Sunday, 13 May 2018

RESEPI KUIH LAPIS



KUIH LAPIS



BAHAN-BAHAN :

2 CAWAN TEPUNG BERAS
½ CAWAN TEPUNG GANDUM
½ CAWAN TEPUNG JAGUNG
1 CAWAN GULA PASIR
4 CAWAN SANTAN (1 CAWAN SANTAN PEKAT, CAMPURKAN  3 CAWAN AIR)
¼ SUDU TEH GARAM
SEDIKITPEWARNA MERAH DAN PERISA ROS (saya guna SIRAP cap ROS je)

CARA-CARANYA :

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang
2. Masukkan santan ke dalam periuk
3. Panaskan sebentar santan tadi biar jadi suam-suam kuku
4. Masukkan tepung beras,tepung gandum,tepung jagung,gula dan garam ke dalam bekas. Masukkan santan,gaul rata hingga tidak berbintil.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Bahagikan sama rata. 1 bahagian biarkan warna putih. 1 bahagian letak pewarna merah
6. Sapukan sedikit minyak ke dalam Loyang dan ratakan.
7. Tuang adunan yang putih tadi ke dalam Loyang dan biarkan selama 5 minit
8. Bila dah masak lapisan putih tadi, masukkan pula adunan yang bewarna merah dan tunggu lagi 5 minit. Ulang sehingga habis adunan. Biasanya akan dapat 6 lapisan dan lapisan akhirnya bewarna merah
9. Setelah siap, sejukkan kuih sebelum dipotong
10. Kuih lapis yang elok boleh dimakan selapis demi selapis



Ini kejadian kek lapis saya hehehe



RESEPI KEK COKLAT

RESEPI KEK COKLAT

BAHAN-BAHAN:

1 CAWAN SERBUK KOKO
1 CAWAN SUSU PEKAT
1 CAWAN SUSU CAIR
1 CAWAN GULA
1 CAWAN MINYAK
3 BIJI TELUR
**SEMUA BAHAN di atas di masukkan ke dalam blander dan kisar selama kurang daripada 5 minit
Sementara itu, panaskan air dalam periuk kukusan

BAHAN-BAHAN AYAK :

1 1/4CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU KECIL SODA BIKARBONAT
1 SUDU KECIL BAKING POWDER

CARA-CARANYA :

1. Adunan yang telah dikisar dimasukkan di dalam bekas dan masukkan bahan-bahan yang telah diayak
2. Kaup balikkan adunan tadi sehingga tiada ketulan
3. Tapis dan masukkan di dalam Loyang (saya tak tapis pun)
4. Kukus selama 45minit dengan api sederhana
5. Nak tahu dah masak ke belum, cucuk guna garfu, kalau tak melekat dah masak lah tu dan boleh tutup api.

BAHAN-BAHAN TOPPING:

½ CAWAN SUSU PEKAT
½ CAWAN SERBUK KOKO
¼ CAWAN  SUSU CAIR
2 SUDU BESAR BUTTER/MAJERIN/MINYAK MASAK

CARA-CARANYA :

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk
2. Masak di atas api menggunakan kaedah double boiled
3. Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga dan sejuk



Ini lah kejadian kek coklat saya bersama toppingnya

Resepi ni saya dapat dari FB,saya update di blog untuk memudahkan saya tengok balik resepi hehehe
Sebenarnya saya dah buat kek ni berulang kali dan kejadiannya tetap sama
CUBA LAH !

PALING SENANG DAN JIMAT MASA
Guna blander je heeee

Monday, 17 April 2017

Majlis Sebulan Lalu~



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah segala puji bagi Allah
Untuk semua nikmat yang diberikan kepada hamba-hambaNya

18 Mac 2017 - 18 April 2017

Sebulan sudah bergelar Puan
Yang setiap wanita impikan
Yang setiap wanita inginkan

Alhamdulillah
Jodoh ini tidak dirancang
Hadirnya juga tidak diduga
Itulah yang dinamakan 'JODOH TAK DISANGKA'

Bertemu dengan suami pada Jun 2016
Namun tidak lah bertentang mata
Hanya 'Facebook' medium perantara
Permulaan hanya 'Assalamualaikum'
Yang memang sengaja dihantar kepada sang bunga

