Saturday 15 October 2016

Permohonan Master


Assalamualaikum semua..

Dah lama kan tak update blog ni. kekangan masa itu yang menyebabkan blog ini terbiar lama. hehehehe, ok update kali ini nak cerita tentang kronologi permohonan master aku dan sedikit pengalaman dalam pengajian maste ni. Jom~

First sekali yang buatkan aku nak update blog ni lagi sebab ramai yang tanya mcm mana nak mohon master/PhD di UPSI. Ok maaf sangat pada sesiapa yang bertanya tapi aku jawab seolah olah mcm tak membantu. Moga entry kali ini memberi sedikit sebanyak 'jalan' untuk kalian ya.

Ok permohonan yang aku buat untuk sambung master ni pun sebenarnya di saat2 akhir. walaupun sebenarnya aku dah apply masa sem 8 lagi. permohonan aku x submit2 sampailah 15.7.2016 haritu which is lagi 2 bln utk intake bulan 9. sebab apa bertangguh? sbb aku busy nak exam sem 8, aku keliru program pengajian apa yang aku nak ambil dan paling utama 'malas' nak fikir proposal waktu ini. Dan masa aku nak mohon ni belum konvo lagi dan mcm2 benda aku kena settlekan. satunya adalah surat apa nth dari phk akademik yang aku kena isi sebab time ni x dpt lagi surat tamat belajar. huhuhu. dan kalau nak tahu lagi 15.7.16 itu adalah hari TERAKHIR permohonan siswazah UPSI. kelam kabut aku dgn partner aku si nisa dok isi2 permohonan ini. kami turun UPSI time ni. Masa ni jugak la proposal xada apa. ZERO. apa lagi berlari berkejaran dari canselori ke IPS ke library. penat sangat tapi alhamdulillah selesai.

Ok permohonan dalam sistem tu,
Korang semua isilah bahagian yang sepatutnya.
Ramai yang tanya aku WAJIB ke upload PROPOSAL?
Jawapannya WAJIB bagi yang MOD A
Untuk MOD B (mix mod) dan MOD C (kerja kursus) aku x tahu uolls perlu upload proposal ke tidak. tapi yang aku tahu tak perlu sebab nanti dalam kelas GRU iaitu KAEDAH PENYELIDIKAN PENDIDIKAN yang wajib korang masuk ni pensyarah akan push korang cari tajuk. HAAA cari la tajuk sampai muntah (aku dah rasa 5 minggu) hahahaha tapi jangan takut. rileks dah. cool. hahahaha. tajuk aku? ada dah. tanpa direject hahaha. memang kena penampa la kalau Mod A tapi minggu 5 xada lagi tajuk kan hahahaha.

Ok aku menjawab x soalan korang? Maaf untuk yang Mod B dan C x dpt bantu lebih sbb aku xada kwn yang apply 2 mod tu. Partner aku pn apply Mod A. #kamiberanimati sama2 hahahaha

Oh lupa ! tambahan pula kan. untuk Mod A tu korang bole la pilih penyelia untuk thesis kau tu. sbb bila kau amik Mod A ni kawan kau adalah penyelia kau jela. dia la segala2nya. carilah yang sebaiknya da related dengan program pengajian yang korang pilih. jangan buat proposal atau pengajian berkaitan dengan pengurusan perniagaan hang p pilih penyelia dari jabatan akaun. memang makan penampa laaaa ang. huhu. kalau tak tahu mana nak tgk kelayakan penyelia yang korang nka pilih. ok ini aku cerita utk permohonan siswazah UPSI sahaja ya. korang boleh buka link IPS UPSI dan korang boleh cari maklumat pensyarah2 mengikut fakulti dekat situ. mudah kan? aku pun cari kat situ. lepas tu aku main redah, x sempat nak lamar2 penyelia bagai la. aku buh je 2 nama penyelia tapi yang approvenya sorang sahaja. dia la penyelia dan dia jugalah penyelia utama. hahahaha. dan kalau bole pilih lah penyelia yang korang dah kenal, korang selesa dan korang senang bekerjasama dengan dia. ok?clear?


seterusnya yuran apa semua tu korang pun boleh tgk di link IPS UPSI semua maklumat ada dkt sana. jadual pensyarah yang fleksibel mengikut subjek korang nak pilih. kali ni korang bole rebut pensyarah dlu zaman degree x ley kan hehehe

Sekarang aku nak masuk bab pengalaman pulak~~

Bila dah sambung master ni kau akan rasa kau mcm xada kawan. sobsob lagi2 bila kau yang paling MUDA dalam kelas. fuhhhhh terasa weyhh keasingannya tuh haha. biasalah master ni banyak kelas dengan pelajar yang level akak2 dan kadang2 hampir sepenuhnya kelas adalah CIKGU~~~ bawa bertenang kalau depa selalu dok meluahkan perasaan penat di sekolah dan sebagainya kau layankan jela. itu jela kawan yang kau ada. kau pun bakal cikgu jgk kan?? HAHAHAHA

