Sunday, 26 April 2015

BRIDESMAID


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

*ehem!

entry kali ini lebih kepada #throwback
throwback kisah wedding kakak sedara yang lepas

ceritanya
aku tanpa diberitahu apa apa
terus dijadikan salah seorang bridesmaidnya
HAHAHA

menurut titah perintahnya
aku pun jawablah
baikkkk yang menurut perintah
-hazwanisuyanto-

siap cakap
akak dah belikan kain ini untuk bridesmaid jadi jangan nak mengada-ngada tak boleh la apa lah. ini dh kira wajib sebab masa akak TUNANG kau tak balik kan. haaa gitu dia menghukum aku dik non! HAHAHA. lepas tu cakap lagi tu baju untuk nikah untuk tema bridesmaid warna pink dan tudung warna turqoise yang itu tidak ditaja. maka beli sendiri! hahaha *kejam. maka aku pun tergedik gedik la mencari kain warna pink magenta dekat TANJUNG MALIM. nasib baik jumpa. kalau tak jumpa mau la ada orang merajuk sekali lagi kan. 

satu hal cari kain
dua hal tak tahu nak tempah siapa
sebab masa tu dekat 3 minggu sebelum majlis
haaa! amik kau. pening kepala
hahaha
jadi merayau la aku di sekitar tanjung malim ini
mencari tailor yang sudi menjahit dressku. haha
jumpalah kedai aunty ni dkt pekan
terus tempah dekat aunty tu
harga dia boleh tahan la mahal dia
tapi dress yang dia jahit tu
ikut spesifikasi yang aku nak
tak ketat sgt
tak longgar sgt
yela aku ni kan comel kecik gini kan
masalah jugak. HAHAHA

dua dress aku tempah dkt sini
warna magenta tu untuk waktu nikah kakak sedara aku
warna cokelat tu pulak untuk waktu bersanding dia



haaa ni la dress dia
biasa je dressnya
pricess cutting
*princess sgt! hahaha

ramai yang tanya manik dan bunga bunga tu memang tempah sekali ke
tidak wahai kakak dan adik adik ku
lace, manik serta bunga yang ada di dress tu
wani jahit sendiri
sehari sebelum majlis siap semuanya
alhamdulillah

jadi sesiapa yang memerlukan perkhidmatan menjahit manik boleh la.
hahaha
tapi perkhidmatan menjahit dress hazwani belum pandai menjahit dress lagi.
hehehe

ok berbalik pada story bridesmaid
kami sebenarnya berlima
mula mula yang aku kenal cuma kak aiza dengan si dayah jela
si kak syida dengan kak syima tu tak kenal
sampailah pada hari kejadian baru kenal siapa
jadi inilah kami
bridesmaid pengantin yang kepoh tu



kami meneman pengantin sampai ke outdoor
tengok jela dorang dok posing sana sini
kami pon selpie laaa kan
hahahaha
mengisi masa lapang katanya
hehe

seronok jadi bridesmaid ni
tapi lagi seronok merasai kenikmatan kepenatannya
macam kita ni pengantin pulak
hahaha

apa apa pun
TAHNIAH
SELAMAT PENGANTIN BARU
PN.NORAFIQA BT BADRI SERTA SUAMINYA EN.MOHAMAD SYAFIQ BIN ISA
SEMOGA BAHAGIA SEHINGGA KE SYURGA
RUMAHTANGGA DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH

wawa sayang kak fiqa
jaga diri bebaik dekat manjung perak tu ye
jangan nakal nakal
kalau tak sibuk mai la balik selangor
jangan pura pura lupa jalan pulang ke selangor
hahahaha
sampai ketemu lagi ye 1 MEI 2015 ni
berkumpul la kita di teratak atok dan nenek

nah belanja gambar pengantin!


buli pengantin~


mohon pengantin, kami nak selpie dengan pengantin pelisss senyum. hahaha


moga berkekalan cinta kamu sampai syurga


majlis akad nikad.

