Sunday, 15 March 2015

PATAH HATI

Sepertinya pagi ini di bumi Mualim ini
Sejuk. Damai. Menenangkan.
Mungkin bagi aku seorang saja.
Yang sejak malam tadi terfikir fikir akan lelah hati dan perasaan sendiri.

Memasak di kiosk pagi ini untuk memenuhi tempahan
Aku rasa aku damai
Sambil menguli donat yang comel mcm aku *ehhh perasan HAHA
Aku pandang awan
Mula mula mentari ingin mengeluarkan dirinya dibalik awan di hujung sana
Aku sendirian berkata Allahu cantik
Tapi tiba-tibakan
Allah hilangkan mentari yang sedari tadi ingin muncul
Sebab apa
Sebab ALLAH gantikan awan yang mendung, gelap dan aku rasa sayunyaaaa

Aku rasa ALLAH tahu apa yang aku sedang sembunyikan
Allah tahu aku sedih. kecewa. 
Itu sebab Allah hadiahkan aku awan yang gelap berarak seperti mahu hujan
Selepas beberapa jam aku bermonolog sendirian dalam hati
Allah hadiahkan aku kembali
SEBUAH MENTARI yang BERSINAR

Aku tahu Allah ingatkan aku
Sejauh mana sedih. Sejauh mana kecewa aku
Allah tetap ada untuk bagi aku SINAR yang baru
Cantik mentari tu betul2 terpacak depan mata aku
Sambil sambil goreng donat yang comel tadi dan dihidang dengan lagu lagu yang bait dia memang terkena kat muka aku sendiri
Aku tetap senyum
Dan dalam hati aku berkata

Sudahlah wani untuk kau mengejar
Dia tak nampak pun kesungguhan kau
Sudah lah wani dari terhegeh hegeh kau
Kau x sedar ke kau tu je yang beria2
Sudahlah wani perlu ke lagi untuk kau terus berada dengannya
Kau tak rasa ke kau ni menyibuk
Sudahlah wani sudah sampai masa
Kau rehat
Kau jaga hati kau
Kau layak untuk senyum
Kau layak untuk bahagia
Kau dah terlalu penat mengejar
Maka mungkin sekarang Allah uji kau
Allah suruh kau rehat sekejap
Rehatlah wani~~~~~

*mujur la minyak panas donat tu tak tumpah kat kaki ke, sebab dok bermonolog sendiri kan. HAHAHA. Alhamdulillah Allah jaga aku dari sebarang kecelakaan

Dan tiba tiba
Ada satu perasaan
Aku rasa aku K,U.A.T
Untuk terus berjalan menempuh liku liku selepas ini
Dan tak putus putus aku berdoa
Agar Allah terus memberikan aku
Kekuatan sepanjang perjalanan ini

Hazwani dah B.E.S.A.R
yeaaayy! hehehe

Tak mengapa..
Disebalik semua ini akan ada kemanisannya satu masa nanti
Bila Allah kata sudah sampai masanya kau layak dapatkan bahagia
Allah akan berikan bahagia itu tanpa was was
Terus bersangka baik pd Allah
Sebab Allah akan berikan yang baik baik untuk kita.
Allah sayang kita.
Percayalah,
Itu sebab Allah uji hati, perasaan kita.

Semester 6 yang penuh dengan ujian
Semester 6 yang penuh dengan perasaan
Semester 6 yang memerlukan K.E.K.U.A.T.A.N yang luar biasa
In shaa ALLAH
Allah kan ada~~



No comments:

Post a Comment