. Pastikan tegas di kelas di awal praktikum (2 ke 3 minggu pertama)
Kelas pertama yang anda masuk, ketegasan perlulah anda. Perkenalkan diri dan nyatakan peraturan yang anda inginkan semasa anda mengajar di kelas kepada pelajar. Jangan beri peluang untuk pelajar memijak kepala anda. Pastikan anda berterusan untuk tegas dalam beberapa minggu. Perkara ini penting untuk membina nilai hormat dalam kalangan pelajar terhadap anda.

12. Senantiasa bersedia dengan aktiviti yang menarik untuk kelas ganti (relief)
Sebagai guru pelatih, memang lumrah untuk mendapat banyak kelas relief. Makanya, pastikan anda bersedia dengan beberapa aktiviti di kelas supaya para pelajar tak membuat bising di kelas. Pastikan aktiviti tersebut menarik dan menyeronokkan.

13. Jangan ‘bias’ pada mana-mana pelajar
Layan setiap pelajar di kelas secara sama rata. Jangan lebihkan mana-mana pelajar. Walaupun mungkin anda punyai pelajar ‘favourite’ di kelas, jangan tonjolkannya sewaktu anda mengajar. Perkara ini penting supaya tidak akan ada pelajar yang terasa tersisih sewaktu di kelas.

14. Pastikan anda ke kantin setiap kali waktu rehat
Untuk mudah bergaul dengan para guru di sekolah, waktu rehat di kantin adalah waktu yang paling sesuai. Buangkan sifat malu walaupun anda orang baru. Biasakan diri untuk pergi ke kantin setiap kali waktu rehat. Berbuallah dengan guru-guru supaya dapat manjalinkan hubungan baik dan mesra dengan mereka. Hubungan sosial paling mudah terjalin sewaktu di kantin.

15. Senantiasa peka dengan perkembangan sekolah
Pastikan anda senantiasa mengikuti perkembangan terkini sekolah. Rujuk papan kenyataan untuk mendapatkan maklumat. Sekiranya terdapat mensyuarat, anda wajib hadir. Ketidakhadiran anda boleh mencetuskan pandangan negatif terhadap anda.

16. Pastikan anda senantiasa manis dengan senyuman
Walau di mana anda berada, pastikan anda selalu tersenyum. Senyuman ini mampu mencetuskan kemesraan dengan para guru, mampu juga membuatkan para pelajar rasa selesa untuk belajar di kelas.

17. Ingat, anda adalah seorang guru bukannya pensyarah bertaraf professor
Pastikan metodologi pengajaran anda menarik dan menyeronokkan. Jangan jadi seperti seorang pensyarah yang hanya memberi penerangan di depan tanpa sebarang respon dari pelajar. Jangan terlalu serius di kelas. Pastikan pada waktu tertentu anda bergurau senda dengan pelajar. Apabila mengajar di depan, pastikan anda menggunakan intonasi suara yang jelas dan menggunakan bahasa yang ringkas. Ingat, pelajar lebih suka guru memberi penerangan yang ringkas namun mudah difahami. Kalau penerangan panjang lebar, fokus pelajar mudah hilang.

18. Jaga tingkah laku di luar sekolah
Ingat, anda bukan sekadar guru di sekolah. Anda akan menjadi guru sepanjang masa. Oleh itu, pastikan tingkah laku anda di luar sekolah juga bersesuaian dengan imej anda sebagai seorang guru. Jangan nanti, ada pelajar ternampak anda merempit di tengah malam di jalan raya. Andai itu terjadi, nilai hormat pelajar terhadap anda akan hilang.

19. Hadkan perkongsian maklumat peribadi anda kepada pelajar
Jangan terlalu terbuka dengan para pelajar. Hadkan perkongsian mengenai diri anda. Tak salah untuk memberi Facebook dan Twitter anda, namun tegaskan kepada pelajar bahawa para pelajar perlu menghormati anda sebagai guru ketika bersosial di laman sosial. Sebaiknya, beri nama Facebook anda selepas beberapa bulan berpraktikum. Pastikan nilai hormat pelajar itu wujud dahulu, barulah anda boleh berkongsi maklumat Facebook anda.

20. Pastikan anda tahu bahawa anda seorang guru
Jangan bermain cinta dengan para pelajar. Sekiranya perkara ini diketahui pihak sekolah, anda boleh dikenakan tindakan. Ingat, anda harus meletakkan batasan dengan para pelajar. Pelajar tetap pelajar dan guru tetap seorang guru. Anda harus tahu kedudukan anda yang sebenar. Elakkan diri dari ditimpa masalah.

