Friday 6 November 2015

DIARI SEORANG GURU PELATIH : Kenangan Terakhir Bersama Anak Anak 4 Perdagangan 1 (4P1)

Assalamualaikum semua !
moga kalian semua sihat belaka dan sentiasa dibawah rahmat Allah

Nampak tajuk pn mcm dah rasa nak nangis
ini nak taip panjang panjang?
haiishhhhh KUAT kuat !

cikgu RINDU !
Ya
RINDU ! SANGAT ! TERLALU !

Andai dapat ku putarkan masa?
akan cikgu kembali bersama kalian
mengajar kalian, bebelkan kalian yang kerja nak honeymoon je
RINDU terlalu RINDU
sobsobs sangatttttttt

Harini nak imbas kembali kenangan bersama 38 orang anak anak 4P1 ini
yang mcm mcm 'perangai'
yang pusing nak layan sorang sorang
mujur laaaa cikgu ni penyabar orgnyaaaaa hehehe

Kelasnya terletak di blok belakang, blok hujung
mujur laa tingkat 1 *mcm mana la cikgu tak kurus kan? hehe
kelasnya juga berada di sebelah perpustakaan
kalau nak jerit tuuuuuu kena cover tapi kadang kadang takkkkk tercover
maafkan sayaaaaaaa hahahaha
lagi lagi laaa kalau si syaidi, haikal tuuuu cari pasal
haaaaa memang hilang sekejap keayuan cikgu dia ni
kalau dh menjerittttttt hahahaha
gegar 1 blok K tuuuuu
ye dak anak anak? hahaha
ingat suara UPIN IPIN cikguuuu ni tak bolehhhhhhh nk gegarkan blok keee
haaaaaa cikguuu mampu ok...
*ok merapu panjang sangattttt hahaha

kelas ini juga lah yang aku pilih untuk diselia oleh pensyarah
2 kali penyeliaan
2 kali laaa bersama mereka
terima kasih anak anak atas kerjasama
I LOVE YOU ALL MUCH ! hehehe

Mehhhhh cikgu hazwani memperkenalkan seorang seorang anak 4P1 beliauu

1) Aniq duduk tepi tingkap dan seorang pengawas sekolah. baik orangnya tapi suka sangat bergambar kdg tu pnt layan. hahaha

2) Asfarina duduk di baris tengah dan belakang sekali. selalu kena soal dgn cikguwani heeee

3) Farah ni pendiam sangat orangnya. suka senyum.

4) Fazirawatie terima kasih utk hadiah tu ! tak bagi sndiri pn dkt cikgu pas dkt adan plk. knp? sobsobs taw. btw fazira ni suka tanya cikguwani dia. hehehe

5) Intan ni kelakar jugak kadang kadang

6) Amirul asraf haaaaa ini budak mmg NAKAL,yaaa amat dalam kelas. cuba bayang yaaaa tengah mengajar ttbe jee dia bangun amik penyapu kat belakang dia menyapu tapi bkn menyapu 1 kelas dia g menyapu dkt area tong sampah tuuuu jeeee. cikguwani pn x fhm knp. tapi dia buat perangai mcm ni masa dh hbs silibus mengajar, tengah buat revision dia buat perangai. haaaiiiii sabar jelaaaa. lagi satuuu ini anak kuat merajuk. dua dia selalu mengadu 'cikgu kesian saya merempat dkt dlm kls ni. saya tak ada meja dgn kerusi. kesian saya kan cikgu?'

7) Maksom ni pendiam je orangnya tapi dgr cakap.

8) Zulhairi ini behave je orangnya. suka tanya jugak. dan diaaa sangat suka senyum !

9) Haikal. haaaaaa ini anak kedua yang NAKAL. duduk paling depan. setiap kali nak buat hal haaa mmg silap besar laa kan. hehehe. kadang kadang bila tgh selia tu saja suka tanya dia. tgk dia blurrr hahahaha. tapi yang ni tak pernah buat hal menyapu dalam kelas. kalau cikguwani masuk je dia akan ddk diam diam dan behave.