Permulaan salam disambut dengan baik
Berkenalan dan semakin rapat
Pada pertengahan Ramadhan 2016
Sang suami mula mengatur langkah ke peringkat seterusnya
Dia melamar untuk dijadikan isteri

Tika itu,
Hati masih berbelah bagi
Dan minta masa untuk beri jawapan
Soal kahwin kot bukan boleh buat main-main kan
Alhamdulillah
Lamaran juga diterima dengan baik

Berjumpa kali pertama
Pada bulan Julai 2016
Berjumpa di 
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
yang juga dikenali
UNIVERSITI PERTEMUAN SUAMI ISTERI
HAHAHAHA

Sebab apa?
Sebab sis pun dah terkena dengan sumpahan ini heee
Suami juga sebenarnya student UPSI
Juga dulu juga pernah duduk di KZ
Namun,
Kami tak pernah berjumpa
Apatah lagi berselisih ala ala jatuh buku macam dalam drama tu
Hehehe
Kami berjumpa pun di Facebook yang seingatnya
Suami yang 'ADD FRIEND' dulu hehehe

Selepas berjumpa bertentang empat mata
Kami meneruskan langkah yang seterusnya
Dimana kami mengatur perjumpaan pertama buat keluarga
Sekitar bulan Oktober 2016
Selepas berjumpa pada Oktober 2016 tu,
Kedua-dua keluarga menerima baik hajat kami

Maka langkah seterusnya diatur dengan baik..
Pada 4 Dec 2016
Kami bertunang~~
Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan
Hanya dihadiri keluarga yang terdekat dan sahabat handai yang rapat sahaja
Pada mereka yang tak di maklum,
Apatah lagi dijemput waktu bertunang ni,
SAYA dan KELUARGA
Memohon Jutaan kemaafan jika ada yang terasa hati,
Tapi sesungguhnya majlis memang secara kecil-kecilan
Pelamin yang ada pun hanya 'DIY'
Yang siapnya beberapa jam sebelum majlis

Selepas bertunang,
Maka kami kedua-dua pihak keluarga
Mencari 'masa' dan 'waktu' yang sesuai
Untuk diadakan majlis walimahnya
Ikutnya setahun mengikat tali pertunangan
Namun,
Ada beberapa sebab yang diambil kira untuk diadakan secepatnya walimah kami

Bincang dan bincang
Maka tarikh
18 MAC 2017 (NIKAH)
19 MAC 2017 (SANDING)
Dipilih dan bersesuaian dengan kedua-dua keluarga

Ramai jugak yang dok tanya
Pasai apa buat waktu cuti sekolah?
Kenapa tak buat bukan cuti sekolah?
Reasonnya adalah :
1) Ayah mertua merupakan seorang guru
2 ) Suami juga merupakan seorang guru
3 ) Adik2 suami pula belajar di MRSM dan hanya cuti sekolah sajalah selayaknya nak diadakan majlis sebab waktu ni la depa balik
**cakap utara dah sikit2 sebab masa menaip ni dok kat taiping which is duduk dalam bilik suami cari idea menaip blog yang dah lama usang HAHAHAHA #sismerepekapani?

Ok kita teruskan ye heheh

Maka tempoh pertunangan kami hanya berlangsung 3 bulan sahaja
Macam lipas kudung juga dok buat persiapan
Dengan masternya
Dengan majlis walimahnya
Tapi Alhamdulillah Syukur
Allah permudahkan setiapnya..

Masa yang dinanti pun tiba..
Pada 18 Mac 2017
Lebih kurang jam 6 petang
Dengan sekali lafaz
Bertempat di kediaman sis
Maka sis sudah bergelar isteri 
Kepada seorang suami
MUHAMMAD YAZID BIN ROSLY
Alhamdulillah ijab dan kabul berjalan dengan lancar
Tanpa sebarang gangguan...


Tak nak cakap banyak,
Nah sis belanja naaaa gambar nikah sekeping dua



**ikut cakap photographer heeee

Mas Kahwin dari suami

Ibu dan Papa sayanggg

Mak dan Ayah sayanggg

Ok disebabkan sis buat majlis resepsi pada keesokan harinya dan majlis berlangsung di dewan
Maka,
Pada malam itu, 
Tiada acara apa-apa pun di rumah,
Sekadar berkumpul ahli keluarga
Serta menyiapkan segala keperluan yang masih belum siap untuk esok hari..

