semoga semua bahagia di pagi hari selasa ini. heeee
haaaa nampak tak betapa gigihnya seorang cikguwani menaip keyboard pepagi buta ni?
nak bercerita tentang kelas
4 IBNU NAFIS
kelas ini adalah kelas kedua dari depan
*rasa mcm xpercaya jugak masa mula mula dpt kelas ni sbb selalunya guru praktikal ni dia tak kan bagi kelas depan tapi mungkin sebab ada 2 kelas sahaja yang amik prinsip perakaunan dan 1 lagi kelas cikguzarifah dah take over. maka yang ini cikguwani pula yang take over. hehehe
maka bertemu la kita 4 mata ! cehhh
kelasnyaa tak tetap sebab kelas mereka berada di dalam makmal fizik. kalau ada kelas lain nk belajar di makmal fizik kami kena keluar mcm jadual mula mula. hari selasa kalau kelas dkt 5 sains 1. kalau khamis dekat 4 sains 1 tapi bia dh berubah jadual hari isnin jam 1 sehingga 2 di makmal fizik *tabah ajar akaun tengahari butaaaaa. bdk2 semuaaa dh habis tenaga. HAHAHA dan kalau hari selasa jam 12 sehingga 1 di makmal. bertabah la seorang guru praktikal bernama cikguwani mengajar di akaun ditengahari buta ni. MENCABAR weyhhh SANGAT ! bukan tahap anak murid dah penat tapi cikgu pn kdg kdg dh kepenatan. heeeeee tapi ku gigihkan hati jua demi mereka. acececeh !
dan 4 IBNU NAFIS ini cikguwani take over untuk subjek prinsip perakaunan yang diajar dulu oleh pn.maslaila..pernah nampak akk maslaila ni marah depa ! hahaha hari pertama aku masuk kelas depa pulak tu. PADAN MUKA ! siapa suruh tak siapkan kerja lagi kan dh kena. mujur cikguwani tak marah gituuuu kan??? hahahahaha
kelasnya dalam kelompok kecil sahaja
ada 6 orang pelajar lelaki
dan ada 12 orang pelajar perempuan
senang nak kawal kelas ni
senang dengar cakap depa ini
dan untuk pengetahuan semua
kelas inilah satu satunya cikguwani TAK PERNAH MARAH
hahahahaha hebat kan? tanya apa rahsia depaaa sampai tak pernah kena marah. hahaha
walaupunnnnnnnnnnnnnnn ada kerja kursus yang tak lengkap ada kerja yang depa tak buat tapi hahaha depa ni tak lekang dari bibir 'cikgu saya minta maaf sebab sya tak buat kerja ni .................' adalah alasan yang kdg boleh diterima kdg tu rasa mcm errrrr hahaha. *suka bt cikguwani pg ni banyak btl gelak? hehehe
dan istimewanya kelas ni bila setiap kali habis kelas mereka akan ucap
'terima kasih, halalkan ilmu dan maafkan kami cikgu hazwani'
so touch down my heart
and im very miss this ayat
huhuhuhuhuhuhuhuhu
rinduuu nak dengar ucapan ini lagi ! huhuhu
ok mari cikgu wani kenalkan satu satu anak beliau ini
1) IQBAL tak asing tak lari beliau merupakan ketua kelas. ermmmmmm nakal juga kadang-kadang. suka menyakat orang. suka mengusik orang. tapi tak pernah putus asa melakukan sesuatu. i know you can do it iqbal ! do the best. dia pernah kata 'saya tak suka akaun cikgu. saya rasa saya x nak belajar akaun, rasa nk ponteng kelas. akaun ni susah la cikgu. debit la kredit la' maka cikguwani pn bg la syarahan percuma tanpa bayaran dan beliau kini baik baik saja untuk belajar. ingat pesan cikgu !