10) Idham ni dia ddk dkt tepi tingkap. tiap kali orang lalu tiap kali tu a panjang je leher dia. hahaha. tapi dia behave. tak la nakal sgt. dgr kata. dan xpernah buat hal. dah akhir akhir praktikal haritu baru makin rapat dgn beliau rasa sedih jugaaaaaaaaaaa. huhuhu.

11) Imran. haaaaa ini bdk kalau pensyarah dtg dia laa paling win berlakon. hahahaha terima kasih im kerana tak tido dan kerana menjawab dan suka menjawab soalan soalan cikguuuuu. dia bagi wish masa hari terakhir cikguu dia ni masuk kelas....sedihhh wish dia tapi cikguuu tak nangisss kan kan ! hahahaha *berjaya juga belakon

12) Najib. Haaaaa ini anak pula ddk depan sekali dan tepi pintu. hahahaha kenangan yang cikgu tak boleh lupaaa adalah najib mempermainkan perasaan cikgu waktu nak kena selia kali pertama. hahahaha. ada ke ptt dh laa dia ddk paling depan lps tu tepi pintu si cikgu ni pesan la 'klu najib dh nampak pensyarah cikgu dgn cikgu zarifah bagi hint yaaaaa' najib menjawab 'ok cikguuu roger!' sekali tuuuu cikgu dia tgh khayal ttbe dia kata 'cikgu cikgu cikgu ! dh sampai' cikgu dia pn 'haaaaaaa biar btl? ok2' ttbe najib gelak 'hahahaha mana ada cikguuuu saje jeeee' dua tiga kali juga laaa dia buat gini. kita dh la tgh nk cover nervous dia plk main main... SABAR jelaaaaaaa. sekali yang kali keempat rasanya najib bersuara 'cikgu cikgu ! dh sampai cikgu *sambil muka agak cuak ' cikgu dia pn xpercaya sbb dia dh main main kan 'alaaaa najib tipuuu tak nak percaya dh !' najib berkata 'seriussss cikguuu tak tipu. dengan cikgu zarifah tuuuu. btl saya tak tipu' cikgu jwb lagi 'tipuuuu tak nak percaya' najib baru nak bersuara lagi tapi kata kata dia kaku disitu tapi ttbe dia senyum2 kat tepi tuuuu yang cikgu dia musykil dan berkata dalam hati agaknyaaa dia x tipuuu dh kot. dan mmg betul ttbe je Dr muncul depan pintuuuuu haaaa ! terkejuttttt jahhhhh hahahahaha. tak percaya lagi kata ank murid. hahahaha. kali kedua penyeliaan pn sama jgk dia buat benda yg samaaa sabarrrrrr jelaaaaaaa dgn si anak bernama najib ni. dan bila cikgu bagi nota suruh tampal kerja diaaa berjalan je. kata x ada gam la apa la. dan kena ddk dpn dia smpai dia tampal nota tu. anak anak. nasib baik laaaaa cikgu ni penyabar kan? hahahaha dan cikgu pn dgr cerita sejak cikgu masuk kelas P1 najib dh kurang ponteng kelas. good anak ! kipidap. teruskan. semoga kamu berjaya !