Ada juga yang bertanya begini,
Wani kau kan Mod A apasal kau amik kelas? Mod A kan full thesis dan research xperlu kelas knp kau RAJIN sgt masuk kelas? ok ok sis x sentap meh sis jawab haha

Jawapannya adalah PENYELIA aku suruh MASUK KELAS. hahaha
Setelah selesa pendaftaran haritu terus ada perjumpaan dengan penyelia, lepas jumpa terus dia kata ok wani saya nak awak masuk kelas ini,itu dan ini. kau 3 kelas jah. hahahaha sepatutnya xada. ok aku pn amik la kelas. tapi kes aku special sbb aku masuk kelas cuma untuk AUDIT sahaja. ini khas buat pelajar Mod A lain ya dengan Mod B dan C. Mod B dan C ada exam tapi aku x ada exam hanya attend kelas dan WAJIB kena buat ASSIGMENT cuma tak ada EXAM. clear kan? seronok laaa xada exam? seronokkkkkk kau kata? hahahaha minggu depa exam aku kena hanto proposal ke IPS huhuhu seronok laa juga. hehehehe

Oh ok apa beza Mod A, B dan C

Mod A - Thesis + VIVA
Mod B - Kelas + Disertasi + VIVA
Mod C - Kelas + Projek Paper + TIADA VIVA

Apa apa pn korang bole rujuk dengan IPS yaaa...

Ok sambung~~

Bila korang dah masuk kelas yang campur2 budak master dan PhD ni kau akan rasa kerdil gila. Lagi2 bila kau fresh graduate. xada apa pengalaman. aku pasif gila kot dalam kelas. diam seribu bahasa hahahaha. sebabnya rakan sekalas aku selalu cite pengalaman diorang. mcm2 laaaa but seronok sgtttttt dan lagi satu kau jangan harap la pensyarah akan bagi penerangan yang banyak mcm degree dlu. xada nya. kau pergi libry kau pergi baca buku. then you will get more knowledge. semuanya kena CARI bukan DISUAP. ready untuk ini.

Dan kelas untuk master tiada lagi 2 jam mahupun 3 jam tapi 4 jam. kebiasaanya kelas akan ada pada hari jumaat dan sabtu untuk pelajar separuh masa (PJJ). pelajar sepenuh masa kadang ada kelas selasa dan khamis. depends la pada jadual untuk sem berkenaan. kebiasaanya kelas jumaat tu akan mula pada 3 ptg dan habis 7 malam dan malamnya 7 malam sehingga 11 malam. jangan terkejut kalau tgk kwn2 korang ada yang kelas straight mcm ni. yes mmg ada. PENAT? mana ada kejayaan yang digapai x melalui detik2 sukar kan? kuat kan semangat ok. tapi aku xadalah kena mcm ni sbb kau susun jadual aku cantik2. tapi pnt gak sbb 3 hari kelas. letih jugak sampai demam2. culture shock kelas 4 jam hahaha. selalu 3 jam je aku bertahan 1 jam lagi aku dh mula nk main2. sila jgn tiru aku hahahaha.

Lagi satu jangan terkejut kalau msuk kelas ada budak kecik tgh main2 dalam kelas. kau x salah kelas yaa itu mmg bukan nursery itu mmg kelas kau. hehehehe kdg2 ada pelajar yang dtg kelas bawa anknya hadir ke kelas. xpela kau main jela dgn budak tu. kot2 nti dh besar dia sambung belajar sampai PhD ke kan. klu dia menjerit ke apa. rilekss jangan marah2 ok. hehehehe

Ok rasanya dah cerita semuanya yang aku nak cerita...
PESANAN aku...
Tulis proposal betul2 (jgn mcm aku kena reject hahaha tapi finally diterima)
Pilih penyelia yang betul dengan skop pengajian yang kau pilih
Make sure proposal dan program pengajian korang selari, kalau x selari maybe korang xley graduation
Datang kelas jangan ponteng2 ok
PILIH MOD PENGAJIAN BETUL2, solat istikharah, ikut kemampuan....

Last but not least,
Aku doakan siapa yang nak sambung pengajian bulan 2 nanti dipermudahkan urusannya,
Aku doakan permohonan korang berjaya,
Buat rakan2 sedegree aku kalau korang dpt msuk yang bln 2 ni roger2 laaa !

Jika ada apa apa lagi soalan,
Boleh terus inbox di FB aku hazwani suyanto atau kalau ada no aku boleh terus wassap
Maaf jika reply lewat atau terbagi bluetick dlu ke maybe tika itu aku bersama penyelia tapi for sure aku akan balas ya !

