Saturday, 30 July 2016

Si Pencuri


Aku tidak tahu bila dan bagaimana
Yang mampu aku katakan 
Ini semua Aturan Tuhan yang paling indah

Tidak pernah terdetik dalam diri 
Apatah lagi merancang untuk punya teman 
Yang ada suka dan duka
Susah dan senang
Setelah semua kepahitan yang aku lalui itu begitu menikam jiwa

Tapi kau lain
Kau sangat lain
Hadirmu tidak aku duga
Kedatanganmu hanya sebagai insan biasa
Cuma kawan kawan sahaja

Entah bila
Entah hari apa
Entah masa bila
Kita semakin rapat
Kita kongsi suka dan duka yang pernah dilalui
Entah aku juga tidak punya jawapan yang tepat

Masa berjalan terlalu pantas
Apa yang aku lihat pada kau
Kau sangat istimewa
Personaliti kau tidak sama dengan insan yang pernah aku jumpa selama ini
Kau lain dan sangat lain
Itu sebab aku katakan kau ISTIMEWA

Aku tak tahu bila kau berjaya menyelinap masuk ke dalam hati aku
Yang dah aku kunci rapat rapat
Buat insan yang bernama LELAKI
Entah
Aku juga tak punya jawapan
Aku nampak kau ikhlas
Aku nampak kau sungguh sungguh mahu kenal aku

Mulanya aku takut
Takut dilukai dan terus dilukai
Tapi aku berkata pada hati
Sampai bila aku nak begini?
Aku  juga layak untuk bahagia
Aku juga layak punya rasa cinta
Buang kisah lama
Campak tepi
Itu semua pengalaman
Sekarang ini masa depan
Aku cuba perlahan perlahan menerima kau dalam hidup aku
Dan aku juga nampak kau lakukan perkara yang sama

Terima kasih dear,
Kerana hadirmu dipenghujung waktu semester 8 begitu bermakna buat aku
Kau lah insan yang berjaya
Membunuh semua prasangka burukku terhadap lelaki
Kau berjaya mencuri hati aku tanpa aku sedar

Terima kasih
Untuk sentiasa ada di penghujung waktu sem 8 haritu
Memberi kata kata semangat
Peneman aku ketika study
Penyunting semangat tatkala hampir rebah kerana kepenatan 
Menjadi translator ku yang paling setia
HEHEHEHE
TERIMA KASIH

...................................................

Orang kata semua pencuri itu jahat
Aku tidak setuju
Kerana ada pencuri yang berhati mulia
Macam kau
Yang berani curi hati aku
Walau tika itu hati aku seakan tidak bermaya dan kaku

Ketika mahu dicuri, aku pesan awal-awal
Hati ini mungkin lagi tidak boleh merasa
Kerana kepahitan masa lalu
Mungkin juga tidak boleh bercinta
Tapi kau ni riak
Kau kata kau ini pencuri kelas atasan
Kau boleh curi dan pulih tanpa belas kasihan
Dan kau sudah buktikan

Terima kasih si pencuri
Kerana bantu aku untuk terus hidup
Kerana buatkan aku percaya
Yang aku juga berhak untuk bahagua
Sama seperti apa yang mereka rasa

Aku sayang kau
Ini kali pertama aku sayang seorang pencuri
Dan moganya kau juga pencuri terakhir yang aku beri hati

#wy #4Jun16 #16Jul16

Ikhlas,
Norhazwani Suyanto





No comments:

Post a Comment