Dalam mendidik anaknya untuk berhadapan
dengan pandangan manusia, Luqman al Hakim telah membawa anaknya dan
keldai ke pasar tempat orang ramai. Mulanya, Luqman al Hakim telah
menaiki keldai itu, anaknya pula yang mengendalikan keldai itu sambil
berjalan kaki, maka orang ramai berkata :
” Inilah orang tua yang tidak mengasihani anaknya, dia bersenang lenang di atas keldai, anaknya pula berjalan kaki! ”
Berikutnya,
Luqman al Hakim menaikkan anaknya ke atas keldai dan beliau sendiri
pula yang mengendalikan Keldai dengan berjalan kaki, maka orang ramai
berkata :
” Sungguh biadap anak itu, orang tua dibiarkan berjalan kaki, dia pula bersenang lenang di atas keldai! ”
Seterusnya, Luqman al Hakim bersama anaknya menaiki keldai itu bersama sama, maka berkata pula orang ramai :
” Lihat!, seekor keldai membawa dua orang!, alangkah siksanya keldai itu membawa beban berganda! ”
Akhirnya, Luqman al Hakim dan anaknya tidak menaiki keldai itu dan membiarkan ia kosong saja, orang ramai berkata lagi:
” Alangkah anehnya, keldai dibiarkan kosong tidak ditunggangi, tuannya pula berjalan kaki saja!”
Apa
kalian dapat dari kisah ini?, saya dapat sangat banyak, dan saya mohon
berkongsi sendikit. ” Ridhannas ghoyatun la tudrak! “, itu kata
pepatah arab yang mampu menerangkan kisah ini, maksudnya ” Kepuasan
atau persetujuan dari SEMUA pihak yaitu manusia adalah sesuatu yang
tidak mungkin dicapai “.
Inilah
yang kita katakan pandangan manusia, pandangan yang selalunya silap,
jika dibandingkan dengan pandangan Allah. Sangat benar, pandangan
manusia itu sering berbeza beza, setiap apa yg dilakukan pasti ada saja
yang kurang bersetuju, mungkin majoriti, mungkin juga minoriti, tapi
hakikatnya pasti ada perbezaan.
Melihatkan
kisah ini, saya tidak mengatakan yang orang ramai yang memberi komen2
itu jahil atau silap, ada benarnya setiap komen itu bukan?, ya, memang
ada benarnya, saya akui itu, tetapi setiap komen itu datangnya dari
pandangan manusia yang pastinya banyak kekurangan, saya mahu tanya,
jika orang ramai itu tahu kenapa Luqman al Hakim berbuat demikian,
yaitu utk mendidik anaknya, adakah komen yang sebegitu akan diberikan?,
pasti tidak bukan?…begitulah manusia, ia tidak mengetahui apa yang
terselindung, apa yang tersembunyi.
Apabila
berhadapan dengan pandangan manusia dalam menilai sesuatu, apa yang
dikatakan mungkin sangat jujur, namun hakikatnya, manusia akan berkata
dengan apa yg dia tahu dan lihat sahaja, sedangkan mungkin masih banyak
perkara yang tersembunyi yang tidak ia ketahui dan fahami, ia mungkin
satu bentuk kejujuran, namun jujurnya pendapat itu bukanlah boleh
menafikan pandangan Allah.
Kerana
inilah kita perlu sentiasa memohon untuk melihat dengan pandangan
Allah yang sentiasa benar, namun seringkali pandangan Allah itu akan
diganggu gugat syaitan laknatullah, kerna itu sumpah setia syaitan,
memalingkan manusia dari kebenaran, ia bukan silap manusia lain, bukan
silap siapa2, tetapi silap kita sendiri jika masih mahu melihat dengan
pandangan manusia yg serba kurang. Kitalah yg lebih tahu situasi yang
sebenar, dan Allah lah yang lebih2 lagi Maha Mengetahui.
