Monday 17 April 2017

Majlis Sebulan Lalu~



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah segala puji bagi Allah
Untuk semua nikmat yang diberikan kepada hamba-hambaNya

18 Mac 2017 - 18 April 2017

Sebulan sudah bergelar Puan
Yang setiap wanita impikan
Yang setiap wanita inginkan

Alhamdulillah
Jodoh ini tidak dirancang
Hadirnya juga tidak diduga
Itulah yang dinamakan 'JODOH TAK DISANGKA'

Bertemu dengan suami pada Jun 2016
Namun tidak lah bertentang mata
Hanya 'Facebook' medium perantara
Permulaan hanya 'Assalamualaikum'
Yang memang sengaja dihantar kepada sang bunga

Permulaan salam disambut dengan baik
Berkenalan dan semakin rapat
Pada pertengahan Ramadhan 2016
Sang suami mula mengatur langkah ke peringkat seterusnya
Dia melamar untuk dijadikan isteri

Tika itu,
Hati masih berbelah bagi
Dan minta masa untuk beri jawapan
Soal kahwin kot bukan boleh buat main-main kan
Alhamdulillah
Lamaran juga diterima dengan baik

Berjumpa kali pertama
Pada bulan Julai 2016
Berjumpa di 
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
yang juga dikenali
UNIVERSITI PERTEMUAN SUAMI ISTERI
HAHAHAHA

Sebab apa?
Sebab sis pun dah terkena dengan sumpahan ini heee
Suami juga sebenarnya student UPSI
Juga dulu juga pernah duduk di KZ
Namun,
Kami tak pernah berjumpa
Apatah lagi berselisih ala ala jatuh buku macam dalam drama tu
Hehehe
Kami berjumpa pun di Facebook yang seingatnya
Suami yang 'ADD FRIEND' dulu hehehe

Selepas berjumpa bertentang empat mata
Kami meneruskan langkah yang seterusnya
Dimana kami mengatur perjumpaan pertama buat keluarga
Sekitar bulan Oktober 2016
Selepas berjumpa pada Oktober 2016 tu,
Kedua-dua keluarga menerima baik hajat kami

Maka langkah seterusnya diatur dengan baik..
Pada 4 Dec 2016
Kami bertunang~~
Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan
Hanya dihadiri keluarga yang terdekat dan sahabat handai yang rapat sahaja
Pada mereka yang tak di maklum,
Apatah lagi dijemput waktu bertunang ni,
SAYA dan KELUARGA
Memohon Jutaan kemaafan jika ada yang terasa hati,
Tapi sesungguhnya majlis memang secara kecil-kecilan
Pelamin yang ada pun hanya 'DIY'
Yang siapnya beberapa jam sebelum majlis

Selepas bertunang,
Maka kami kedua-dua pihak keluarga
Mencari 'masa' dan 'waktu' yang sesuai
Untuk diadakan majlis walimahnya
Ikutnya setahun mengikat tali pertunangan
Namun,
Ada beberapa sebab yang diambil kira untuk diadakan secepatnya walimah kami

Bincang dan bincang
Maka tarikh
18 MAC 2017 (NIKAH)
19 MAC 2017 (SANDING)
Dipilih dan bersesuaian dengan kedua-dua keluarga

Ramai jugak yang dok tanya
Pasai apa buat waktu cuti sekolah?
Kenapa tak buat bukan cuti sekolah?
Reasonnya adalah :
1) Ayah mertua merupakan seorang guru
2 ) Suami juga merupakan seorang guru
3 ) Adik2 suami pula belajar di MRSM dan hanya cuti sekolah sajalah selayaknya nak diadakan majlis sebab waktu ni la depa balik
**cakap utara dah sikit2 sebab masa menaip ni dok kat taiping which is duduk dalam bilik suami cari idea menaip blog yang dah lama usang HAHAHAHA #sismerepekapani?

Ok kita teruskan ye heheh

Maka tempoh pertunangan kami hanya berlangsung 3 bulan sahaja
Macam lipas kudung juga dok buat persiapan
Dengan masternya
Dengan majlis walimahnya
Tapi Alhamdulillah Syukur
Allah permudahkan setiapnya..

Masa yang dinanti pun tiba..
Pada 18 Mac 2017
Lebih kurang jam 6 petang
Dengan sekali lafaz
Bertempat di kediaman sis
Maka sis sudah bergelar isteri 
Kepada seorang suami
MUHAMMAD YAZID BIN ROSLY
Alhamdulillah ijab dan kabul berjalan dengan lancar
Tanpa sebarang gangguan...


Tak nak cakap banyak,
Nah sis belanja naaaa gambar nikah sekeping dua



**ikut cakap photographer heeee

Mas Kahwin dari suami

Ibu dan Papa sayanggg

Mak dan Ayah sayanggg

Ok disebabkan sis buat majlis resepsi pada keesokan harinya dan majlis berlangsung di dewan
Maka,
Pada malam itu, 
Tiada acara apa-apa pun di rumah,
Sekadar berkumpul ahli keluarga
Serta menyiapkan segala keperluan yang masih belum siap untuk esok hari..

19 Mac 2017
Majlis resepsi pun berjalan dengan jayanya..
Alhamdulillah...
Makanan, Goodies semua cukup-cukup untuk tetamu

Mari sis nak buat review
Mana sis amik bridal,
Siapa yang make up sis kan,
Pelamin mana ambil,
Ok lets go~`

Actually poning jugak laaa
Dok pikir nak bridal mana semua kan
Alhamdulillah jumpa la di FB
Dan harga pun berpatutan...

