Monday 29 June 2015

PERSEDIAAN PRAKTIKUM (GURU PELATIH TO BE)

Assalamualaikum semua!
Gaya hazwani ni macam tak ada banyak kerja kan...
Dah terlampau 'rajin' nk update blog tiap hari..
HAHAHAHA.

Ok entry kali ini moga  bermanfaat buat semua
yang bakal menjadi
'GURU PELATIH'
tak lama lagi...
siapa tu???
salah seorangnya
NORHAZWANI laaa..

Mesti korang semua tertanya tanya kan
hari pertama lapor diri nak kena buat apa...
nak jumpa siapa..
nak bawa apa...
semua tu mesti bermain main dalam fikiran korang kan?
belum campur tolak
nervous, gelabah, cuak, darah gemuruh dan sebagainya
kan kan?
*ok ckp org. diri sendiri pon sama je..
sbb wani dh rasa la wani bagitahu...hehehe

Tapi wani dan partner wani si efa tuuu
bukan lapor diri seperti pihak universiti tetapkan
kami akan lapor diri pada JUMAAT ini 3.7.2015
3 hari sebelum kamu kamu semua...
ARAHAN PENGETUA kau! hahahaha
rasa dia?? tak mau rasa apa apa la
nanti semua kerja x jalan. KAHKAH!
alhamdulillah hari ini getting better laaa
tak adalah bangun2 tido bila ingat hari ini hari apa terus nervous sampai tangan kaki sejuk..hahahaha
*over ok over!

ok panjang sgt merapunya...
dekat sini
hari ini
wani nak kongsi
TIPS PERSEDIAAN PRAKTIKUM
ok ok ini bukan berdasarkan pengalaman sendiri
agak agak laaa
baru nk jadi guru pelatih kan

wani dapat tips ini 
kalau korang malas nk buka link tu
haaa...nah tips tipsnya..
ada 20 tips..
semoga bermanfaat buat semua
BACA JANGAN TAK BACA!

1.       Pastikan segala dokumen yang berkaitan dengan praktikum telah lengkap dan tersedia sebelum hari pertama praktikum.
Perkara ini penting kerana kadangkala terdapat sesetengah sekolah agak cerewet terhadap kedatangan para guru pelatih. Maka untuk mengelakkan masalah yang mungkin akan timbul, pastikan dokumen pengenalan diri, surat-surat berkaitan telah disusun baik di dalam fail. Ada juga sesetengah sekolah tak kisah pasal perkara ini, namun sebagai langkah persediaan, lebih baik semua dokumen itu ada.

2. Maklumkan kepada pihak sekolah mengenai kehadiran anda nanti untuk berpraktikum.
Seeloknya, pastikan anda memaklumkan pihak sekolah supaya pihak sekolah bersedia menerima anda. Walaupun sekolah telah meluluskan permohonan anda untuk berpraktikum, anda seharusnya memaklumkan juga kehadiran anda nanti sebagai pengesahan kepada permohonan praktikum anda itu. Telefon pihak pejabat dan seeloknya maklumkan beberapa hari sebelum anda melapor diri di sekolah. Setidaknya pihak sekolah akan lebih bersedia dan mereka boleh terus mengatur dan menguruskan jadual kelas anda nanti sebelum hari pertama anda nanti. Kalau sewaktu lapor diri baru nak maklumkan kehadiran anda, maka kelam kabutlah hari pertama nanti.

3. Pastikan anda kemas pada hari pertama melapor diri di sekolah
Pakaian haruslah kemas dan lengkap seperti seorang guru. Pastikan rambut anda pendek dan disikat dengan rapi (bagi lelaki), dan pastikan tudung (hanya tudung bawal sahaja dibenarkan di sekolah) dipakai dengan kemas (bagi perempuan). Pakai tali leher dan pastikan anda punyai tanda nama. Kasut juga haruslah kemas dan berkilat. Jangan lupa pakai tali pinggang. Baju yang dipakai pula jangan berkedut, Pastikan anda menggosok dulu sebelum pakai. Ingat, pandangan pertama amat penting untuk menentukan peribadi anda. Kalau buruk pandangan pertama, maka buruklah tafsiran pihak sekolah. Maka, pastikan diri anda terbaik pada hari pertama melapor diri di sekolah.