Sampai ketemu lagi di entry yang seterusnya...

By the way,
Doakan aku juga ! Doakan thesis aku ni berjaya aku habiskan. Maybe thesis aku mix mode which is kuantitatif dan kualitatif. Doakan juga urusan untuk berurusan dengan sekolah2 di Selangor dipermudahkan ya ! Terima Kasih.



Saturday 30 July 2016

Si Pencuri


Aku tidak tahu bila dan bagaimana
Yang mampu aku katakan 
Ini semua Aturan Tuhan yang paling indah

Tidak pernah terdetik dalam diri 
Apatah lagi merancang untuk punya teman 
Yang ada suka dan duka
Susah dan senang
Setelah semua kepahitan yang aku lalui itu begitu menikam jiwa

Tapi kau lain
Kau sangat lain
Hadirmu tidak aku duga
Kedatanganmu hanya sebagai insan biasa
Cuma kawan kawan sahaja

Entah bila
Entah hari apa
Entah masa bila
Kita semakin rapat
Kita kongsi suka dan duka yang pernah dilalui
Entah aku juga tidak punya jawapan yang tepat

Masa berjalan terlalu pantas
Apa yang aku lihat pada kau
Kau sangat istimewa
Personaliti kau tidak sama dengan insan yang pernah aku jumpa selama ini
Kau lain dan sangat lain
Itu sebab aku katakan kau ISTIMEWA

Aku tak tahu bila kau berjaya menyelinap masuk ke dalam hati aku
Yang dah aku kunci rapat rapat
Buat insan yang bernama LELAKI
Entah
Aku juga tak punya jawapan
Aku nampak kau ikhlas
Aku nampak kau sungguh sungguh mahu kenal aku

Mulanya aku takut
Takut dilukai dan terus dilukai
Tapi aku berkata pada hati
Sampai bila aku nak begini?
Aku  juga layak untuk bahagia
Aku juga layak punya rasa cinta
Buang kisah lama
Campak tepi
Itu semua pengalaman
Sekarang ini masa depan
Aku cuba perlahan perlahan menerima kau dalam hidup aku
Dan aku juga nampak kau lakukan perkara yang sama

Terima kasih dear,
Kerana hadirmu dipenghujung waktu semester 8 begitu bermakna buat aku
Kau lah insan yang berjaya
Membunuh semua prasangka burukku terhadap lelaki
Kau berjaya mencuri hati aku tanpa aku sedar

Terima kasih
Untuk sentiasa ada di penghujung waktu sem 8 haritu
Memberi kata kata semangat
Peneman aku ketika study
Penyunting semangat tatkala hampir rebah kerana kepenatan 
Menjadi translator ku yang paling setia
HEHEHEHE
TERIMA KASIH

...................................................

Orang kata semua pencuri itu jahat
Aku tidak setuju
Kerana ada pencuri yang berhati mulia
Macam kau
Yang berani curi hati aku
Walau tika itu hati aku seakan tidak bermaya dan kaku

Ketika mahu dicuri, aku pesan awal-awal
Hati ini mungkin lagi tidak boleh merasa
Kerana kepahitan masa lalu
Mungkin juga tidak boleh bercinta
Tapi kau ni riak
Kau kata kau ini pencuri kelas atasan
Kau boleh curi dan pulih tanpa belas kasihan
Dan kau sudah buktikan

Terima kasih si pencuri
Kerana bantu aku untuk terus hidup
Kerana buatkan aku percaya
Yang aku juga berhak untuk bahagua
Sama seperti apa yang mereka rasa

Aku sayang kau
Ini kali pertama aku sayang seorang pencuri
Dan moganya kau juga pencuri terakhir yang aku beri hati

#wy #4Jun16 #16Jul16

Ikhlas,
Norhazwani Suyanto





Thursday 16 June 2016

PENAMAT CERITA SEMESTER AKHIR



Assalamualaikum semua !
Hai apa khabar?
semoga semua dalam keadaan yang sihat dalam bulan yang mulia ini
maaflah sis x sempat nak update cerita2 sis dalam blog
almaklumlah semester akhir ni dugaan dia lain macam sikit
ditambah dengan sibuk yang memanjang
*walaupun tak tahu sibuk buat apa. hahaha*

maka harini sis memunculkan diri untuk mengelap habuk2 yang ada di dalam blog ni
ehhhh terpanjang pula mukaddimah kali ni
hehehe

ok back to topik yaaa
post kali ini nak cerita tentang sahabat
yang ada di saat suka, duka, pahit, masam sepanjang semester 8 ni

almaklumlah seperti yang diketahui
sis dh habis final exam
thesis berjilid pun sudah diserahkan
maka
sis dah boleh sedar diri untuk
keluar dari UNIVERSITI
dan KOLEJ
kalau boleh dgn kadar segera
sebab semakin lama duduk disini
semakin seksa hati dan perasaan
*aicehhhhhh ! hahah*