MUA  NIKAH : Kak Jumi @vistanabutikimpian *boleh cari dlm FB
MUA SANDING : Anak Kak Jumi
PELAMIN & BAJU SANDING: @vistanabutikimpian
BAJU NIKAH L & P (TEMPAH) : @fiqqafashion *IG
PELAMIN NIKAH : @hayatigallery *IG
 PHOTOGRAPHER : @lalalandhusna & @saadiahrahim *IG
CATERING UTK RESEPSI : Import dari kawan pakcik
KHEMAH DAN KERUSI DEWAN : Pakcik

Ok mari kita tengok gambar majlis resepsi yaaaa



 Part paling susahhh nak buat ! Bila photographer suruh tenung mata. aishhhh tergelak sokmo

 Awat laki i mcm pendek ni? HAHAHA

Raja Sehari. Sehari jela hahaha

Nak lagi???
Ok jom hahaha

 Di apit oleh rakan baik sis #ciknisa dan adik kesayangan suami #broizwan

Seronok jugak diapit ibu dan papa hehehe

 Dengan mak dan ayah ~~~

 Adik beradik dan Ibu Papa belah sis

 Adik beradik dan Mak Ayah belah suami

Tak cukup???
Nak lagi???
Ok.. ok sis belanja lagi gambar okeyhh

 Gambar ketibaan pengantin~~~ hehehe

 **outdoor session
#payabakausijangkang

**outdoor session
#payabakausijangkang

 **outdoor session
#payabakausijangkang

**outdoor session
#payabakausijangkang

 **outdoor session
#payabakausijangkang

Gambar terakhir adalah khas buat orang kuat yang banyak bantu sis
Dari masa sebelum majlis, semasa dan selepas
TERIMA KASIH

Nisa dan Ana yang lari sana sini demi memastikan majlis berjalan dengan baik. 
Terima Kasih nisa buatkan triffle untuk dessert makan beradap..sedappp~~~
Open order contact sis nisa terus ok hehehe

 Ini anak murid paling nakal VS paling tak tahu nak kata lah...hahaha
Terima kasih dtg awal dan bantu cikgu..
Lebiyuuuu

Anis dan As pun banyak membantu..
Terima Kasih sahabat..
I LOVE YOU
Nanti majlis korang i pulun habis keringat ok heeee

 Tak lain tak bukan semuaaa ahli keluarga..
Ini makcik anak sedara semua laaa
Terima kasih datang dan terima kasih bantu ~~

#makcik2sisyangojes hehehe
 Cik Nani, Kak Na dan Ira
Banyak bantu..
Terima Kasih..
Muka kau ayu betul kak na ! HAHAHAHA

Paksu dan Maksu yang membanting tenaga 4 kerat bersama2 masakkan makanan beradab ! 
SEDAPPPPPP

TERIMA KASIH

DANNNNN ~~
Terima kasih my official photographer yang sanggup berpeluh2 demi majlis sis
Terima Kasih deng dan kak lala..
#fallinlove with them
So kind !

For the last,
BUAT SUAMIKU TERCINTA,

Moga ikatan cinta kita ini akan terus mekar mewangi,
Akan terus menerus dihiasi berkat dan rahmat Ilahi,
Moga kita akan terus bersama bukan sekadar di dunia,
Tetapi di Sana sekali lagi..

TERIMA KASIH
Untuk semua penat lelah,
Untuk setiap keringat,
Untuk setiap kasih sayang,
Untuk setiap perhatian,
Untuk setiap bahagia,
Untuk setiap masa yang diluangkan..

Moga-moga
Masih tak jemu nak dengar celoteh mulut ini yang payah nk berhenti,
Masih tak jemu nak layan tekak ni yg asyik nak makan itu ini,
Masih sudi bawa pergi pasar malam beli makanan banyak2,
Masih sudi layan cerita yang entah apa2,
Masih sudi nak telefon tiap malam and at the end bercakap sorang2 sebab sayang dah tido hehehe

Moga
Akan terus mencintai
Sampai ke akhirnya..

Moga juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..

Ikhlas,
Isterimu yang tercantik dan tercomel dimatamu hehehe

I LOVE YOU Abang 💓


***gigih taip blog masa suami pergi kerja dan dia tak tahu pun bini dia bukan taip thesis tapi tulis blog...maaf abangggg heeeee

HAPPY 1 MONTH~~









Friday 6 January 2017

One Step Closer


بسم الله الرحمن الرحيم

I have died every day
Waiting for you
Darlin' dont be afraid
I have loved your for a
Thousand more

4 Dec 2016
6 bulan yang lepas
Tak diimpikan apatah lagi diangankan
Akan hadirnya hari ini

6 bulan yang lepas
Tak pernah diharapkan
Akan datangnya seseorang yang bermakna di dalam hidup ini

6 bulan yang lepas
Setiap hari dan setiap masa
Adalah perkenalan 
Bagi kita

Biarlah kita jauh di mata
Biarlah jarak memisahkan kita
Sebab kita saling percaya

Terima kasih untuk kisah indah ini
Terima kasih kerana hadir
Terima kasih kerana membuktikan kata-kata yang diungkapkan
Terima kasih kerana menerima kurang lebihnya diri ini

Terima kasih masih bertahan
Terima kasih masih setia
Terima kasih masih bersama

Semoga akan terus bersama-sama hingga ke akhirnya
Semoga akan terus bertahan
Semoga akan terus setia
Semoga lebih tabah
Semoga lebih cinta~~~

Semoga Tuhan permudahkan ke urusan yang seterusnya
Kerana ini permulaan kepada cabaran yang lebih besar

Semoga diberkati dan dirahmati
Aamiin~~

#reserved on 4Dec16