19 Mac 2017
Majlis resepsi pun berjalan dengan jayanya..
Alhamdulillah...
Makanan, Goodies semua cukup-cukup untuk tetamu

Mari sis nak buat review
Mana sis amik bridal,
Siapa yang make up sis kan,
Pelamin mana ambil,
Ok lets go~`

Actually poning jugak laaa
Dok pikir nak bridal mana semua kan
Alhamdulillah jumpa la di FB
Dan harga pun berpatutan...

MUA  NIKAH : Kak Jumi @vistanabutikimpian *boleh cari dlm FB
MUA SANDING : Anak Kak Jumi
PELAMIN & BAJU SANDING: @vistanabutikimpian
BAJU NIKAH L & P (TEMPAH) : @fiqqafashion *IG
PELAMIN NIKAH : @hayatigallery *IG
 PHOTOGRAPHER : @lalalandhusna & @saadiahrahim *IG
CATERING UTK RESEPSI : Import dari kawan pakcik
KHEMAH DAN KERUSI DEWAN : Pakcik

Ok mari kita tengok gambar majlis resepsi yaaaa



 Part paling susahhh nak buat ! Bila photographer suruh tenung mata. aishhhh tergelak sokmo

 Awat laki i mcm pendek ni? HAHAHA

Raja Sehari. Sehari jela hahaha

Nak lagi???
Ok jom hahaha

 Di apit oleh rakan baik sis #ciknisa dan adik kesayangan suami #broizwan

Seronok jugak diapit ibu dan papa hehehe

 Dengan mak dan ayah ~~~

 Adik beradik dan Ibu Papa belah sis

 Adik beradik dan Mak Ayah belah suami

Tak cukup???
Nak lagi???
Ok.. ok sis belanja lagi gambar okeyhh

 Gambar ketibaan pengantin~~~ hehehe

 **outdoor session
#payabakausijangkang

**outdoor session
#payabakausijangkang

 **outdoor session
#payabakausijangkang

**outdoor session
#payabakausijangkang

 **outdoor session
#payabakausijangkang

Gambar terakhir adalah khas buat orang kuat yang banyak bantu sis
Dari masa sebelum majlis, semasa dan selepas
TERIMA KASIH

Nisa dan Ana yang lari sana sini demi memastikan majlis berjalan dengan baik. 
Terima Kasih nisa buatkan triffle untuk dessert makan beradap..sedappp~~~
Open order contact sis nisa terus ok hehehe

 Ini anak murid paling nakal VS paling tak tahu nak kata lah...hahaha
Terima kasih dtg awal dan bantu cikgu..
Lebiyuuuu

Anis dan As pun banyak membantu..
Terima Kasih sahabat..
I LOVE YOU
Nanti majlis korang i pulun habis keringat ok heeee

 Tak lain tak bukan semuaaa ahli keluarga..
Ini makcik anak sedara semua laaa
Terima kasih datang dan terima kasih bantu ~~

#makcik2sisyangojes hehehe
 Cik Nani, Kak Na dan Ira
Banyak bantu..
Terima Kasih..
Muka kau ayu betul kak na ! HAHAHAHA

Paksu dan Maksu yang membanting tenaga 4 kerat bersama2 masakkan makanan beradab ! 
SEDAPPPPPP

TERIMA KASIH

DANNNNN ~~
Terima kasih my official photographer yang sanggup berpeluh2 demi majlis sis
Terima Kasih deng dan kak lala..
#fallinlove with them
So kind !

For the last,
BUAT SUAMIKU TERCINTA,

Moga ikatan cinta kita ini akan terus mekar mewangi,
Akan terus menerus dihiasi berkat dan rahmat Ilahi,
Moga kita akan terus bersama bukan sekadar di dunia,
Tetapi di Sana sekali lagi..

TERIMA KASIH
Untuk semua penat lelah,
Untuk setiap keringat,
Untuk setiap kasih sayang,
Untuk setiap perhatian,
Untuk setiap bahagia,
Untuk setiap masa yang diluangkan..