4 sahabat ini sebenarnya serumah dengan sis
3 orang daripadanya adalah coursemate sis
1 orang daripadanya adalah teman rapat sis dari sem 1 sampai la sem 8 ni

*BERGENANG AIRMATA dh ni*

macam mana nak sambung cerita?
huhuhuhuhuhu

ok ok tarik nafas lepas~~~



NURUL ATIQAH BT SHAMSUL
Kawan yang ada di saat jatuh tergolek kat tangga
kawan yang ada susah dan senang
kawan yang ada saat tangis dan tawa
sepanjang semester 1 sehingga semester 8
walaupun ada onak duri dan dugaan yang kita lalui
namun Allah masih sayangkan ukhuwah kita
Allah masih satukan hati kita

PESANAN~
terima kasih untuk semua yang tiqa dh berikan pd wani sepanjang 8 semester ini
maafkan wani andai sepanjang perkenalan kita, wani ada buat salah silap
terguriskan hati tanpa sengaja
halalkan segala ringgit dan keringat yang tiqa berikan pada wani sama ada dalam sedar atau tidak

*MAAF tiqa wani xmampu tulis lagi panjang takut esok pagi tiqa la org pertama yang menyaksikan mata panda wani. hahaha*

CUMA satu..
JAGA DIRI
TERUSKAN PERJUANGAN



SHAKINA
kita mula rapat semester ini
itu pun kerana kita dipertemukan kerana 1 rumah
terima kasih kina
untuk semangat
untuk kata2 positif
*u know what i mean right?*

kau seorang kawan yang baik, memahami dan kadang2 lawak tak bertempat
semoga kau akan terus berjaya
teruskan juga perjuangan
JAGA DIRI kina

terima kasih untuk kenangan kita berdua ya kina
terima kasih untuk semuanya
maafkan salah silap aku
halalkan apa yang aku terambil sengaja mahupun tidak..

ingat janji kita?
nak dating dkt jalan tar kan nk beli baju raya?
hahahahaha



AZILAH 
kenangan dgn kau yang aku tak boleh lupa adalah
kau gelakkan aku tempang sebab tergolek kat tangga
lepas tu beberapa hari kemudian
tangan kau pulak terkehel sebab basuh baju eh?
yang tu aku x boleh lupaa weyh zila ! hahaha


terima kasih untuk kenangan masa sem 1 dan berpisah bawa haluan memasing
kemudian bertemua dan rapat semua untuk sem 8 ini
terima kasih untuk semuanya
aku minta maaf untuk semua salah dan silap
halalkan apa yang pernah aku terambil
jaga diri zilaaa

lepas ni jgn gelakkan aku lagi
takut kau kena pulak lepas tuuu
hehehehe
zila zila
lawakkkkk kot




KAK FATANAH
tak sangka kita dipertemukan semula untuk sem 8 ni
sebelum ni kita sama2 di dalam satu keluarga

kak na,
terima kasih untuk semua kenangan
terima kasih untuk semua nasihat
terima kasih untuk semua tawa kak na yang menghiburkan
terima kasih kak na sebeb jadi penghibur dalam rumah

maafkan salah silap wani yaa kak na
halalkan apa yang pernah wani ambil sedar atau tidak

semoga kak na cepat2 kahwin
jangan lupa jemput ok !
nanti wani datang kelantan dengan suami
EHHH ! hahahaha

jaga diri yaa kak naa
teruskan perjuangan
andai ada waktu kita ketemu lagi ok?


.................................................................................................

maafkan sis
sebab sis dh x boleh nak teruskan coretan dalam blog ni
sis takut sangat B102 malam ni banjir hahahaha

pesanan wani kepada kalian sekali lagi,

JAGA DIRI BAIK BAIK
SEMOGA KALIAN DAPAT KERJA YANG BAIK
TERUSKAN PERJUANGAN SBB PERJUANGAN KITA BARU NAK BERMULA
SEMOGA KALIAN DIPERTEMUKAN DGN JODOH YANG BAIK
KALAU KAHWIN JANGAN NAK LUPA INGATAN PULAK
TAHU-TAHU DAH ADA ANAK 1 2 3 ORANG 
TIME TU X BERAGAK AKU NK CEKIK KORANG
HAHAHAHA

JUMPA KONVO NANTI 
IN SHAA ALLAH !