2) PUTRA haaaaa ini budak hahahaha kalau ingat dia mesti ingat dia laa satu satunya anak murid yang mula mula panggil 'GURU' ! hehehe. ada haritu tengah mengajar dan cikguwani pn tanya ada apa apa soalan. tiba - tiba ada satu suara. GURU ! dan cikguwani mcm haaaa GURU? panggil siapa ni? hehehe but itulah yang dinamakan kenangan dan tak akan pernah GURU lupakan putra. bila ingat putra mesti teringat putra pangil cikgu dgn panggilan GURU. nice .
3) AZRUL budak nya tak nakal dan tak degil. agak pendiam namun bila dia dh mula bertanyaaa haaaaaaaa hamikkkkkkk semua dia akan tanya dan kerah cikgu dia suruh jawab terutama masa kerja kursus akaun haritu. bdknya manja juga kdg kdg.
4) FIRDAUS HAKIMI ini paling nakal dalam kelas. heee ! kenapa? pada 1 hari. hahaha mcm nk cerita apa. adalah 1 hari tu hari isnin rasanya yela cikguwani pn memahami kan dh pkul 1 depa dh nampak kwn2 lain dh balik depa kena belajar lagi. so depa mcm x keruan sikit. tepat cikguwani nk msuk dlm kelas si kimi ni boleh menyorok kat tepi pintu dan bila cikguwani masuk dia 'BAAAA !' haaaa tak ke kau rasa mcm nak amik penyapu kat sebelah tuu hahaha. cikguwani pn terkejut dan x ingat laa ayat apa yang keluar tapi seriussss kalau cikgu ada sakit jantung haritu jugak laaaa jalan kimi oiiiii. dan kimi ni sejak dia tahu cikguwani suka pgg pembaris dan nk rotan mereka. selalu sebelum masuk kelas dia akan sorok kan pembaris dalam makmal tu tp kdg2 dia lupa nak sorok kan dan dia akan berkata ' ALAAAA LUPAAA PULAK NAK SOROKKAN PEMBARIS HARINI' hahahahaha.
5) AMMAR. ammar ni pendiam orangnya tak banyak cakap. dia pemalu sikit. hehehe tapi terkejut mlm td ttbe ammar send dlm group wassap 'bila nak reunion dengan kelas 4IBN lagi cikgu?' and cikguwani mcm terkedu sikit. hehehe. in shaa ALLAH before cikguwani balik ke kampung kedua tanjung malim perak i will do reunion for your class yaaa? RINDU leeee tuuuu hehehehe
6) FAIQ. haaaaa faiq ini diam diam berisi rupanya. kalau dia nampak typo oranggggggg dia punya membahan tak hingat doniaaa ! hehehe. faiq ni baik orangnya dia selalu dgn si ammar ni. tu yang sama pendiam. dia tak banyak tanya soalan tapi sekali tanya tu soalan agak KBAT. hehehe.
7) AQILAH AZWA haaaa ini bdk so happy go lucky. banyak cakap. hehehe. suka bertanya. dia pn sama mcm iqbal. tak suka akaun pada mulanya. terima kasih for the cheesecake, vitamin *perli cikguuu eh. hahahaha. sedap cheesecake tu bila nk buatkan lagi? ehhh. hehehe terima kasih juga for the surpriseeeeee. so touch meee tapi cikgu tak nangisss hokeyhhh ! hehee
8) ZULFAH. beliau pendiam sangat orangnya. baik hati dan tak nakal juga tak degil. suka senyum. moga zulfah terus terus kuat yaa ! i know you strong enough ! selamat berbahagia selalu yaaa !
9) AISHAH ni pn pendiam jeee tak banyak cakap. baik dan tak nakal juga tak degil. heee
10) IZAH ni dia suka bertanya. heee tak banyak cakap. tapi dia sangat takut bila cikgu dh tinggi suara. heeee. jangan takut cikgu tak makan orang. heee
11) SYIDAH ni pn sama diam jgk. tak la banyak cakap. baik dan dgr kata.