4. Jumpa semua pihak atasan sekolah pada hari pertama
Kata orang, bila bertandang ke tempat orang perlulah berjumpa dahulu tuannya. Begitu juga dengan perihal praktikum di sekolah. Pada hari pertama, seharusnya anda bertemu kesemua pihak pengurusan sekolah merangkumi Pengetua, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, dan Penolong Kanan Petang. Hari pertama seharusnya diisi dengan perjumpaan-perjumpaan ini sebagai sesi suai kenal dan sesi mendapatkan maklumat terperinci sekolah. Jangan lupa juga untuk bertemu guru pembimbung anda untuk mengetahui suasana kelas yang bakal diajar dan perwatakan setiap pelajar di kelas. Jangan lupa untuk bertanya bab yang telah diajar guru yang akan anda ambil alih nanti. Apa yang penting, jangan sombong. Senantiasa tersenyum dan rendah diri sewaktu berjumpa mereka.

5. Terima apa saja tugas yang diberikan oleh pihak sekolah tanpa sebarang bantahan
Sebagai guru praktikum, jangan sama sekali menolak sebarang tugas yang diberikan pihak sekolah. Jangan beri alasan dan jangan menolak. Kata orang, masa inilah nak cari pengalaman. Apa yang penting, terimalah tugas yang diberikan itu dengan hati yang terbuka walaupun mungkin agak sukar. Namun sekiranya tugas yang diminta itu di luar bidang tugas sebagai guru atau melanggar peraturan praktikum pihak universiti, anda perlu memaklumkan kepada pihak sekolah. Mungkin ada yang cakap guru praktikum ini dibuli, namun apalah sangat kerana tempoh praktikum hanya sekadar 4 bulan.

6. Fahami spesifikasi kurikulum mata pelajaran yang diajar.
Perkara ini sebenarnya adalah asas bagi seorang guru. Sebelum mula berpraktikum, seeloknya bacalah setiap spesifikasi kurikulum bagi setiap tingkatan. Setidak-tidaknya fahami kandungannya supaya anda tak kekok apabila memulakan latihan mengajar nanti. Ingat, spesifikasi kurikulum adalah asas kepada setiap pengajaran anda di kelas. Kalau gagal anda memahaminya, maka sukarlah anda untuk mengajar di sekolah. Dokumen spesifikasi ini boleh dimuat turun dari laman web KPM dan menjadi panduan anda untuk mengajar di kelas dengan lebih mudah.

7. Pastikan ‘lesson plan’ senantiasa siap sebelum anda memulakan pengajaran di kelas
Buku RPH merupakan nyawa anda. Makanya, anda harus utamakan RPH mengatasi segala-galanya. Untuk itu, pastikan RPH anda siap sebelum anda memulakan pengajaran. Andai kelas dimulakan dan pada masa yang sama RPH masih belum disiapkan, maka itu bolehlah disifatkan sebagai ‘suicidal behaviour’ (perlakuan membunuh diri).  Tanpa RPH, perjalanan kelas akan menjadi tak terurus dan kemungkinan besar anda hanya membuang masa di kelas kerana tiada penetapan objektif dibuat disebabkan ketiadaan RPH. Jadikan hari hujung minggu anda untuk menyiapkan RPH mingguan anda, dan pastikan anda benar-benar bersedia sebelum ke kelas.

