Saturday, 15 October 2016

Permohonan Master


Assalamualaikum semua..

Dah lama kan tak update blog ni. kekangan masa itu yang menyebabkan blog ini terbiar lama. hehehehe, ok update kali ini nak cerita tentang kronologi permohonan master aku dan sedikit pengalaman dalam pengajian maste ni. Jom~

First sekali yang buatkan aku nak update blog ni lagi sebab ramai yang tanya mcm mana nak mohon master/PhD di UPSI. Ok maaf sangat pada sesiapa yang bertanya tapi aku jawab seolah olah mcm tak membantu. Moga entry kali ini memberi sedikit sebanyak 'jalan' untuk kalian ya.

Ok permohonan yang aku buat untuk sambung master ni pun sebenarnya di saat2 akhir. walaupun sebenarnya aku dah apply masa sem 8 lagi. permohonan aku x submit2 sampailah 15.7.2016 haritu which is lagi 2 bln utk intake bulan 9. sebab apa bertangguh? sbb aku busy nak exam sem 8, aku keliru program pengajian apa yang aku nak ambil dan paling utama 'malas' nak fikir proposal waktu ini. Dan masa aku nak mohon ni belum konvo lagi dan mcm2 benda aku kena settlekan. satunya adalah surat apa nth dari phk akademik yang aku kena isi sebab time ni x dpt lagi surat tamat belajar. huhuhu. dan kalau nak tahu lagi 15.7.16 itu adalah hari TERAKHIR permohonan siswazah UPSI. kelam kabut aku dgn partner aku si nisa dok isi2 permohonan ini. kami turun UPSI time ni. Masa ni jugak la proposal xada apa. ZERO. apa lagi berlari berkejaran dari canselori ke IPS ke library. penat sangat tapi alhamdulillah selesai.

Ok permohonan dalam sistem tu,
Korang semua isilah bahagian yang sepatutnya.
Ramai yang tanya aku WAJIB ke upload PROPOSAL?
Jawapannya WAJIB bagi yang MOD A
Untuk MOD B (mix mod) dan MOD C (kerja kursus) aku x tahu uolls perlu upload proposal ke tidak. tapi yang aku tahu tak perlu sebab nanti dalam kelas GRU iaitu KAEDAH PENYELIDIKAN PENDIDIKAN yang wajib korang masuk ni pensyarah akan push korang cari tajuk. HAAA cari la tajuk sampai muntah (aku dah rasa 5 minggu) hahahaha tapi jangan takut. rileks dah. cool. hahahaha. tajuk aku? ada dah. tanpa direject hahaha. memang kena penampa la kalau Mod A tapi minggu 5 xada lagi tajuk kan hahahaha.

Ok aku menjawab x soalan korang? Maaf untuk yang Mod B dan C x dpt bantu lebih sbb aku xada kwn yang apply 2 mod tu. Partner aku pn apply Mod A. #kamiberanimati sama2 hahahaha

Oh lupa ! tambahan pula kan. untuk Mod A tu korang bole la pilih penyelia untuk thesis kau tu. sbb bila kau amik Mod A ni kawan kau adalah penyelia kau jela. dia la segala2nya. carilah yang sebaiknya da related dengan program pengajian yang korang pilih. jangan buat proposal atau pengajian berkaitan dengan pengurusan perniagaan hang p pilih penyelia dari jabatan akaun. memang makan penampa laaaa ang. huhu. kalau tak tahu mana nak tgk kelayakan penyelia yang korang nka pilih. ok ini aku cerita utk permohonan siswazah UPSI sahaja ya. korang boleh buka link IPS UPSI dan korang boleh cari maklumat pensyarah2 mengikut fakulti dekat situ. mudah kan? aku pun cari kat situ. lepas tu aku main redah, x sempat nak lamar2 penyelia bagai la. aku buh je 2 nama penyelia tapi yang approvenya sorang sahaja. dia la penyelia dan dia jugalah penyelia utama. hahahaha. dan kalau bole pilih lah penyelia yang korang dah kenal, korang selesa dan korang senang bekerjasama dengan dia. ok?clear?


seterusnya yuran apa semua tu korang pun boleh tgk di link IPS UPSI semua maklumat ada dkt sana. jadual pensyarah yang fleksibel mengikut subjek korang nak pilih. kali ni korang bole rebut pensyarah dlu zaman degree x ley kan hehehe

Sekarang aku nak masuk bab pengalaman pulak~~

Bila dah sambung master ni kau akan rasa kau mcm xada kawan. sobsob lagi2 bila kau yang paling MUDA dalam kelas. fuhhhhh terasa weyhh keasingannya tuh haha. biasalah master ni banyak kelas dengan pelajar yang level akak2 dan kadang2 hampir sepenuhnya kelas adalah CIKGU~~~ bawa bertenang kalau depa selalu dok meluahkan perasaan penat di sekolah dan sebagainya kau layankan jela. itu jela kawan yang kau ada. kau pun bakal cikgu jgk kan?? HAHAHAHA