12) WANI haaaaaaa wani jugakkk tuuu nama beliauuu mcm cikguwani dia. hehehe. wani ni pendiam tapi cikguwani kuat bercakap. hahaha berbeza ok. haa tgk ni nk ckp lg. hehe. wani ni baik. tak banyak karenah. bagi kerja dia buat dgn baik. kipidap wani ! teruskan usaha kay !
13) ARIFAH ni pn pendiam orangnyaaa tak banyak cakp. sekali tanyaaa berbakul baku soalan beliau. heee
14) AFIFAH pn sama tak banyak cakap tapi baik dan dgr kata.
15) AQILAH SYAHIRAH haaaa ini anak agak banyak cakap. bila tengah ajar tu kan akan adalah soalan dr cikguwani 'haaaa kenapa perabot ni masuk sebelah debit?' kdg2 jwpn si aqilah ni salah dan dia akan cover dgn berkata 'haaaa saya maksudkan apa yang mcm cikgu ckp tuu laa' but confident level dia sangat tinggi ! hehehe. rindu dgr mulut celoteh kamu laaaa aqilah. hehehe
16) SHAQDIAH ini kdg kdg pendiam dan kdg kdg kuat celoteh mcm si aqilah syahirah tuuu hehehe
17) AMIRAH ni pn pendiam jgk tak laaa banyak cakap. baik je bdknyaaa. terima kasih amirah for the nice shawl. cikguuu dh pakai kan. hehehe. mira kata 'saya bagi cikgu shawl sbb saya suka tgk cikgu pakai shawl dan cikgu cantik bila pakai shawl' terima kasihhh saiiyanggg ssh sshkan kamu sahaja.
18) NATASHA ni pn pendiam je orangnya tak banyak cakap. baikkk sahaja dalam kelas
maka cukup la 18 orang anak anak cikguwani. hehehe
walaupun 18 orang mcm mcm ragam jugak nak kena layan tapi tak la pening mcm nak jaga 38 dan 43 anak anak. fuhhhhh yang tuuuu agak mencabar jiwa dan raga. heeeee
TERIMA KASIH anak anak 4IBN untuk semua kenangan.
cikgu akan tetap ada dan cikgu akan selalu doakan kamu yang terbaik untuk kehidupan dunia dan akhirat.
cikgu sayang kalian
ehhh salah
GURU sayang kalian
hehehe
DAN
cikgu nak minta maaf kerana 2 kali batalkan kelas dengan kalian kerana
kali pertama pensyarah cikgu datang buat lawatan sosial dan terkena pada masa kelas kamu
dan kali kedua pensyarah cikgu datang lagi sekali untuk penyeliaan kali pertama dan masa yang diinginkan juga terkena pada kelas kamu
cikgu minta maaf yaaaaa. mohon halalkan waktu itu. tapi dh ganti kelas kan. ganti berkali kali lagi tuuuu hehehe. terima kasih kerana memahami 'tugas' cikgu tanpa banyak persoalkan kenapa kenapa dan kenapa
and
I LOVE YOU
TERIMA KASIH juga sbb bagi kerjasama yang baik dalam kerja kursus akaun kita haritu. cikgu dah mark kerja kamu. in shaa ALLAH usaha yang kamu lakukan itulah markah kamu. tengok resultnya tahun depan yaaa. hehehe.
