Wednesday, 18 March 2015

Keracunan Makanan vs Masuk Air

Assalamualaikum sahabat..
Apa khabar semua?
Sihat?
Harini sebab bosan nak menunggu kelas jam 11 pagi nanti
Sambil sambil tu buka blog
Tak tahu nak cerita apa sebenarnya
Tapi ada satu cerita ni menarik laa untuk dikongsi
Walau cerita tu dah lapuk dimamah masa
HAHAHA.

Tak la tak la
Kisahnya di suatu malam tu
Sebenarnya aku baru je sampai Tanjung Malim ni dari kampung
Kekonon lapar sangat kan
Malam tu aku keluarlah dengan kakak angkat aku
Niatnya nak pergi amik budak dkt stesen bas
(Kakak aku buat prebet)
So sempena nak tunggu budak tu yang lama lagi nak sampai
Katanya jalan jem
Aku pun pergi la makan sebab perut aku ni dah menyanyi lagu 'andai aku bercinta lagi'
Memang lapar. HAHAHA
*Tempat makan dirahsiakan. nanti korang mesti tak percaya. hehehe
.
Aku cuma makan
NASI PUTIH + SUP TULANG + AIR TEMBIKAI
Kakak aku pulak
TOLONG MAKAN APA YANG ADIK DIA MAKAN DAN DIA BELI KEROPOK
Ok kami pun makan laa dengan senang hati dengan harapan tiada apa apa yang berlaku
*KISAH INI DIRAKAMKAN PADA AHAD MALAM 22 FEB 2015
Siap makan kami pn balik la
Tapi makanan yang dihidang ni tak ada lah rasa pelik ke apa.
Sedap je macam selalu aku makan
Tapi benda nak jadi kan~~
.
*KISAH ISNIN PAGI
Hari isnin 23 FEB 2015 ni aku dah rasa dah sakit sakit perut tapi sakit perut biasa jela
Tak la rasa sakit sangat sangat
Sama juga dengan kakak aku

*KISAH SELASA PETANG
Hari selasa 24 FEB 2015 ni aku dah mula rasa semacam kat perut ni.
Tapi aku gagahkan la jugak diri aku pergi kelas yang sampai pukul 5 tu
Habis je balik kelas selasa petang tu
Aku sampai je bilik tengok kakak aku dah terbarig lesu
Badan panas mcm org demam
Aku pn rasa benda yang sama
Aku saja la baring-baring sempena nak tunggu maghrib
Last last aku terlelap sekajap
Bila aku sedar tu aku rasa sejuk gilaaa
Mcm ada salji turun kat Tanjung Malim ni
Selimutlah aku tapi tak jadi jugak
Sejuk sangat
Waktu ni dah rasa
SAKIT PERUT
Dah mula
CIRIT BIRIT
Pada malamnya jam 2 ke 3 pagi gitu laa
Aku rasa berat gila kepala ni
Rasa nak hantuk2 kat dinding bagi baik
Tapi tak buat laa gitu
Dengan sakit kepala
Demam pulak tu
Aku gagahkan jugak g toilet
Rasa mcm ada something
Malam tu mula juga muntah muntah
Bayangkan ye
Dah laaaa nak makan tak boleh
Bila makan muntah
Bila makan cirit birit
Haiiishhhh pertama kali

*KISAH RABU PAGI
Pagi ni aku larat tak larat
Aku drive laa jugak menapak g pusat kesihatan
Kakak aku memang dah lemah longlai kat sebelah
Kira aku masih sado laa waktu ni
WALAUPUN~~ Tuhan saja yang tahu
Sesampainya dekat pusat kesihatan
Aku penuh pengharapan
Tak mau g toilet
Tak mau. TAK SANGGUP dahhhh
No giliran kau pn dipanggil
Aku pun pergi laa jumpa doktor
Doktor dah la lelaki
MALU HOIII
Nak cerita kisah2 tragis ni
HAHAHA
Dah cek doktor cakap
Kamu ni ada simptom KERACUNAN MAKANAN
ok laa fine
Redha.
Aku cakap jugak aku pening kepala
Doktor cek tekanan darah
Doktor pun cakap
Kamu ni TEKANAN DARAH RENDAH
*SILA MAKAN~
HAHAHAHA
Lepastu dia pun tanya laaa aku ada kelas ke tak. Aku jawab la kelas kau sekarang kol 10 sampai 1. dan petang 5 till 7. Doktor pon cakap tak apalah saya bagi awak MC untuk kelas harini. Mungkin dia nampak muka aku pucat gila tak makan. tak minum. tak ada tenaga
Aku balik pn mkn la nasi. bertahan untuk 1 suap je. lepas tu muntah semula *aku rasa mcm aku mengandung waktu ni ! hahaha lepas tu aku pn makan la ubat yang pahit vs ubat warna hitam yang hodoh tu. konon dgn harapan kurang la sikit