Ada juga yang bertanya begini,
Wani kau kan Mod A apasal kau amik kelas? Mod A kan full thesis dan research xperlu kelas knp kau RAJIN sgt masuk kelas? ok ok sis x sentap meh sis jawab haha

Jawapannya adalah PENYELIA aku suruh MASUK KELAS. hahaha
Setelah selesa pendaftaran haritu terus ada perjumpaan dengan penyelia, lepas jumpa terus dia kata ok wani saya nak awak masuk kelas ini,itu dan ini. kau 3 kelas jah. hahahaha sepatutnya xada. ok aku pn amik la kelas. tapi kes aku special sbb aku masuk kelas cuma untuk AUDIT sahaja. ini khas buat pelajar Mod A lain ya dengan Mod B dan C. Mod B dan C ada exam tapi aku x ada exam hanya attend kelas dan WAJIB kena buat ASSIGMENT cuma tak ada EXAM. clear kan? seronok laaa xada exam? seronokkkkkk kau kata? hahahaha minggu depa exam aku kena hanto proposal ke IPS huhuhu seronok laa juga. hehehehe

Oh ok apa beza Mod A, B dan C

Mod A - Thesis + VIVA
Mod B - Kelas + Disertasi + VIVA
Mod C - Kelas + Projek Paper + TIADA VIVA

Apa apa pn korang bole rujuk dengan IPS yaaa...

Ok sambung~~

Bila korang dah masuk kelas yang campur2 budak master dan PhD ni kau akan rasa kerdil gila. Lagi2 bila kau fresh graduate. xada apa pengalaman. aku pasif gila kot dalam kelas. diam seribu bahasa hahahaha. sebabnya rakan sekalas aku selalu cite pengalaman diorang. mcm2 laaaa but seronok sgtttttt dan lagi satu kau jangan harap la pensyarah akan bagi penerangan yang banyak mcm degree dlu. xada nya. kau pergi libry kau pergi baca buku. then you will get more knowledge. semuanya kena CARI bukan DISUAP. ready untuk ini.

Dan kelas untuk master tiada lagi 2 jam mahupun 3 jam tapi 4 jam. kebiasaanya kelas akan ada pada hari jumaat dan sabtu untuk pelajar separuh masa (PJJ). pelajar sepenuh masa kadang ada kelas selasa dan khamis. depends la pada jadual untuk sem berkenaan. kebiasaanya kelas jumaat tu akan mula pada 3 ptg dan habis 7 malam dan malamnya 7 malam sehingga 11 malam. jangan terkejut kalau tgk kwn2 korang ada yang kelas straight mcm ni. yes mmg ada. PENAT? mana ada kejayaan yang digapai x melalui detik2 sukar kan? kuat kan semangat ok. tapi aku xadalah kena mcm ni sbb kau susun jadual aku cantik2. tapi pnt gak sbb 3 hari kelas. letih jugak sampai demam2. culture shock kelas 4 jam hahaha. selalu 3 jam je aku bertahan 1 jam lagi aku dh mula nk main2. sila jgn tiru aku hahahaha.

Lagi satu jangan terkejut kalau msuk kelas ada budak kecik tgh main2 dalam kelas. kau x salah kelas yaa itu mmg bukan nursery itu mmg kelas kau. hehehehe kdg2 ada pelajar yang dtg kelas bawa anknya hadir ke kelas. xpela kau main jela dgn budak tu. kot2 nti dh besar dia sambung belajar sampai PhD ke kan. klu dia menjerit ke apa. rilekss jangan marah2 ok. hehehehe

Ok rasanya dah cerita semuanya yang aku nak cerita...
PESANAN aku...
Tulis proposal betul2 (jgn mcm aku kena reject hahaha tapi finally diterima)
Pilih penyelia yang betul dengan skop pengajian yang kau pilih
Make sure proposal dan program pengajian korang selari, kalau x selari maybe korang xley graduation
Datang kelas jangan ponteng2 ok
PILIH MOD PENGAJIAN BETUL2, solat istikharah, ikut kemampuan....

Last but not least,
Aku doakan siapa yang nak sambung pengajian bulan 2 nanti dipermudahkan urusannya,
Aku doakan permohonan korang berjaya,
Buat rakan2 sedegree aku kalau korang dpt msuk yang bln 2 ni roger2 laaa !

Jika ada apa apa lagi soalan,
Boleh terus inbox di FB aku hazwani suyanto atau kalau ada no aku boleh terus wassap
Maaf jika reply lewat atau terbagi bluetick dlu ke maybe tika itu aku bersama penyelia tapi for sure aku akan balas ya !

Sampai ketemu lagi di entry yang seterusnya...

By the way,
Doakan aku juga ! Doakan thesis aku ni berjaya aku habiskan. Maybe thesis aku mix mode which is kuantitatif dan kualitatif. Doakan juga urusan untuk berurusan dengan sekolah2 di Selangor dipermudahkan ya ! Terima Kasih.