Moga-moga
Masih tak jemu nak dengar celoteh mulut ini yang payah nk berhenti,
Masih tak jemu nak layan tekak ni yg asyik nak makan itu ini,
Masih sudi bawa pergi pasar malam beli makanan banyak2,
Masih sudi layan cerita yang entah apa2,
Masih sudi nak telefon tiap malam and at the end bercakap sorang2 sebab sayang dah tido hehehe

Moga
Akan terus mencintai
Sampai ke akhirnya..

Moga juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..

Ikhlas,
Isterimu yang tercantik dan tercomel dimatamu hehehe

I LOVE YOU Abang 💓


***gigih taip blog masa suami pergi kerja dan dia tak tahu pun bini dia bukan taip thesis tapi tulis blog...maaf abangggg heeeee

HAPPY 1 MONTH~~









Friday, 6 January 2017

One Step Closer


بسم الله الرحمن الرحيم

I have died every day
Waiting for you
Darlin' dont be afraid
I have loved your for a
Thousand more

4 Dec 2016
6 bulan yang lepas
Tak diimpikan apatah lagi diangankan
Akan hadirnya hari ini

6 bulan yang lepas
Tak pernah diharapkan
Akan datangnya seseorang yang bermakna di dalam hidup ini

6 bulan yang lepas
Setiap hari dan setiap masa
Adalah perkenalan 
Bagi kita

Biarlah kita jauh di mata
Biarlah jarak memisahkan kita
Sebab kita saling percaya

Terima kasih untuk kisah indah ini
Terima kasih kerana hadir
Terima kasih kerana membuktikan kata-kata yang diungkapkan
Terima kasih kerana menerima kurang lebihnya diri ini

Terima kasih masih bertahan
Terima kasih masih setia
Terima kasih masih bersama

Semoga akan terus bersama-sama hingga ke akhirnya
Semoga akan terus bertahan
Semoga akan terus setia
Semoga lebih tabah
Semoga lebih cinta~~~

Semoga Tuhan permudahkan ke urusan yang seterusnya
Kerana ini permulaan kepada cabaran yang lebih besar

Semoga diberkati dan dirahmati
Aamiin~~

#reserved on 4Dec16






Saturday, 15 October 2016

Permohonan Master


Assalamualaikum semua..

Dah lama kan tak update blog ni. kekangan masa itu yang menyebabkan blog ini terbiar lama. hehehehe, ok update kali ini nak cerita tentang kronologi permohonan master aku dan sedikit pengalaman dalam pengajian maste ni. Jom~

First sekali yang buatkan aku nak update blog ni lagi sebab ramai yang tanya mcm mana nak mohon master/PhD di UPSI. Ok maaf sangat pada sesiapa yang bertanya tapi aku jawab seolah olah mcm tak membantu. Moga entry kali ini memberi sedikit sebanyak 'jalan' untuk kalian ya.

Ok permohonan yang aku buat untuk sambung master ni pun sebenarnya di saat2 akhir. walaupun sebenarnya aku dah apply masa sem 8 lagi. permohonan aku x submit2 sampailah 15.7.2016 haritu which is lagi 2 bln utk intake bulan 9. sebab apa bertangguh? sbb aku busy nak exam sem 8, aku keliru program pengajian apa yang aku nak ambil dan paling utama 'malas' nak fikir proposal waktu ini. Dan masa aku nak mohon ni belum konvo lagi dan mcm2 benda aku kena settlekan. satunya adalah surat apa nth dari phk akademik yang aku kena isi sebab time ni x dpt lagi surat tamat belajar. huhuhu. dan kalau nak tahu lagi 15.7.16 itu adalah hari TERAKHIR permohonan siswazah UPSI. kelam kabut aku dgn partner aku si nisa dok isi2 permohonan ini. kami turun UPSI time ni. Masa ni jugak la proposal xada apa. ZERO. apa lagi berlari berkejaran dari canselori ke IPS ke library. penat sangat tapi alhamdulillah selesai.

Ok permohonan dalam sistem tu,
Korang semua isilah bahagian yang sepatutnya.
Ramai yang tanya aku WAJIB ke upload PROPOSAL?
Jawapannya WAJIB bagi yang MOD A
Untuk MOD B (mix mod) dan MOD C (kerja kursus) aku x tahu uolls perlu upload proposal ke tidak. tapi yang aku tahu tak perlu sebab nanti dalam kelas GRU iaitu KAEDAH PENYELIDIKAN PENDIDIKAN yang wajib korang masuk ni pensyarah akan push korang cari tajuk. HAAA cari la tajuk sampai muntah (aku dah rasa 5 minggu) hahahaha tapi jangan takut. rileks dah. cool. hahahaha. tajuk aku? ada dah. tanpa direject hahaha. memang kena penampa la kalau Mod A tapi minggu 5 xada lagi tajuk kan hahahaha.