13) Syaidi. haaa ini anak yang suka sangattttt tidur. sampai cikgu pn kdg kdg give up tak tahu nak buat apa. tapi alhamdulillah 2 kali penyeliaan dgn pensyarah dia tak tidur. syukur sangat. cuma yang lawaknyaa tu seliaan yang kali kedua rasa dah habis kena selia tiba tiba dia datang dekat dia cakap 'upah mana cikgu? penat taw saya belakon. saya dh gantok ni cikgu' hahahahaha mengekek aku gelak dlm hati. bertuah pnya anak ! hahaha bila ingat balik kan ya ampun lawak banget. hehehe last2 time tu rasanya ada 2 biji gula gula kot lalu cikgu dia pn berkata 'haaa nah ! ada gula gula je. jangan tido dalam kelas lepas ni kay. janji!?' pernah cikguwani ni wassap tanya kenapa dan apa masalah suka sangat tido dalam kelas bila cikgu mengajar? dia kata 'saya pn tak tahu cikgu tapi saya mmg suka tido cikgu. asal nampak buku je saya gantok. asal nak belajar je saya rasa nak tido' dan jawapan seterusnya hanya ada pada beliau. hehehe. dan syaidi ni juga bila setiap habis je waktu cikguwani mengajar dia akan dtg kat tempat guru dan berkata 'cikguuuu nak gula-gula' sampai kadang kadang geram tu cikgu dia jwb 'ingat cikgu ni tauke gula-gula ke?' tapi kadang kadang tu ada gula gula dalam handbeg bagi laa dkt syaidi ni. rasanya dia laa yang paling banyak dapat gula-gula dan kalau ada award penerima gula-gula paling banyak dia la pemenangnya. hehehehe. dan sejak akhir akhir nak habis praktikal haritu syaidi dh x tido dalam kelas. makin behave. makin baik. cuma ! jangan selalu sakat aniq kay ! behave sikit. asyik nk bercakaran jeee kerjanyaaa cikgu dh xada nk jd hakim kt tgh tgh. HAHAHAHA. dan paling terharu bila ada satu haritu syaidi wassap personal dan kata 'cikguuu saya rindu cikgu. saya rindu cikgu marah saya. saya rindu cikgu cubit saya. serius saya rindu cikgu' dan masa baca tuuu agak tergamam. dalam hati cikgu sbnrnya berkata 'aikkkk cikgu cubit pn rindu ka? hahahaha' dan sebenarnya syahduuuuu sgt. moga syaidi akan terus berubah dan ingat pesan pesan cikgu yee?? cikgu nak sangat tengok syaidi dan semua anak anak P1 cikgu berjaya. cikgu selalu doakan. ubah sikap yaa syaidi. ada apa apa cikgu kan ada? selalu cikgu pesan mcm tu kan. cikgu hanya mampu menasihati tapi yang nak berubah tu kamu sendiri. tindakan kamu. kamu kena ubah. kay? dh janji kan? dan dh janji nk belanja cikgu kepsi dinner plate kan? ehhhhh HAHAHAHA

14) Fikri. anak ni masa mula mula masuk kelas tak menunjukkan yang beliau ni happy go lucky. diam aja. dh akhir akhir malah dh habis praktikal ni baru laaaaa rapat dan dekat dgn beliau. sgt happy ornya. suka menyakat orang. tak padan dgn kecik. hahaha *ehhh mcm ckp dpn cermin jee cikguwani ni hahahaha

15) Irfan ni lagi sorang nakal boleh tahan. walaupun pendiam. namun masih behave

16) Hidayat, nain, shahir, norakmal hakim, norhisham, solihin, luqman ini semua set set behave je dalam kelas dan pendiam tapi kalau dh bertanya tuuuu banyak gak soalannya. heeeee.

17) Ramadan a.k.a adan ni ingat lagi tak entry sebelum ni cikguwani ada mention anak yang tinggi macam pandang KLCC. haaaaa dia laaa ! seriusssssss masa mula mula masuk kelas haritu kan yaaaaaaa tinggi nyaaa ini bdk *dlm hati laa. hehehe. bayang laa kalau dia ddk kt tmpt dia *dh la ddk dpn bila cikguwani berdiri sblh dia sama tinggi dgn dia yg tgh ddk. haaaa boleh byg tak tinggi adan mcm mne? hehehe. tapi itu kelebihan adan kan. yang cikgu akan ingat sampai bila bila. dulu imran si ketua kelas tapi bertukar di tgn adan. adan ni pula jadi ketua kelas. adan ni banyakkkk sgt soalan dia kdg2 kan terkena gakk dgn soalan dia. hehehe. soalan dia mmg kdg kdg ada yg tahap KBAT. tapi bagus laa dia bertanya kan. nampak beliau ni berminat nak belajar PD dengan mendalam lagi. kipidap adan. cikgu doakan yang terbaik utk adan. usaha lagi ok. doa cikgu mengiringi kamu sentiasa.