***********

ini gambar selfie selfie kami


malam berinai yang cukup mengantokkan


asyik pengantin je amik gambar kan. kita selfie dulu


mengisi masa lapang sementara tunggu pengantin


kejar pengantin lelaki yang tak reti duduk diam!


kami di SCM! outdoor katanyaaaa


tangan tangan yang sudah menjadi milik orang dan bakal dipinang orang
In shaa ALLAH.

kepada pengantin~~
doakanlah kami juga bakal mengikuti jejak langkah kalian
hehehe

ok sampai disini saja

#throwback
#raikancintafiqasyafiq
#10april2015


Thursday, 23 April 2015

I TOLD ALLAH A LOT ABOUT YOU, THEN I CRIED

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

*betulkan spect*

Dalam hidup ni kadang kadang kita rasa kita attracted with someone. Attracted yang luar biasa. Bukan just tertarik sebab kau suka-suka bukan sebab saja saja. Walaupun masa tu baru first time nampak dia, tak kenal pon siapa dia. Dari ceruk planet mana la dia datang tiba tiba kan. Tapi dialah yang menyenangkan hati sesiapa sahaja, dia disayangi semua orang. Sungguh sungguh ni kita doa pada ALLAH supaya dialah orangnya. Orang yang akan melengkapkan hidup kita. Sebab kita rasa ini masanya untuk cari yang terbaik dan cuba pertahankan tapi apabila Allah menjawab doa kita sebenarnya dia bukan ditakdirkan untuk kita. 

Laaa Tahzan Innallaha ma ana...Jangan bersedih...Allah bersama kamu...ehmmm...macam ini la....let put it this way..

"Perasaan suka cinta kasih sayang adalah pemberian ALLAH....indah dan ceria...aku suka..tapi kau tak suka...tapi tak bermakna aku harus berduka jika kau bukan takdir ku"

But we are human being...Not an angel...kita tetap akan berasa sedih jika apa yang kita harapkan itu tidak kesampaian..kan? boleh sedih. boleh nangis. menangislah sampai kau puas. sampai kau rasa kau dh tak boleh nangis lagi. tapi selepas itu jangan dipanjang panjangkan sedih dan tangisan itu. Jika dia bukan takdir kita, doa pada ALLAH supaya Dia tarik balik kembali rasa suka itu. Doa pada ALLAH supaya perasaan suka itu Allah campakkan pada orang yang berhak untuk memilikinya. Ikhlaskan hati kerana kita bukan siapa siapa untuk menolak takdir ALLAH. The best for ALLAH is the best for us. Kadang kadang ALLAH sengaja temukan kita dengan orang yang salah supaya bila kita jumpa dengan orang yang tepat, kita akan menghargai dia. Ada satu ayat Al-Quran yang saya rasa sesuai untuk masa ini. 


"Mungkin sesuatu yang kau sukai itu buruk bagimu dan mungkin sesuatu yang kau benci itu baik bagi kamu... sesungguhnya ALLAH maha mengetahui" (Al Baqarah : ayat 216)

Ehem!

Dan kadang kadang ada benda yang lebih sedih. Apabila kita dan attracted dkt seseorang itu, dia tak pandang kita langsung. Dia tak hirau langsung luahan yang kita cuba sampaikan. Sampai kita rasa dia tak pandang aku pon. Dia tak hargai pun kehadiran aku. Jadi apa aku perlu buat. Aku tak nak dilabel sebagai terhegeh hegeh.

*kesat airmata*

Kisahnya adalah tentang 'move on' atau 'keep stay'. Perlu tunggu atau melangkah pergi? Keputusan yang bagaiman harus dibuat. Dilema? 

*tarik nafas, lepas*

Ramai orang cakap kejarlah benda yang pasti. Buat apa buang masa kejar benda yang belum pasti. Umur bukan makin muda. Ini bukan isu tak tahu atau tak dapat agak apa yang kau rasa taw. Tak. Ini isu dia tahu tapi dia buat buat tak tahu dan main tarik tali. Ala macam pertandingan tarik tali dekat sekolah sekolah waktu sukan dulu. Ha! mcm tu lah lebih kurang. Tak ada sapa pun yang halang untuk terus berharap, menunggu tapi kuat ke andai yang ditunggu lama itu akhirnya pergi? Kau kena tanya diri kau berkali kali. Sampai kau rasa mcm kau nak muntah dan tak boleh nak hadam dah dengan soalan yang membuatkan diri kau seperti dalam gua yang penuh misteri. 

Jadi bagi aku lah dapatkan kepastian. Tanya. Tapi dengan cara yang betul la. Jangan kau datang dkt dia tiba tiba kau serbu dia boooo mcm mcm ayat pedas sentap dkt dia. Sampai dia tak faham apa yang kau cakap. Nanti tak memasal kau dapat penampar free guna kasut saiz 7. Tiada benda yang tidak boleh diselesaikan dalam dunia ni. Cuma kita perlu bijak. Hidup ini tentang pilihan dan hidup ini juga tentang membuat keputusan. Apa keputusan kau, Apa impaknya pada kau. Pada diri dia.