Ok aku menjawab x soalan korang? Maaf untuk yang Mod B dan C x dpt bantu lebih sbb aku xada kwn yang apply 2 mod tu. Partner aku pn apply Mod A. #kamiberanimati sama2 hahahaha

Oh lupa ! tambahan pula kan. untuk Mod A tu korang bole la pilih penyelia untuk thesis kau tu. sbb bila kau amik Mod A ni kawan kau adalah penyelia kau jela. dia la segala2nya. carilah yang sebaiknya da related dengan program pengajian yang korang pilih. jangan buat proposal atau pengajian berkaitan dengan pengurusan perniagaan hang p pilih penyelia dari jabatan akaun. memang makan penampa laaaa ang. huhu. kalau tak tahu mana nak tgk kelayakan penyelia yang korang nka pilih. ok ini aku cerita utk permohonan siswazah UPSI sahaja ya. korang boleh buka link IPS UPSI dan korang boleh cari maklumat pensyarah2 mengikut fakulti dekat situ. mudah kan? aku pun cari kat situ. lepas tu aku main redah, x sempat nak lamar2 penyelia bagai la. aku buh je 2 nama penyelia tapi yang approvenya sorang sahaja. dia la penyelia dan dia jugalah penyelia utama. hahahaha. dan kalau bole pilih lah penyelia yang korang dah kenal, korang selesa dan korang senang bekerjasama dengan dia. ok?clear?


seterusnya yuran apa semua tu korang pun boleh tgk di link IPS UPSI semua maklumat ada dkt sana. jadual pensyarah yang fleksibel mengikut subjek korang nak pilih. kali ni korang bole rebut pensyarah dlu zaman degree x ley kan hehehe

Sekarang aku nak masuk bab pengalaman pulak~~

Bila dah sambung master ni kau akan rasa kau mcm xada kawan. sobsob lagi2 bila kau yang paling MUDA dalam kelas. fuhhhhh terasa weyhh keasingannya tuh haha. biasalah master ni banyak kelas dengan pelajar yang level akak2 dan kadang2 hampir sepenuhnya kelas adalah CIKGU~~~ bawa bertenang kalau depa selalu dok meluahkan perasaan penat di sekolah dan sebagainya kau layankan jela. itu jela kawan yang kau ada. kau pun bakal cikgu jgk kan?? HAHAHAHA

Ada juga yang bertanya begini,
Wani kau kan Mod A apasal kau amik kelas? Mod A kan full thesis dan research xperlu kelas knp kau RAJIN sgt masuk kelas? ok ok sis x sentap meh sis jawab haha

Jawapannya adalah PENYELIA aku suruh MASUK KELAS. hahaha
Setelah selesa pendaftaran haritu terus ada perjumpaan dengan penyelia, lepas jumpa terus dia kata ok wani saya nak awak masuk kelas ini,itu dan ini. kau 3 kelas jah. hahahaha sepatutnya xada. ok aku pn amik la kelas. tapi kes aku special sbb aku masuk kelas cuma untuk AUDIT sahaja. ini khas buat pelajar Mod A lain ya dengan Mod B dan C. Mod B dan C ada exam tapi aku x ada exam hanya attend kelas dan WAJIB kena buat ASSIGMENT cuma tak ada EXAM. clear kan? seronok laaa xada exam? seronokkkkkk kau kata? hahahaha minggu depa exam aku kena hanto proposal ke IPS huhuhu seronok laa juga. hehehehe

Oh ok apa beza Mod A, B dan C

Mod A - Thesis + VIVA
Mod B - Kelas + Disertasi + VIVA
Mod C - Kelas + Projek Paper + TIADA VIVA

Apa apa pn korang bole rujuk dengan IPS yaaa...