18) Zikri. haaaaaa anak bernama zikri ni mula mula masa cikguwani masuk kelas dia laa yang paling ramah. di tengah tengah tuu dia mcm slow down sikit dan bila da nk hbs baru peramah semula. hehehe. mungkin bagi cikguwani dia ni bg kasih syg lbh dkt kwn2 lain kot. hehehe. zikri ni baik bdk nya dgr ckp. kalau dia nampak cikguwani mcm nk mrh tu dia akan bersuara 'ehhh korang diam laaaa dgr laa cikgu nk ckp apa tu...bising laa korang ni' dan kdg kdg bila si aniq dgn si syaidi tu bergaduh dia akan berkata 'koranggg ni gaduh jee dh dh dh la weyhhhh' hahahaha terima kasih zikri sbb jadi orang tengah utk cikgu. hehehehe haritu masa cikguwani nk hbs dia salah seorang yang paling sedih dan paling sedih bila dia send lagu yg sedih dan video yg zikri buat huuuuuu syahduuu ok syahduuuuuuuu.

19) Rais. diam diam si rais ni berisi gak. heheh. haritu rais ni excident nak pergi melawat tapi tak jadi. mujur rais x mengalami kecederaan yang serius. alhamdulillah getting better dari hari ke hari. ada jugak kisah dgn si rais ni. hahaha bila ingat balik kelakar. hahaha. masa penyeliaan kedua haritu pukul 10.45 taw. dan sebenarnya 10.25 ni depa rht tapi cikguwani tak bagi rht. tapi cikguwani tak kejam ok cikguwani bawakan makanan utk mereka. tapi ada jgk yg keluar skjp termsuk la rais ni. dia minta izin nk keluar skjp lalu cikguwani pn kata ok skjp je memandangkan beliau ni pengawas sekolah kan mungkin ada tugas yg dia perlu lakukan *cikgu pernah jgk bertugas waktu rht masa jd pengawas zaman muda muda dkt sek dlu itu sbb cikgu thu. hehehe dan jam dh dkt 10.45 ttbe dia rais ni kan masuk dlm kelas dlm keadaan yg agak kelibut dan muka dia agak pucat dgn kepenatan naik tangga dan berlari mungkin. hehehe dan rais berkata 'cikgu cikgu ! Pensyarah cikgu dh ada dkt tangga cikgu. dia dh otw nk datang kelas cikgu!' dan cikgu pn acah acah rileks berkata 'ok rais. terima kasih.. haaaa dh yang lain ddk. tenangkan diri' hahahahaha bila ingat balik muka rais waktu tuuu cikguwani boleh sengeh sorang sorang skrng. hehehehe kelakarrrrrr sgt. btw terima kasih yaaa rais. mujur ada rais yang jujur drpd najib yg suka buli cikgu. hehehehe. cikgu nampak potensi pda rais. cikgu nampak rais boleh pergi jauh. usaha yaa nak !

20) Akmal hanis ni suka senyum orangnya. diam dan behave je. tgk buku nota dia yang paling kemas dan tersusun. teruskan usaha yaaaa hanis. cikgu suka panggil hanis kan. hehehe

21) Khadijah ni pn senyap jee orgnya tak banyak berckp. tapi baik.

22) Hijrah, Amira, Ummi, Alwani, Puteri, Nasha, Syafiqah, Nurain, Baiti ni semua set set yang diam je dalam kelas. dan behave saja orgnyaaaa dan behave juga orgnya

23) Fatin syamimi ni penolong ketua kelas. hehehe baik juga orgnya tak banyak ckp. behave sahaja.