Jadi dah tahu apa kena buat?
apa perlu dibawa???
Dah kan...
semoga urusan kita dipermudahkan oleh Allah s.w.t
TERIMA KASIH BUAT 
 atas perkongsian pengalaman praktikum daN tips tips yang diberi..
beliau merupakan ALUMNI UPSI..
Tahniah juga kerana berjaya IV SPP..
Semoga menjadi guru yang bitara!

ok sampai sini dulu 
cikgu wani nak pergi buat persiapan juga..
sbb cikgu wani ada 2 hari lagi untuk enjoy~ hahaha
sampai ketemu lagi di entry seterusnya..
mungkin entry pengalaman pertama lapor diri?
mana tahu. hikhik..
daaaa semua.
jaga diri.
Assalamualaikum...


Sunday 28 June 2015

S A H A B A T

Assalamualaikum semua..
apa khabar?? moga semuanya dalam keadaan yang baik baik saja..
Salam ramadhan kareem...

Hari ini tak tahu nak buat apa...hahaha..
*sebenarnya banyak sangat kerja yang perlu diatur susunkan...
tapi sekejap lagi laa...hahaha..
saja saja nak conteng blog yang dh lama juga ditinggal ni..hehehe..

hari ini nak cerita tentang seseorang..
seseorang yang bermakna dalam hidup aku sepanjang aku berada di UPSI..
SIAPAKAH dia?
bukan pakwe ok bukan.. *pakwe pon xada...hahaha
dia adalah sahabat baik ku...
nama dia NURUL ATIQAH BT SHAMSUL...
dia orang JOHOR..
*aku tak tahu la apa kena dgn aku..orang yang aku sayang ni kebanyakkannya dari johor...HAHA..

Dia adalah racun..
Dia juga adalah penawarnya..
tipu klu aku kata kami tak pernah salah faham semua tu..
pernah aja...tapi sbb Allah sayang kami..
Allah kembalikan hati kami..
Terima kasih Allah...

Dia ni suka buat lawak...
Dia suka bebel2 bila aku bawa kereta..
Sbb dia xnak aku mengantok kot...hahaha
Dia ni penyanyang orangnya..
Dia tak boleh nampak kucing...sbb dia sgt sayang dkt kucing...hehehe
apa lagi apa lagi?? hahaha.. boleh pm klu nk tahu lebih lanjut...hahaha...

Dari sem 1 sampailah sem 6 kekal bersama..
Moga akan terus kekal bersama sampai ke akhir hayat...
Bukan sampai sem 8...tak tahu la mcm mne klu sem 8 nk berpisah kan??
mse hbs sem 6 pon tak jumpaaa...
sebab..exam english language kami x berjodohan...
dia tercampak dkt blok 4 aku pulak dkt blok 9..
dan aku pulak hbs exam rushing nak jumpa penyelia tesis...huhu...
yang penting dia sihat sihat saje...

pesanan buat tiqa~~~
Jaga diri, Jaga hati. Jaga iman...
Selamat berpraktikum...
Selamat menjadi guru yang disayangi...
Takmo nenangiss taw dkt sek tu...*sbb dia sorang2 je dkt sek tu..
nanti apa2 wassap cikgu wani kay! hahaha..
sampai jumpa lagi semester 8 nanti...
selamat juga la menaip tesis...*yg ni rasa mcm nk nangis, hahaha

semoga semua yang baik baik saja untuk kamu sahabat!
saya sayang awak...




*dalam bas nak pergi kelas AIS. HAHA


*dalam dewan SITC terima anugerah dekan


*yang ni pon dalam bas tak tahu mana nak pergi..kelas la kot..hahaha

Antara gambar yang sempat dirakamkan masa semester 6..
TERIMA KASIH UNTUK SEMUANYA SAHABAT...

Wednesday 24 June 2015

Mula Merindui

Assalamualaikum w.b.t semua...
apa khabar? sihat?
by the way SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1436H..
walaupun dh 8 Ramadhan bru nak wish...hehehe..
lama tak update dkt sini kan...berhabuk habuk rasanya...
almaklum lah agak sibuk..

now! tamatlah sudah semester 6 yang penuh liku berduri dari permulaan sehinggalah ke pengakhirannya...apa pun alhamdulillah mampu mengharungi dengan jayanya! berkat doa sahabat, keluarga dan semua~~~

semester 6 ni kan penuh dengan 'penantian'..
mula mula penantian dengan penyelia thesis..
lepas tu penantian menunggu status 'approve' sekolah untuk berpraktikal..
tak sampai situ okeyhhhh..ada lagi...
penantian 'pensyarah penyelia praktikal'
tapi Alhamdulillah semuanya sudah terjawab...walau agak lambat...tapi syukur....semuanya sudah diketahui..
tajuk thesis dh approve..
sekolah dh approve...
nama penyarah penyelia pun dh approve...
semua dh approve..
sekarang ni masa untuk REDAH je....HAHAHAHA *hanya aku dan efa yang tahu kenapa...