Ok sambung~~

Bila korang dah masuk kelas yang campur2 budak master dan PhD ni kau akan rasa kerdil gila. Lagi2 bila kau fresh graduate. xada apa pengalaman. aku pasif gila kot dalam kelas. diam seribu bahasa hahahaha. sebabnya rakan sekalas aku selalu cite pengalaman diorang. mcm2 laaaa but seronok sgtttttt dan lagi satu kau jangan harap la pensyarah akan bagi penerangan yang banyak mcm degree dlu. xada nya. kau pergi libry kau pergi baca buku. then you will get more knowledge. semuanya kena CARI bukan DISUAP. ready untuk ini.

Dan kelas untuk master tiada lagi 2 jam mahupun 3 jam tapi 4 jam. kebiasaanya kelas akan ada pada hari jumaat dan sabtu untuk pelajar separuh masa (PJJ). pelajar sepenuh masa kadang ada kelas selasa dan khamis. depends la pada jadual untuk sem berkenaan. kebiasaanya kelas jumaat tu akan mula pada 3 ptg dan habis 7 malam dan malamnya 7 malam sehingga 11 malam. jangan terkejut kalau tgk kwn2 korang ada yang kelas straight mcm ni. yes mmg ada. PENAT? mana ada kejayaan yang digapai x melalui detik2 sukar kan? kuat kan semangat ok. tapi aku xadalah kena mcm ni sbb kau susun jadual aku cantik2. tapi pnt gak sbb 3 hari kelas. letih jugak sampai demam2. culture shock kelas 4 jam hahaha. selalu 3 jam je aku bertahan 1 jam lagi aku dh mula nk main2. sila jgn tiru aku hahahaha.

Lagi satu jangan terkejut kalau msuk kelas ada budak kecik tgh main2 dalam kelas. kau x salah kelas yaa itu mmg bukan nursery itu mmg kelas kau. hehehehe kdg2 ada pelajar yang dtg kelas bawa anknya hadir ke kelas. xpela kau main jela dgn budak tu. kot2 nti dh besar dia sambung belajar sampai PhD ke kan. klu dia menjerit ke apa. rilekss jangan marah2 ok. hehehehe

Ok rasanya dah cerita semuanya yang aku nak cerita...
PESANAN aku...
Tulis proposal betul2 (jgn mcm aku kena reject hahaha tapi finally diterima)
Pilih penyelia yang betul dengan skop pengajian yang kau pilih
Make sure proposal dan program pengajian korang selari, kalau x selari maybe korang xley graduation
Datang kelas jangan ponteng2 ok
PILIH MOD PENGAJIAN BETUL2, solat istikharah, ikut kemampuan....

Last but not least,
Aku doakan siapa yang nak sambung pengajian bulan 2 nanti dipermudahkan urusannya,
Aku doakan permohonan korang berjaya,
Buat rakan2 sedegree aku kalau korang dpt msuk yang bln 2 ni roger2 laaa !

Jika ada apa apa lagi soalan,
Boleh terus inbox di FB aku hazwani suyanto atau kalau ada no aku boleh terus wassap
Maaf jika reply lewat atau terbagi bluetick dlu ke maybe tika itu aku bersama penyelia tapi for sure aku akan balas ya !

Sampai ketemu lagi di entry yang seterusnya...

By the way,
Doakan aku juga ! Doakan thesis aku ni berjaya aku habiskan. Maybe thesis aku mix mode which is kuantitatif dan kualitatif. Doakan juga urusan untuk berurusan dengan sekolah2 di Selangor dipermudahkan ya ! Terima Kasih.



Saturday, 30 July 2016

Si Pencuri


Aku tidak tahu bila dan bagaimana
Yang mampu aku katakan 
Ini semua Aturan Tuhan yang paling indah

Tidak pernah terdetik dalam diri 
Apatah lagi merancang untuk punya teman 
Yang ada suka dan duka
Susah dan senang
Setelah semua kepahitan yang aku lalui itu begitu menikam jiwa

Tapi kau lain
Kau sangat lain
Hadirmu tidak aku duga
Kedatanganmu hanya sebagai insan biasa
Cuma kawan kawan sahaja

Entah bila
Entah hari apa
Entah masa bila
Kita semakin rapat
Kita kongsi suka dan duka yang pernah dilalui
Entah aku juga tidak punya jawapan yang tepat