8. Senantiasa merujuk guru pembimbing anda
Sebagai orang baru dalam dunia pendidikan, seharusnya pelbagai pertanyaan perlu diajukan kepada guru pembimbing. Sekiranya anda punyai masalah, teruslah merujuk kepada guru pembimbing anda. Jangan rasa malu, kerana anda masih lagi dalam proses pembelajaran. Seperkara lagi, pastikan guru pembimbing anda menyemak RPH anda untuk memastikan supaya perancangan anda itu betul dan mengikut kehendak spesifikasi kurikulum. Jangan jauhkan diri anda dari guru pembimbing, kerana anda pasti melakukan kesalahan tanpa sedar ketika mengajar. Merekalah yang akan menegur kita kalau melakukan kesilapan. Maka, pastikan hubungan dengan guru pembimbing berada dalam keadaan yang baik.

9. Hantar buku RPH kepada pihak pentadbir setiap minggu
Pihak sekolah perlu tahu apa yang anda lakukan di kelas setiap minggu. Jika guru biasa pun perlu menghantar buku rekod pengajaran mereka kepada pihak pentadbir setiap minggu, anda apatah lagi. Maka, pastikan anda menghantar buku RPH kepada pihak berkenaan untuk semakan. Andai terdapat teguran berkenaan RPH anda, terima dengan positif dan cuba perbaiki diri anda. Jangan peram buku RPH anda berminggu-minggu tidak disemak, kerana itu akan memberi persepsi negatif pihak sekolah terhadap anda.

10. Aktifkan diri dalam setiap aktiviti di sekolah
Sebagai guru pelatih, anda membawa nama universiti. Maka, seharusnya anda perlu melakukan sumbangan buat pihak sekolah bagi mengharumkan nama universiti. Tak kira acara apa pun yang diadakan di sekolah, pastikan anda telibat secara aktif. Setiap tugas yang diberi walaupun mungkin kadangkala membebankan haruslah dilakukan dengan sebaiknya. Ingatlah, anda adalah cerminan universiti. Baik buruk anda menentukan tanggapan sekolah terhadap universiti.

11. Pastikan tegas di kelas di awal praktikum (2 ke 3 minggu pertama)
Kelas pertama yang anda masuk, ketegasan perlulah anda. Perkenalkan diri dan nyatakan peraturan yang anda inginkan semasa anda mengajar di kelas kepada pelajar. Jangan beri peluang untuk pelajar memijak kepala anda. Pastikan anda berterusan untuk tegas dalam beberapa minggu. Perkara ini penting untuk membina nilai hormat dalam kalangan pelajar terhadap anda.

12. Senantiasa bersedia dengan aktiviti yang menarik untuk kelas ganti (relief)
Sebagai guru pelatih, memang lumrah untuk mendapat banyak kelas relief. Makanya, pastikan anda bersedia dengan beberapa aktiviti di kelas supaya para pelajar tak membuat bising di kelas. Pastikan aktiviti tersebut menarik dan menyeronokkan.

13. Jangan ‘bias’ pada mana-mana pelajar
Layan setiap pelajar di kelas secara sama rata. Jangan lebihkan mana-mana pelajar. Walaupun mungkin anda punyai pelajar ‘favourite’ di kelas, jangan tonjolkannya sewaktu anda mengajar. Perkara ini penting supaya tidak akan ada pelajar yang terasa tersisih sewaktu di kelas.

14. Pastikan anda ke kantin setiap kali waktu rehat
Untuk mudah bergaul dengan para guru di sekolah, waktu rehat di kantin adalah waktu yang paling sesuai. Buangkan sifat malu walaupun anda orang baru. Biasakan diri untuk pergi ke kantin setiap kali waktu rehat. Berbuallah dengan guru-guru supaya dapat manjalinkan hubungan baik dan mesra dengan mereka. Hubungan sosial paling mudah terjalin sewaktu di kantin.

15. Senantiasa peka dengan perkembangan sekolah
Pastikan anda senantiasa mengikuti perkembangan terkini sekolah. Rujuk papan kenyataan untuk mendapatkan maklumat. Sekiranya terdapat mensyuarat, anda wajib hadir. Ketidakhadiran anda boleh mencetuskan pandangan negatif terhadap anda.