Kejujuran
perlu datang dengan hikmah, ikhlas, dan benar. Tidak bijak jika jujur
datang tanpa tiga perkara itu. Malah kejujuran yang sebenar adalah
kejujuran yang membuat diri lebih dekat dengan pencipta, apakah boleh
dikatakan kejujuran itu membawa manfaat kirannya seorang Kristian
datang berdakwah kepada kita, seterusnya dengan jujur mengatakan bahawa
agamanya lah yang benar, kerana itu yang dia ‘iktiqadkan, adakah itu
bentuk kejujuran yang kita mahu mempercayainya dan terus memeluk agama
kristian?, itu contohnya, namun pokoknya, pandangan manusia seringkali
tersilap, pandangan Allah adalah yang haq, jadi pandangan mana kita
mahu ikuti?. Lihatlah dengan hati yang dipandu Allah.
Berkata Luqman al Hakim kepada anakandanya selepas kisah keldai di atas :
”
Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia.
Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan
kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang
menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu ”
Maksud sabda Rasulullah صلى الله عليه و سلم :
Dari
Ibnu Abbas radhiAllahu `Anhu, katanya: Pada suatu hari aku berada
dibelakang Rasulullah صلى الله عليه و سلم (boncengan), lalu baginda
bersabda: “Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara
kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan
jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau
meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan
ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul
(bersepakat)
untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan
mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan
(ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat)
untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu
berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan
(ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah
kering segala buku.”
HR : Imam Tirmidzi
Berhadapan
dengan kehidupan, kita sememangnya dituntut untuk saling mengingati
antara satu sama lain. Inilah fitrah kejadian manusia yang jika kita
lari daripadanya, maka ia akan merosakkan kehidupan. Lengkap melengkapi
antara satu sama lain, menampungi kelemahan yang lain dengan kelebihan
kita, dan mengizinkan untuk kelemahan kita ditampungi oleh kelebihan
insan yang lain.
Manusia
tidak dijadikan Allah berbilion bilion ramainya untuk hidup sendiri
tanpa mengendahkan yang lain. Namun, dalam berkata dan menzahirkan
pendapat, ia perlu datang dengan pengetahuan yang benar, barulah ia
bakal membantu, jika bicara tanpa ilmu yang cukup, tidak memahami
situasi dengan sebenar benarnya, maka apa yg diperkatakan mungkin tidak
membantu bahkan merosakkan.
Maksud sabda Rasulullah صلى الله عليه و سلم:
”
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah
perkara yang baik, atau lebih baik ia diam sahaja ” HR : Bukhari &
Muslim
Saya
memohon untuk sentiasa dibimbing Allah, dan bimbingan itu disekalikan
dengan kemudahan untuk melaksanakannya, saya berusaha untuk itu. Saya
juga pohonkan agar bimbingan, panduan, dan kemudahan dari Allah untuk
sahabat sekalian, doakan saya juga.
Semoga
kita sentiasa melihat dengan pandangan Allah, dan semoga syaitan tidak
mampu mengganggu gugat apa yang datang dariNya. Sesungguhnnya yakin
itu dari Tuhan, keraguan itu dari syaitan, maka pilihlah apa yang
datang dari Tuhan. Tetapkan hati saya, tetapkan hati kami, dan tetapkan
sahabat seluruhnya dengan keyakinan dariMu.
Maksud firman Allah سبحانه وتعالى :
”
Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang dapat
melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada
engkau maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya itu ”
Surah Yunus : 107.
*saya mohon maaf....saya juga manusia biasa yg mmpunyai kelemahan diri....NIAT saya share gambar dan pengalaman saya BUKAN RIAK atau BANGGA DIRI...tapi NIAT saya untuk mngajak kawan2 saya yg belom pergi ke tanah suci supaya mereka nak pergi apabila membaca dan melihat ape yg saya share...itu sahaja....:)
No comments:
Post a Comment