Masa berjalan terlalu pantas
Apa yang aku lihat pada kau
Kau sangat istimewa
Personaliti kau tidak sama dengan insan yang pernah aku jumpa selama ini
Kau lain dan sangat lain
Itu sebab aku katakan kau ISTIMEWA

Aku tak tahu bila kau berjaya menyelinap masuk ke dalam hati aku
Yang dah aku kunci rapat rapat
Buat insan yang bernama LELAKI
Entah
Aku juga tak punya jawapan
Aku nampak kau ikhlas
Aku nampak kau sungguh sungguh mahu kenal aku

Mulanya aku takut
Takut dilukai dan terus dilukai
Tapi aku berkata pada hati
Sampai bila aku nak begini?
Aku  juga layak untuk bahagia
Aku juga layak punya rasa cinta
Buang kisah lama
Campak tepi
Itu semua pengalaman
Sekarang ini masa depan
Aku cuba perlahan perlahan menerima kau dalam hidup aku
Dan aku juga nampak kau lakukan perkara yang sama

Terima kasih dear,
Kerana hadirmu dipenghujung waktu semester 8 begitu bermakna buat aku
Kau lah insan yang berjaya
Membunuh semua prasangka burukku terhadap lelaki
Kau berjaya mencuri hati aku tanpa aku sedar

Terima kasih
Untuk sentiasa ada di penghujung waktu sem 8 haritu
Memberi kata kata semangat
Peneman aku ketika study
Penyunting semangat tatkala hampir rebah kerana kepenatan 
Menjadi translator ku yang paling setia
HEHEHEHE
TERIMA KASIH

...................................................

Orang kata semua pencuri itu jahat
Aku tidak setuju
Kerana ada pencuri yang berhati mulia
Macam kau
Yang berani curi hati aku
Walau tika itu hati aku seakan tidak bermaya dan kaku

Ketika mahu dicuri, aku pesan awal-awal
Hati ini mungkin lagi tidak boleh merasa
Kerana kepahitan masa lalu
Mungkin juga tidak boleh bercinta
Tapi kau ni riak
Kau kata kau ini pencuri kelas atasan
Kau boleh curi dan pulih tanpa belas kasihan
Dan kau sudah buktikan

Terima kasih si pencuri
Kerana bantu aku untuk terus hidup
Kerana buatkan aku percaya
Yang aku juga berhak untuk bahagua
Sama seperti apa yang mereka rasa

Aku sayang kau
Ini kali pertama aku sayang seorang pencuri
Dan moganya kau juga pencuri terakhir yang aku beri hati

#wy #4Jun16 #16Jul16

Ikhlas,
Norhazwani Suyanto





Thursday, 16 June 2016

PENAMAT CERITA SEMESTER AKHIR



Assalamualaikum semua !
Hai apa khabar?
semoga semua dalam keadaan yang sihat dalam bulan yang mulia ini
maaflah sis x sempat nak update cerita2 sis dalam blog
almaklumlah semester akhir ni dugaan dia lain macam sikit
ditambah dengan sibuk yang memanjang
*walaupun tak tahu sibuk buat apa. hahaha*

maka harini sis memunculkan diri untuk mengelap habuk2 yang ada di dalam blog ni
ehhhh terpanjang pula mukaddimah kali ni
hehehe

ok back to topik yaaa
post kali ini nak cerita tentang sahabat
yang ada di saat suka, duka, pahit, masam sepanjang semester 8 ni

almaklumlah seperti yang diketahui
sis dh habis final exam
thesis berjilid pun sudah diserahkan
maka
sis dah boleh sedar diri untuk
keluar dari UNIVERSITI
dan KOLEJ
kalau boleh dgn kadar segera
sebab semakin lama duduk disini
semakin seksa hati dan perasaan
*aicehhhhhh ! hahah*

4 sahabat ini sebenarnya serumah dengan sis
3 orang daripadanya adalah coursemate sis
1 orang daripadanya adalah teman rapat sis dari sem 1 sampai la sem 8 ni

*BERGENANG AIRMATA dh ni*

macam mana nak sambung cerita?
huhuhuhuhuhu

ok ok tarik nafas lepas~~~



NURUL ATIQAH BT SHAMSUL
Kawan yang ada di saat jatuh tergolek kat tangga
kawan yang ada susah dan senang
kawan yang ada saat tangis dan tawa
sepanjang semester 1 sehingga semester 8
walaupun ada onak duri dan dugaan yang kita lalui
namun Allah masih sayangkan ukhuwah kita
Allah masih satukan hati kita