TERIMA KASIH UNTUK KENANGAN 4 BULAN INI

WANI SAYANG KALIAN

ucapan khas dan panjang ada dalam kad ucapan khas dari wani
in shaa ALLAH esok akan sampai di atas meja belajar kalian
sila baca di kampung yaaaa hahahaha

saksikanlah video khas dari wani
harap tak ada airmata sado korang tertumpah yaa
maaf x ada ayat2 puitis dan manis
sebab x mampu nak tersedu sedan dah buat video ini

nah tiqa ! nak wani buat video kan
JANGAN NANGIS ! hahaha

Thursday 31 March 2016

SENDIRI


Saat kau berjalan sendiri
Bukan bererti kau sunyi
Hakikatnya kau sedang belajar
Cara seperti apa mahu berdikari

Tanpa mengharap ada
Yang datang tolong kat tepi
Luka berdarah pun
Kau harus balut sendiri

Kadang sendiri itu,
Lebih rasa nyaman dari kebanyakkan
Kerana tidak semua yang datang
Sudi teman hingga hujung jalan

Usah sedih
Apalagi nangis tanpa alasan
Sunyi engkau itu
Hakikatnya berteman

Dan temannya adalah ~~~ Tuhan





Saturday 19 March 2016

Carpal Tunnel Syndrom (CTS)


Dah lama rasanya tak menconteng conteng disini
sejak habis praktikal haritu kan...

mari nak sembang sikit...
tajuk pun mcm amende laaa cikgu hazwani nk membebel ni kan kan?

okeyh first
pernah tahu x apa sakit CARPAL TUNNEL SYNDROM???

tak tahu?
haaaa cuba laaa tanya pakcik google...hehehe

sebenarnya carpal tunnel syndrom ni sakit saraf di bahagian tangan dan tapak tangan dan juga boleh ke jari jemari..

ok kenapa nk cerita pasal carpal tunnel syndrom ni?

sebab
ini adalah kisah 2 bulan lepas...
19.1.2016...

pada tarikh keramat itu sis di serang dengan sakit ini
pada permulaannya adalah hanya kerana salah tidur...
bangun pagi kebas dari kepala sehingga hujung jari kaki
yang pelik lagi hanya sebelah kanan sahaja
sebelah kiri tak kena kebas kebas ni

sampai rasa takut terus pulang ke kampung
sbb waktu ni sis berada di Tanjung Malim untuk menyelesaikan thesis katanya la
dah sampai rumah tu masih biarkan lagi
sebab rasa nk tengok mana sakit ni ley pergi jauh
haaa tu diaaa buat eksperimen pulak dh cikgu ni hahaha
terlebih pandai mcm doktor...hehehe

keesokan harinya 
rasa mmg xboleh dh nk pergi sakit ni
mmg sakit sgt terutama kat tangan
lembik, lemah badan
tangan kebas makin kuat
mcm ada jarum jarum yang cucuk
*time ni tak pegang HP pn sbb mmg xley taip*
tapi gigih drive pergi klinik

kali pertama ni pergi klinik swasta 
Dr tak detect apa apa
cuma Dr bagi la ubt tahan sakit + ubat urat + ubat saraf
makan la ubat ni sampai habis
*ada perubahan tapi sikit je dlm 20%*

habis ubat di klinik pertama
sis pergi la ke klinik swasta lagi
tapi di klinik yang lain
Dr tu siap ckp ala tak ada apa apa ni
lepas ni jgn tidur mengereng belah kanan
maka Dr pun bagi ubat saraf + ubat demam
*sampai sekarang sis confius pasai pa Dr bagi ubat demam pd al sis x demam*
hahahaha
sis x jumpa jawapan lagi...

maka sis pun makan la ubat ni sampai habis tapi sis x makan ubt demam tu sis makan ubat saraf je...sbb sis mcm confius nk makan ubt demam tu...HAHAHAHA...
makan la sampai habis tapi x jalan jugak...
makin sakittttt time ni...
dekat tapak tangan ni dia punya denyut tu Allahu
dia punya menyucuk tu Allahu..
apa yang sis buat?
sis hanya mampu menangis tutup muka dengan bantal
tahan sakit...

lastly ibu sis pun mcm dh xtahu kan 
ibu suruh pergi klinik kerajaan
maka sis pun tabah la sakit sakit ni menunggu...
berhuhuhu dlm tu..

dapat pulak Dr lelaki haa sudah...hahaha
cerita la dengan Dr pung pang pung pang
mcm sis cerita kat atas td
tapi sis tambah
"DAH SEBULAN DR SAYA SAKIT NI TAPI X BAIK BAIK"
maka Dr pun ckp xpe Dr bg ubt
tengok dulu mcm mana...kalau x ok datang balik...
*ini tarikh dh nak dekat balik UPSI*
ubat yang sis dpt dkt klinik kerajaan
ubat vitamin b complex + ubat saraf
makan la jugak ubat ni sampai habis

sampai sis ckp dlm hati
banyak dh dadah dalam badan sis ni
makan ubt itu makan ubat ini
tapi masih belum pulih..
BENAR lah...
selagi Allah belum kata kau akan baik
Allah tak akan sembuhkan
kau kena usaha lagi lagi dan lagi

ok sambung....
habis makan ubat klinik kerajaan
effect pn hanya sikit je dlm 40% mcm tu la...
tapi sis masih tabah lagi pergi sana sini drive
yela siapa nk drive kan
ibu x pandai drive
papa pun x sht
adik adik pn perlukan kita
maka kena
KUAT waktu ni...