24) Hidayah ni mula mula tu tak rapat sangat bila dh nk dkt habis haritu dia dtg dkt dgn cikguwani dia. dan dia dtg juga kelas tambahan yg cikguwani buat dan waktu tu balik dia tak ada siapa nak ambil maka cikguwani hantarkan dia pulang ke rumah. dari situ la baru tahu kisah hidayah ni. dan hidayah kata 'cikgu buku teks saya hilang la' maka cikgu pn berkata 'nah ambil buku cikgu dulu. study yaaaaaa. semoga berjaya' semua bermula dari situ baru la jadi rapat.

HAAAAAA habis pn kisah anak anak 4P1 ni. Fuhhhh lapppp peluh gak menaip panjang panjang ni. hehehe. moga tak temuntah laa baca eh ! hehehehe


Gambar gambar di bawah ini antara kenangan yang dirakamkan bersama mereka.....
sobs sobs sobs sedih T.T



bersama anak anak dara cikguwani
#majlisramahtamahaidilfitri 


 baju hitam itu syaidi
baju purple itu idham
baju pink dibelakang itu najib
#majlisramahtamahaidilfitri


adan sanggup amik gambar ddk. hahahaha
#majlisramahtamahaidilfitri


 baju biru itu si asraf 
baju pink itu najib
#majlisramahtamahaidilfitri


 baju biru itu zikri
#majlisramahtamahaidilfitri


anak anak 
sobssobs


 anak anak
sobssobs

hari terakhir masuk ke kelas berjumpe mereka
bawa surprise kek
 yeeahhh ! 
terima kasih anak anak sebab menunggu cikgu yang lewat masuk hehehe
i love you all


cikgu yang sibuk potong kek. hahaha
kek airtangan cikgu sendiri ok hehehe


 mereka yang sanggup kejar cikgu dia ni masa hari terakhir di sekolah
katanya nk jmpe kali terakhir dan nak bergambar
30 oktober 2015

.........................................................................................................................

Siapa kata kisah kami dah habis? hahaha belum lagiiiiiiiiii
Esoknya sabtu 31 oktober 2015 cikguwani menerima jemputan daripada anak anak ini
katanya nak buat makan makan
dan katanya last cikgu last jumpa
arghhhh sedih sgtttttt

maka 31 oktober 2015
kfc johan setia menjadi saksi
kali terakhir pertemuan kita sebelum semuanya pergi membawa haluan masing masing

TERIMA KASIH yaa untuk semuanya anak anak
TERIMA KASIH sebab belanja cikgu
TERIMA KASIH

Apa yang cikgu ingin kan bukan semua ini
hanya satu
MELIHAT KAMU BERJAYA

Doa cikgu sentiasa ada buat kamu semua
tak cukup dengan doa tapi kamu perlu selitkan dengan usaha kamu sendiri

Sedih nak melangkah meninggalkan kamu
tapi realitinya setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan
sama ada perpisahan sementara ini atau perpisahan selama-lamanya nanti

CIKGU SAYANG
CIKGU SELALU RINDU

Pesan cikgu

JAGA DIRI
BAHAGIAKAN DIRI
BAHAGIAKAN IBU BAPA
BELAJAR SUNGGUH-SUNGGUH

Kerana tiada apa yang mampu mengubah diri kamu jika kamu sendiri tak berusaha nak ubah diri kamu. Tiada kejayaan tanpa usaha anak anak. USAHA yaaa. Cikgu ada. walau tidak lagi di sekolah tapi bila kamu perlu in shaa ALLAH cikgu ada

TERIMA KASIH SEKALI LAGI UNTUK SEMUANYA


#KFCJOHANSETIA

walau semua tidak ada
tak bermakna cikgu lupa
cikgu tetap ingat sentiasa
ukiran cinta dan kasih sayang kita bersama
moga kita akan dipertemukan lagi
dihari dan masa yang indah nanti anak anak ku

SELAMAT TERBANG TINGGI

Cikgu sayang semua 4 perdagangan 1 tiada yang terkecuali

Sampai sini dulu
Nanti jumpa lagi

Salam Penuh KASIH SAYANG,
#cikguwani

No comments:

Post a Comment