yang penting FINAL EXAM UNTUK SEM 6 DH TAMAT~
untuk pertama kali first exam redah 2 paper terus...
nak tahu paper apa??
paper paling killer untuk sem ini...masa dpt jadual tu...nk nangis pn x sampai hati...redahhh jela...hahaha...selesai semua...syukur...KEPUTUSAN??? tak terfikir lagi buat masa ini...hahahaa..sebab PRAKTIKAL lagi hampir ke tarikhnyaaaa untuk diredah dengan kerelaan hati...gituuu~~~

ok panjang sangat merepek ni haaaa..
sebenarnya habis sem 6 maka habis jugak lah kenangan dgn kakak dan abang senior yang ada terutamanyaaa dengan keluarga 'SELAMANYA BERSAMA'...
tipu kalau tak sedih...sedih weyh...*sampai sekarang masih terbayang bayang kenangan di MELAKA DAN LEGOLAND! sobsosob... betapa menghantui diri...huhuhu...

dengan kawan kawan batch juga berpisah buat sementara...sebab semuanya merantau ke seantero semenanjung malaysia ni untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai 'GURU PELATIH' di sekolah sekolah yang dipilih...sedih juga~~~ SEMOGA KALIAN BERJAYA dalam praktikal nanti...jumpa di semester 8 nanti yaaaaa....

kalau korang tanya dengan siapa aku rasa paling sedih nak berpisah...jawapan aku dengan kak dayah...yang kedua kak atiey....yang ketiga ana...tapi yang berjaya airmata aku jatuh menitis2 masa berpisah dengan kak dayah...*kak dayah tak nangis pon...mcm xsedih jeee....HAHA tapi tak tahu lah hati dia kan...3 tahun aku hidup dkt U dengan kak dayah...susah senang suka duka makan tak makan bergaduh bergurau senda bertumbuk bergusti semua dengan dia...3 sem aku duduk sebilik dengan dia...tpi senang cite selama 3 tahun..3 tahun laaaa aku sebilik dengan dia....hahaha...cuma waktu dia praktikal danaku sem 5 waktu tu...itulah jela tak sebilik...yela dia dkt johor...aku dkt perak...huhuhu..belum cukup seminggu berpisah haritu kak dayah dh buat perjanjian dengan aku itu pun sbb pendrive aku DUA2 dia angkut pergi Johor...KEJAM kan? ayat dia 'kalau nak pendrive datanglah Johor...kalau tak nak xpe akak simpan...' itu kisah pendrive...handbeg aku yg aku bru beli tak sampai 2 sem lg..die pergi comotkan dengan marker pen...banyak pulak tuuu...rasa nak marah...tapi tak jadi marah bila tengok muka dia minta maaf..dan ayat dia sekali lagi 'kalau nak beg baru akak boleh belikan tapi datang Johor dulu' haiiii cuma nak cakap laaa.. kalau dah rindu tuu tak payah nak ego sangat ckp rindu...HAHAHAHA..in shaa ALLAH ada masa aku akan je Johor.. sebab mmg dh jadi kebiasaanya untuk aku ke Johor...tak ke Johor tak sah...dah macam rumah kedua aku dh...kalau mcm tu boleh la cari orang Johor kan? eh eh eh. hahaha.

cuma sekarang~`
aku sudah mula merindui keluarga MMK aku 'selamanya bersama' dan ana dan tiqa shamsul...huhuhu...moga kalian sentiasa dibawah perlindungan ALLAH..



Sebahagian keluarga MMK 'selamanya bersama'







 Adik ana ketika sama sama mendapat Anugerah Dekan. 



Bersama kesayangan 'kak dayah'


Terima kasih Tuhan untuk nikmat kasih sayang ini...
Terima kasih Tuhan kerana hadirkan mereka dalam hidup aku..
Terima kasih Tuhan untuk ukhuwah ini...
Tak lupa jugak buat..
Si dia 'mr secret' yang pernah datang dan membahagikan..
Terima kasih Tuhan kerana pernah hadirkan dia untukku..
Terima kasih SEMUA~
WANI SAYANG SEMUA SAMPAI SYUGRA DAN BILA BILA..
Sayang ini tak akan luntur...
.
Jika tiada yang mendengarkan kamu
carilah aku.
aku ada untuk kalian~~`

*tak boleh taip lama lama lagi. nanti nangis...huhu...

kepada diri sendiri selamat berpraktikum..selamat menjadi 'GURU'...