dan waktu ni jugak sibuk kemas kemas barang nak balik UPSI
mmg x larat la sebenarnya nak angkat barang
*nangis waktu ni mengenangkan diri yang xmampu*
terpaksa jugak angkat dengan adik2...huhuhu

dan sampai upsi mujur la ada roomate yang begitu memahami sis
dia tlg angkatkan brg sis skit2
siap tolong basuhkan baju
sidaikan baju waktu ni...

kuliah pertama 22.2.2016
hari isnin
jam 8 pagi
malamnya sis mengerang kesakitan di atas katil
sis x ada ubat dh waktu ni
tapi kali ni dia punya sakit lain mcm
*faktor mungkin angkat brg dan gerak banyak guna tangan*
sis sampai call ibu sbb dh xtahu nk buat apa..huhu

isnin tu dlm kelas pagi biasa la pensyarah akan bersyarah
serta pensyarah juga akan memberi tugasan tugasan
sis pun tulis la
yang buat sis rasa sebak hampir menitis airmata
sis x mampu nak tulis selepas 2 minit mcm tu la
mmg tangan sis jd mcm kaku
rasa sakit sgt cengkaman tu
denyutan tu
kebas tu..
sis diam~~~~

tapi sis main2 juga menulis lagi...
habis kelas sambung kelas lagi...
kelas sis x ada gap waktu ni tapi lect x masuk...
sis balik...
sakit lagi...
tapi petang tu ada kelas...
sis niat lepas habis kelas sis nak pergi pusat kesihatan sbb sis dh xley nak tahan sakit

habis kelas petang yg lect x masuk jugak tu
sis pn pergi la pusat kesihatan

masuk cek tekanan darah semua
nurse tanya
'sakit apa'
sis cakap la
'sakit kat tangan ni la kak'
nurse tu jawab
'mcm detect carpal tunnel syndrom je'
sis balas dengan senyuman

sbnrnya sis dh search dkt google
sakit carpal tunnel syndrom ni
namun sis bkn la Dr nak confirm kan sis dpt sakit ni kan
sis mcm cuba untuk menafikan kenyataan yang sis x kena sakit ni

no sis pun dipanggil
cerita dengan Dr dalam tu sampai klinik tutup...
hahahaha
alhamdulillah dpt Dr perempuan
Dr Zeha
Dr tu baik sgt...

dah cerita semua yang sis cerita kat atas
Dr terus ckp
saya rasa awak ni kena serangan carpal tunnel syndrom
ok sis diam
Dr ckp 
awak mengandung?
HAHAHAHA
*ini sis tergelak*
sis jawab
'tak Dr'
Dr tanya lagi
'ada suspek diabetes?'
sis jwb
'haritu checkup xada Dr'
Dr ckp lagi nak kata obesiti u ni kurus je tak mungkin la..
saya tanya mengandung tu sbb orang mengandung pn boleh kena CTS ni...
lagi Dr tanya
ada kerja yang berat2 x sebelum ni?

sis jwb 
'ada saya just kerja taska je Dr, bkn la menaip ke menjahit ke'
Dr ckp 'ehhh cmm dh tahu je apa saya nk tanya, dh pernah tahu ke CTS ni apa?'
sis jwb
'Dh Dr sya google...hehehe...sya cuma nk confirmkan je'

Dh borak punya borak punya panjang
'Dr pn ckp ok x pe saya bagi awak ubt tahan skait (ubat yang paling kuat) dan ubat saraf neurobion (ubat kedua terkuat utk saraf) awak makan, ubat tahan sakit tu mkn bila btl2 sakit dan ubat saraf tu makan tiap hari selama 2 minggu nanti kita tgk resultnya mcm mne'

maka sis pun berlalu pergi...
tepat  3 hari ubat tahan sakit sis habis
dan sakit sis masih x menunjukkan pengurangan
waktu ni sis dh stress sgt2
sbb sis x boleh nk menaip tak boleh nk gerak
*selalu serangan sakit around pukul 2 3 pagi*
HUHUHU
sis x tahan hari ketiga tu sis pun pergi lagi pusat kesihatan
*mmg muka sis je ok*
huhuhu
Dr terkejut sbb spttnya 2 week lagi baru sis dtg tapi serius tak boleh tahan lagi...
maka Dr pun tambah ubat tahan sakit utk sis
lepas tu Dr ckp sya nak amik darah awak
sya nk tgk apa punca awak boleh kena CTS ni ye
appoitment seterusnya rabu minggu dpnnya