This is because in love its is better to know and disspointed than to not know and always wonder. Pahit dan payau. Tapi itu hakikat yang sebenar. There comes a time when you have to choose between turning the page and closing the book.

Dan kadang kadang kita memang perlu dengar dan baca ayat "AKU TAK NAK KAU" atau ayat "reject" tu sendiri supaya kita boleh move on tanpa ragu. There's a different between giving up and knowing you have had enough. Takkan lah kau nak melangkah pergi tapi hati kau tertinggal lagi dekat situ. Takkanlah kau nak pergi dengan seribu tanda tanya. Kan?

*betulkan tudung*

Penantian itu meletihkan. Sangat letih. Penat. Tak tahu tafsiran yang bagaimana perlu ditulis untuk mengambarkan betapa "LETIH" nya menanti itu! Melupakan juga bukan mudah. Ya tak mudah. Kau ke kanan ada kenangan dengan dia. Kau kiri kau nampak lagi kenangan tu. Kau jalan ke depan dengan harapan kau tak ingat lagi tapi tiba tiba kau terpaksa menoleh belakang untuk melihat sesuatu dan kau teringat lagi. Serba tak kena lah. Semua serba salah kan. Kau rasa rimas? kan kan kan? Tapi yang paling payah payah dan sangat payah adalah kau tak tahu untuk memilih MENANTI atau MELUPAKAN. kan?? *jeling mata* 

Saya tak kata jangan tunggu dan saya tak kata silalah tunggu sampai bila-bila. Tidak. Ini soal hati dan perasaan paling payah untuk diceritakan. Sebab terkadang untuk orang ini sesuai menunggu dengan sabar dan tabahnya tapi untuk orang lain mungkin sesuai melangkah pergi dan cari kebahagiaan sendiri. Kita punya Tuhan yang selalu ada dgn kita, DOA minta petunjuk jalan mana yang perlu dipilih. Istikharah.

Cuma satu kalau jatuh hati moga yang berbaloi untuk kau beri hati. Walau mungkin bukan dia jodoh kau nanti. Tapi, paling tidak cinta tu pernah ada dalam hati. Kerana cinta itu mendewasakan dan mematangkan kita. 

Dan bila kita dan bertanya dan kita dah tahu keputusan melalui kata katanya. Andai dia masih lagi tidak pandang kau. Maka perlukah kau masih menanti pada orang yg tak sudi? Kau sendiri mengerti apa jawapannya. Jadi besarkan lah langkah kau. Percaya pada ALLAH yang maha melihat. ALLAH tahu kau boleh dan kau kuat. Itu sebab ALLAH uji kau. Dah sampai masa untuk kau bergerak sendiri. Kenangan tu tak boleh dilupakan?

*betulkan  spect*

Pesan seorang kakak aku ni. Kenangan. Rindu itu tak boleh kita lupuskan serta merta. Kalau tiba tiba teringat kenangan tu tiba tiba rasa rindu. Biarkanlah perasaan itu. Nanti lama lama dia akan pergi juga. Kan. Jangan risau. Kau pergi sebab kau nak tengok dia bahagia dengan orang yang dia tunggu kan. Jadi. Kau pun berhak bahagia! Ohhyeaahhh! Hehehehe

Doa la pada ALLAH. Doakan untuk dia sekali. Sebab hadiah yang paling indah untuk kita berikan pada dia yang kita sayang dan kita lepaskan demi kebahagiaan dia bukanlah sepasang baju untuk dia kenang tapi cukup dengan kau mendoakan dia dalam setiap sujud kau yang 5 kali sehari 7 hari seminggu tanpa henti itu. Percaya pada takdir ALLAH! Percaya pada ujian dan dugaan ini. Percaya dibalik ini akan ada satu KEMANISAN yang paling indah di depan sana yang sedang menanti untuk kau gapai. Percaya. Prinsip aku "bersangka baik pada ALLAH nescaya ALLAH akan beri yang baik baik saja" lalui dengan tenang. Senyum. Gelak. 

" Kadang kadang ALLAH tak beri apa yang kita mahu, apa yang kita tunggu tapi ALLAH beri apa yang kita perlukan dalam hidup kita yang singkat ini "