cikgu nak pesan ni :
JAGA DIRI
BAHAGIAKAN DIRI
BAHAGIAKAN KEDUA IBU BAPA
BELAJAR SUNGGUH-SUNGGUH
JANGAN PUTUS ASA
JANGAN MENYERAH KALAH DI PERTENGAHAN JALAN
JANGAN NANGIS kalau tak dapat jawab akaun dengan baik
KERANA
dari kesusahan dan kepayahan itu kamu belajar erti 'BELAJAR' yang sebenar
USAHA kerana Allah tak tengok hasil kamu tapi Allah tengok USAHA yang kamu korbankan
percayalah pengorbanan kamu itu nanti akan mendatangkan sebuah hasi yang kamu tak sangka
sebab
cikgut tahu kamu semua kata 'AKAUN SUSAH LA CIKGU' 'SAYA TAK BOLEH BAWA LA AKAUN NI CIKGU' dan cikgu juga pernah merasa di tempat kamu, pernah hampir putus asa, pernah rasa apa benda akaun ni, pernah menangis sebab buat buat tak imbang imbang, pernah koyakkan kertas sbb jawapan asyik tak imbang tapi cikgu selalu kata pada diri 'UBAH' kalau kamu tak ubah persepsi kamu terhadap sesuatu itu sampai bila bila pn kamu akan kata 'SUSAH'
apa yang penting
jangan skip bertanya dgn guru kamu yang ajar akaun tahun dpn
jangan skip buat latihan
fahamkan konsep
fahamkan debit fahamkan kredit
ingat formula
in shaa ALLAH you can do better than me saiiyangggg
cikgu pernah berada di tempat kamu satu masa dulu
and i can feel it
itu sebab cikgu suka create satu benda yg mudah untuk kamu faham
do the best !
kamu harapan ibu bapa !
kamu juga harapan sekolah !
ingat USAHA ! dan UBAH !
sebab cikgu nak tengok semua anak anak 4IBN cikgu ni BERJAYA
*In shaa ALLAH tahun dpn kamu dh naik tingkatakn 5, cikgu akan berasa di selangor sehingga hjung bln 2 jika ada apa apa soalan berkaitan akaun atau ada soalan yang kamu tak faham nak cikgu ajar kan kamu, just wassap cikgu and i'll be there. in shaa ALLAH. apa adanya ilmu yang cikgu ada selagi boleh dicurahkan i will do for you. JANGAN PUTUS ASA yaaa ! sbb cikgu nampak setiap kamu ini boleh cuma kamu kena lebihkan latihan
ok macam dah panjangggnyaa taip. hehehe
mohhhh kita lihat gambar kenangan bersama anak anak ini...
bersama mereka
#majlisramahtamahaidilfitri
bersama mereka lagi
#majlisramahtamahaidilfitri
stay sekolah teman azwa, izah dgn aishah buat kerja kursus. kebetulan waktu ni pn mmg kena stay buat props dan latihan lakonan utk majlis pembukaan kemerdekaan keesokan harinya. muka nampak ceria je cikguwani ni malam nya kena masuk gas sebab batuk melampau dan demam terok tapi bisa tersenyummmmmmmm demi anak anak
anak anak dara cikguwani
anak anak teruna cikguwani
kek yang cikguwani dia buat sendiri dan hadiah terakhir buat mereka
potong kek sama sama ! sebak sebak !
senyummmm nampak gigi semua !!! hehehe
dari kiri iqbal, faiq, kimi, cikguwani, azrul, ammar dan putra
masih kejar cikguwani beberapa minit sebelum peperiksaan akhir tahun akaun. segala mala soalan ditanya utk kali terakhir. hehehe
..............................................................................
siapa kata sampai sini kisah kami ?
TIDAK SAMA SEKALI
kisah ini bersambung lagi pada hari ahadnya
1 NOVEMBER 2015
diajak cikgunyaa berjogging katanya di tasik kota kemuning
maka cikgu layankan laa
tapi sampai sana lain jadi nyaa
kenapa?
SURPRISE !!!!
JOM tengok gambar jela. hehehe
terima kasih azwa for the cheesecake !!!!!! cikguuuu hargaiiii sgttttt. T.T
nampak tak betapa bahagianya seorang cikgu hazwani dapat cheesecake?????
terujaaaaaaaaaaa anak murid buat kejutaaaannnnn
bila bagi peluang pgg hp cikgu ini laa jadi dia. hahaha
bila hp cikgu jadi mangsaa
bila cikgu ajak selfieeeee
bila kimi jadi leader selfie. hahaha
apabila anak anak teruna bergaya
depa buli cikguuuu ! hahaha
..........................................................
sampai sini dulu yaaa
moga kita ditemukan lagi nanti yaaa
jaga diri semua !
and
I LOVE YOU
salam penuh kasih dan sayang,
#cikguwani
No comments:
Post a Comment