dh rabu tu sis pn pergi la pusat kesihatan lagi
amik darah
bukan setakat 1 tangan
2 tangan sekali nurse tu bedal
hahaha
sakit jugak rasa dia...
huhuhu

namun sis masih sabar dna bertabah
dugaan kan kita tak tahu apa rahmat yang tersembunyi...
Allah nak bagi sis rehat skit
then apooitmen nxt nya minggu dpn khamis utk cek result
sis pn pergi
tapi Dr yang rawat sis x ada
ditangguhkan pada minggu dpnnya selasa

ok dh selasa tu
sis pergi la
alhamdulillah Dr ada
hati ni dup dap dup dap nk tahu result
sbb Dr kata kalau x ok lagi
Dr akan suruh buat fisioterapi dan akan operation if x ok lagi
T_T

maka no sis pun dipanggil
sis masuk
Dr kata jumpa la kita lagi
saya hampir lupa awak..
hehe
sampai hati Dr dlm hati sis...hehe

maka result pn keluar..
result menyatakan bahawa
darah ok cuma kurang darah putih
buah pinggang ok
hati ok
kolestrol ok
kencing manis xada

sis sihat sebenarnya
jadi Dr buat kesimpulan
sis dpt CTS ni sbb sis banyak buat kerja terlalu bergantung pada tangan kanan
habis dh domin sis ni kanan kan huhu

specialnya sis bukan kena tangan je
kadang2 akan pergi ke bahagian peha dan kawasan kaki

tapi alhamdulillah 2 week sis ambil ubt di pusat kesihatan upsi ni
sis dpt lihat perubahan
dimana 
sakit semakin berkurang
semakin sihat
semakin tembam
semakin banyak makan
*effect ubat saraf*
huhuhu

syukur sangat sangat akhirnya ok jugak tangan sis even sis terpaksa jugak limit kan had penggunaan tangan kanan tiap hari...

bayang la
FYP laaa
assigment laa
seminar laa
kajian tindakan laaa
refleksi laa
dan macam macam lagi
itu sudah buat sis rasa sis sedih
sbb sis x mampu nk taip laju2 n cpt2 mcm org lain

kalau nk buat kerja sis kena limitkan
menaip harini kena gak ni je
cth 1 page
1 jelaaa

jiwa kena kental
hati kena kuat
bila sedang diuji begini
siapa kita untuk menolak semua ini kan?
Dia yang lebih berhak dan maha mengetahui segala2nya..

dan
saat kita sedang diuji sakit begini lah
baru kita nampak siapa yang akan ada disebelah kita selalu
dan siapa yang akan lari dari kita...

DAN
sis dah nampak siapa orang-orangnya...

Harini 19 Mac 2016
maka genaplah
2 bulan
sis menghidap penyakit carpal tunnel syndrom 
stage 1

Terima kasih Tuhan untuk segala nikmat
ketika sakit dan ketika sihat...

Kawan kawan
Sahabat sahabat
doakan la sis mampu siapkan thesis dengan baik
doakan sis semakin sihat dari hari ke hari
doakan sis dpt bertahan utk menaip
doakan sis yang baik baik ya...
Terima kasih sahabat~~~

sis hargai....

pesanan sis
buat yang kerja kerani dan banyak menaip
sila la had kan penggunaan tangan anda
kepada yang lain juga
sila la jaga diri dan limit kan pergerakan
supaya sakit CTS ni dpt di cegah

sekarang rawatan yang Dr berikan
continue makan ubat saraf selama sebulan
habis sebulan ni akan amik lagi 2 bulan
dan baru berhenti...

tekak ni sampai kelat dan tawar nak makan ubat kadang kadang
namun nak sihat kan kena la redah dengan redha...

'Allah tidak akan membebani seseorang melebihi kemampuannya'

dalam surah ar rahman

'Maka, nikat Tuhanmu yang mana lagi kamu dustakan'

ini baru sakit yang mungkin 1% daripada sakit sakaratul maut
Allahuakhbar

moga kita semua akan dilindungi oleh ALLAH
dengan rahmat dan kasih sayangnya

AMIN ~~~


result darah dan urine test beserta ubat saraf (warna kuning) yang perlu dimakan selama sebulan dan ubat warna coklat tu ubat tahan sakit


kali pertama dapat ubat di Pusat Kesihatan UPSI


ubat saraf yang 2 minggu kena telan


Dia nisa..dialah sahabat dialah kawan...bukan selalu chat bukan selalu jumpa tapi masa sis sakit dia lah yang paling ada dia lah yang paling selalu bagi kekuatan dan ayat ayat semangat dia semua buat sis nangis...terima kasih nisa...i love youuuuuuuuu


*maaf muka sis x bermaya baru lepas amik darah, puasa ni hehehe*
Dia tiqa...dia sahabat dan dia juga teman sebilik...hehehe...terima kasih sebab selalu ada...selalu faham tahap kemampuan dna batas sis untuk buat satu2 kerja...terima kasih basuhkan baju, sidaikan baju haritu....terima kasih....i sayang u much ! stay with me till jannah yaaa....