16. Pastikan anda senantiasa manis dengan senyuman
Walau di mana anda berada, pastikan anda selalu tersenyum. Senyuman ini mampu mencetuskan kemesraan dengan para guru, mampu juga membuatkan para pelajar rasa selesa untuk belajar di kelas.

17. Ingat, anda adalah seorang guru bukannya pensyarah bertaraf professor
Pastikan metodologi pengajaran anda menarik dan menyeronokkan. Jangan jadi seperti seorang pensyarah yang hanya memberi penerangan di depan tanpa sebarang respon dari pelajar. Jangan terlalu serius di kelas. Pastikan pada waktu tertentu anda bergurau senda dengan pelajar. Apabila mengajar di depan, pastikan anda menggunakan intonasi suara yang jelas dan menggunakan bahasa yang ringkas. Ingat, pelajar lebih suka guru memberi penerangan yang ringkas namun mudah difahami. Kalau penerangan panjang lebar, fokus pelajar mudah hilang.

18. Jaga tingkah laku di luar sekolah
Ingat, anda bukan sekadar guru di sekolah. Anda akan menjadi guru sepanjang masa. Oleh itu, pastikan tingkah laku anda di luar sekolah juga bersesuaian dengan imej anda sebagai seorang guru. Jangan nanti, ada pelajar ternampak anda merempit di tengah malam di jalan raya. Andai itu terjadi, nilai hormat pelajar terhadap anda akan hilang.

19. Hadkan perkongsian maklumat peribadi anda kepada pelajar
Jangan terlalu terbuka dengan para pelajar. Hadkan perkongsian mengenai diri anda. Tak salah untuk memberi Facebook dan Twitter anda, namun tegaskan kepada pelajar bahawa para pelajar perlu menghormati anda sebagai guru ketika bersosial di laman sosial. Sebaiknya, beri nama Facebook anda selepas beberapa bulan berpraktikum. Pastikan nilai hormat pelajar itu wujud dahulu, barulah anda boleh berkongsi maklumat Facebook anda.

20. Pastikan anda tahu bahawa anda seorang guru
Jangan bermain cinta dengan para pelajar. Sekiranya perkara ini diketahui pihak sekolah, anda boleh dikenakan tindakan. Ingat, anda harus meletakkan batasan dengan para pelajar. Pelajar tetap pelajar dan guru tetap seorang guru. Anda harus tahu kedudukan anda yang sebenar. Elakkan diri dari ditimpa masalah.

Jadi dah tahu apa kena buat?
apa perlu dibawa???
Dah kan...
semoga urusan kita dipermudahkan oleh Allah s.w.t
TERIMA KASIH BUAT 
 atas perkongsian pengalaman praktikum daN tips tips yang diberi..
beliau merupakan ALUMNI UPSI..
Tahniah juga kerana berjaya IV SPP..
Semoga menjadi guru yang bitara!

ok sampai sini dulu 
cikgu wani nak pergi buat persiapan juga..
sbb cikgu wani ada 2 hari lagi untuk enjoy~ hahaha
sampai ketemu lagi di entry seterusnya..
mungkin entry pengalaman pertama lapor diri?
mana tahu. hikhik..
daaaa semua.
jaga diri.
Assalamualaikum...


4 comments:

  1. Terima kasih sudi berkongsi. Semoga nanti dipermudahkan perjalanan praktikum ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama...terima kasih juga atas perkongsian tips ini... :)

      Delete
  2. assalamualaikum . terima kasih diatas perkongsian. doakan saya dipermudahkan praktikal awal tahun depan.

    ReplyDelete
  3. Tq for the tips😙 tpi,klau mcm sya ni x bertudung,but muslim mcm mna tu arr,prluka sya pkai atau kemskan rmbut mcm biasa?? Sya keliru..hihi sya ,nervous sbb,minggu depan..dah nak msk practikal dah,kat sekolah..😩 hope,ada tipslaa atau cdngan😌 tq

    ReplyDelete