PESANAN~
terima kasih untuk semua yang tiqa dh berikan pd wani sepanjang 8 semester ini
maafkan wani andai sepanjang perkenalan kita, wani ada buat salah silap
terguriskan hati tanpa sengaja
halalkan segala ringgit dan keringat yang tiqa berikan pada wani sama ada dalam sedar atau tidak

*MAAF tiqa wani xmampu tulis lagi panjang takut esok pagi tiqa la org pertama yang menyaksikan mata panda wani. hahaha*

CUMA satu..
JAGA DIRI
TERUSKAN PERJUANGAN



SHAKINA
kita mula rapat semester ini
itu pun kerana kita dipertemukan kerana 1 rumah
terima kasih kina
untuk semangat
untuk kata2 positif
*u know what i mean right?*

kau seorang kawan yang baik, memahami dan kadang2 lawak tak bertempat
semoga kau akan terus berjaya
teruskan juga perjuangan
JAGA DIRI kina

terima kasih untuk kenangan kita berdua ya kina
terima kasih untuk semuanya
maafkan salah silap aku
halalkan apa yang aku terambil sengaja mahupun tidak..

ingat janji kita?
nak dating dkt jalan tar kan nk beli baju raya?
hahahahaha



AZILAH 
kenangan dgn kau yang aku tak boleh lupa adalah
kau gelakkan aku tempang sebab tergolek kat tangga
lepas tu beberapa hari kemudian
tangan kau pulak terkehel sebab basuh baju eh?
yang tu aku x boleh lupaa weyh zila ! hahaha


terima kasih untuk kenangan masa sem 1 dan berpisah bawa haluan memasing
kemudian bertemua dan rapat semua untuk sem 8 ini
terima kasih untuk semuanya
aku minta maaf untuk semua salah dan silap
halalkan apa yang pernah aku terambil
jaga diri zilaaa

lepas ni jgn gelakkan aku lagi
takut kau kena pulak lepas tuuu
hehehehe
zila zila
lawakkkkk kot




KAK FATANAH
tak sangka kita dipertemukan semula untuk sem 8 ni
sebelum ni kita sama2 di dalam satu keluarga

kak na,
terima kasih untuk semua kenangan
terima kasih untuk semua nasihat
terima kasih untuk semua tawa kak na yang menghiburkan
terima kasih kak na sebeb jadi penghibur dalam rumah

maafkan salah silap wani yaa kak na
halalkan apa yang pernah wani ambil sedar atau tidak

semoga kak na cepat2 kahwin
jangan lupa jemput ok !
nanti wani datang kelantan dengan suami
EHHH ! hahahaha

jaga diri yaa kak naa
teruskan perjuangan
andai ada waktu kita ketemu lagi ok?


.................................................................................................

maafkan sis
sebab sis dh x boleh nak teruskan coretan dalam blog ni
sis takut sangat B102 malam ni banjir hahahaha

pesanan wani kepada kalian sekali lagi,

JAGA DIRI BAIK BAIK
SEMOGA KALIAN DAPAT KERJA YANG BAIK
TERUSKAN PERJUANGAN SBB PERJUANGAN KITA BARU NAK BERMULA
SEMOGA KALIAN DIPERTEMUKAN DGN JODOH YANG BAIK
KALAU KAHWIN JANGAN NAK LUPA INGATAN PULAK
TAHU-TAHU DAH ADA ANAK 1 2 3 ORANG 
TIME TU X BERAGAK AKU NK CEKIK KORANG
HAHAHAHA

JUMPA KONVO NANTI 
IN SHAA ALLAH !

TERIMA KASIH UNTUK KENANGAN 4 BULAN INI

WANI SAYANG KALIAN

ucapan khas dan panjang ada dalam kad ucapan khas dari wani
in shaa ALLAH esok akan sampai di atas meja belajar kalian
sila baca di kampung yaaaa hahahaha

saksikanlah video khas dari wani
harap tak ada airmata sado korang tertumpah yaa
maaf x ada ayat2 puitis dan manis
sebab x mampu nak tersedu sedan dah buat video ini

nah tiqa ! nak wani buat video kan
JANGAN NANGIS ! hahaha