Terima kasih juga
buat ibu papa
yang selalu risau yang selalu bebel yang selalu bagi kekuatan
yang selalu pesan
'tak apa ALLAH uji ada HIKMAH nya semoga terus kuat dan jangan patah semangat...mana tahu dapat jodoh baik dgn dapat DEKAN ke sem ni'
doa ibu ni biasanya makbulkan 
in shaa ALLAH ibu...

Terima kasih adik adik kakak
yang jaga kakak masa kakak tak boleh bangun kt rumah haritu
tolong kakak kemas rumah
tolong kakak masak
tolong habiskan makanan kakak
tolong semua laaaa
i rindu u adik adik...
sobssobssss

Terima kasih juga buat yang lain yang mendoakan dalam diam
wani hargai..
terima kasih banyak banyak
Allah saja yang mampu balas semuanya....

sampai jumpa di lain masa yaaaa~~~

#carpaltunnelsyndrom
#2month

Thursday 17 March 2016

Sudah Ku Tahu


seringkali aku menduga
seringkali ini terjadi
segala rahsia 
sudah ku tahu
RUPANYA AKU TAK DICINTAI

untuk apa kau buat ku begini
segala apa yang ku lakukan
airmata ku mengalir di pipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu

mengapa masih lagiku
berdiriku menunggu cintamu

mengapa masih adamu
menyakiti di siang dan malamku

AKU TERIMA CINTAKU DIPERSIAKAN

Sayang
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar

Sayang
selamat tinggal
aku kan pergi
buat selamanya

aku pasti kau bahagia tanpaku
SELAMANYA~~

*buat yang suatu pernah...

Saturday 12 March 2016

Not The Same


Aku ralat..
SANGAT

Perasaan kau dah tak sama?
Aku dah berubah?
Aku terlampau lain fikiranya?

Cuma satu aku ingin tanya,
KENAPA DULU BOLEH SEKARANG SEBALIKNYA?

Kau mahu jalan masing-masing?

BAIK.
AKU TERIMA..

Cuma satu aku ingatkan 
orang kalau betul mahu, dia usaha
Jangan beri alasan
Kerana aku kelihatan tersangat SIA-SIA

DAH ! PERGI

' Sahabat Semalam '

Sahabat semalam
Ku kenal sekadar nama
Ku tahu sekadar usia
Ku mengerti sekadar apa
Ku bertaut menatap rupa

Sahabat semalam
Perlahan diam menapak di hati
Perlahan ada memberi erti
Perlahan rasa menyimpul resah berkali
Perlahan bertanya apakah ini?

Sahabat semalam
Dia pinjaman Tuhan
Untuk dicampak dalam jaga
Buat dibelai mengikis derita
Mengulas senyum dan senang tawa
Mengusik hati seakan sekadar apa

Sahabat semalam
Memilikimu anganku yang tak pernah sudah
Mengenalimu pengertian yang yang memadam resah
Menyanyangimu lara yang tak sengaja ku gubah
Mencintaimu bahasa yang kugarap indah

Sahabat semalam
Andai putaran alam berakhir sepi
Moga kekal ku simpan doa ini
Moga cinta itu kekal bertakhta
Hingga nafas lelah di dada
Hingga selamanya tertutup mata

~TERIMA KASIH, Sahabat Semalam~

Thursday 10 March 2016

Terima Kasih Pernah 'ADA'


Semudah ungkapan kata
Terima kasih untuk ada
Perlahan-lahan membuka rasa
Terkadang terjatuh dalam tak terduga masa dan ketika
Terkadang ia bermula sapa menjadi teman biasa

Mencintaimu seakan hanya aku yang bernyawa
Sukar ku gambar apa yang kau ada
Sesukar aku mula mengerti untuk apa aku memberi cinta ini
Tiap lemah dan lelahku hanya tiap ungkap bibirmu
Tiap peri dan gerak kaku
Bahasa seakan kaku untuk mengerti rasa yang bertaut di dada

Segala apa jua untukmu
Segala apa jua bagiku
Hanya sedetik ku rebah dalam cinta
Telah melumpuhkan aku
Selamanya untuk terus memilih
'BERSAMAMU'


Terima kasih untuk kenangan sebulan
Yang mampu melumpuhkan segala rasa hati aku...

Lalu kau dan aku
Membawa diri sendiri

Terima kasih kerana pernah 'ADA'