*KISAH KHAMIS 2 PAGI
Hari khamis jam 2 pagi. aku terjaga dari tidur. aku rasa perut aku sakit sangat sangat sangat waktu ni. memang sakit sangat lah. tak rasa nak muntah.tapi memang sakit. rasa mcm ada jarum dicucuk2 dalam perut. aku tak boleh tidur sampai pagi.
Jam 9 pagi aku tengok kakak aku mcm dah ok sikit. tapi mcm tak sampai hati nak suruh dia bawa aku semua ke pusat kesihatan. aku pun gagahkan diri bangun wassap kak wana dengan harapan kak wana boleh hantar kan aku. alhamdulillah kak wana pun xsibuk pagi tu. dia pun hantar la akupergi pusat kesihatan jam 10 pagi.  tapi serius SAKIT PERUT NI MEMANG SAKIT SANGAT SANGAT selalu aku boleh tahan tapi kali ni aku rasa AKU TAK BOLEH.
Aku pn masuk laa cek dengan doktor yang sama semalam. Dia cakap tak okay lagi ke wani? Aku pn jwb ubat doktor x mujarab. Saya rasa sakit perut sgt2 ada doktor. Lepas tu dia cakap awak rasa lemah sangat ke? aku jawab la. saya rasa saya dah xada apa apa tenaga dah doktor. nak bangun dari katil pon saya rasa mcm nak mengesot2 je. HAHAHA. *bila kenang balik sedih gilaaa. Pasti doktor pon kata ok la saya masukkan awak air. aku blurrrrrr aku pun jwb yela. dia bagi sekeping kertas dan aku pun pergi laa masuk wad kat pusat kesihatan tu, pertama kasih sepajang 6 sem di UPSI. haha. ada lah nurse tu. lelaki pulak tuuu. dia lah yang urus dan menjaga. masa dia nak masukkan air tuuuuu dia tepuk2 dua2 tangan aku tanpa belas ihsan dan dia cakap. SUSAHNYA NAK CARI URAT AWAK NI. aku diam je, sbb aku tak rasa nak menjawab, aku xada tenaga. mula2 die tepuk tgn kanan TAK JUMPA. dia g tepuk tangan kiri pulak. lepastu jumpa. dia pun cucuk laaaaaa JARUM yang panjang tu *boleh pulak aku TERnampak. aissshhh. lepas tu tiba2 dia cabut balik sebab dia kata salah urat. hoiii! tahu tak sakit T_T dah laa xada tenaga nak lawan sakit. sedihhhhhhh. lepastu dia pergi tgn belah kanan balik. die tepuk dengan SANGAT kuat tanpa ihsan. hahaha. last last last jumpa laa jugak urat aku. pastu masuk laa air ke dalam badan hazwani yang dah totally lost~ huhu. rasa sejukkkk je. hahaha. tapi botol yang pertama ni air dia turun sangat cepat tak sampai 1 jam dah habis. aku ingat yeaayyy! dah boleh balik. sbb BOSAN. hahaha. last2 dia masukkan lagi 1 botol air. aku pun tunggu laa dgn bosannya. nak tido tak boleh rasa. lepastu siap semuanya jam 2 ptg. tapi masih xboleh balik lagi sebab doktor nak jumpa aku dulu, menapak sekali lagi tunggu doktor cek. doktor pon cakap ada kelas harini? aku jawab ada. tadi masa masuk air tu laa waktu kelas saya. doktor pun ckp xpe saya bagi kamu MC harini khamis dan jumaat ye, rehat cukup cukup pesan doktor hazrul tu. hehehe
aku pn jawab laa ok,
sampai rumah kol 3 tu aku rasa aku macam orang hisap dadah oii. mamai gantok semua laa. tak tahu mcm mana boleh tertido. yang penting aku sedar kol 6 ptg. hahaha. dengan tangan kakak kiri bengkak T_T pedihhh. rasa sedih sangat sakit sakit ni jauh dengan family~~~
tapi alhamdulillah aku rasa ok sikit lepas masuk air. tapi kakak aku x kena masuk air. antibodi dia kuat kot. haha. aku ni lemah sangat. hehehe

*KISAH JUMAAT yang indah
sepanjang hari jumaat ini kerja aku. tengok cerita. baring. rasa gantok tidur. rasa lapar makan. *tapi still cirit birit lagi waktu ni tapi x kerap mcm beberapa hari yang lepas. dan setibanya aku bagitahu ibu aku keracunan makanan sampai masuk air. mula la mukaddimah sampai ke conclusion dia bagi. hehehe. tapi bebelan dia la yang buat aku T_T lepas aku letak telefon. telefon papa memang tak sanggup, mau baru cakap assalamualaikum aku dah T_T budak manja dengan papa dia mmg mcm gini. hahaha

DAN~~
Alhamdulillah berkat doa kawan kawan, family semua aku semakin sihat sekarang. tetapi aku tak lari dengan soalan dari kawan kawan 'WANI KENAPA WANI NAMPAK KURUS SANGAT?'
Ye tak dapat aku nafikan aku memang agak 'SUSUT' selepas aku kena keracunan makanan ni. sangat susut. jangan risau WANI SIHAT! mungkin faktor lain yang membawa kepada kesusutan wani. hehe

TERIMA KASIH sekali lagi buat semua yang tak putus putus mendoakan kesihatan wani even sampai sekarang pun masih ada yang tanya, Kenapa wani masuk air? dah ok ke perut?
Terima kasih semua~~
Wani sayang semuaaaa~


*sebab gatal tangan nak gerak banyak sangat sampai darah keluar. budak tak reti duduk diam!


*air ooo air


*berselirat tiub. sakit woooooo


*bersendirian di wad tika itu. huhuhu

Pembukaan semester 6 yang begitu tragis
Allah tahu aku kuat
Itu sebab Allah uji
Alhamdulillah
Sekarang dah recovery semuanya
Terima kasih ALLAH ~~ 

1 comment:

  1. https://gokilkakek.blogspot.co.id/
    https://gokilkakek.blogspot.co.id/2017/11/inilah-deretan-artis-jav-yang-bikin.html

    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At Pelangikita.com ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami
    - BBM : D8C5975D
    - WHATSAPP : +855 98 874 349
    - LINE : poker_pelangi

    ReplyDelete